Assalammualaikum..
hati ini masih terasa sedih dan rase kehilangan..semalam dapat perkabaran dari mak..jiran depan rumah aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..kami sebaya dan rumah pula dekat sebab itu kiranya kami rapat sedikit,tiap kali aku balik dari asrama dulu2 apabila terserempak aku depan rumah pasti dia akan tegur dan mula lah buat ayat2 poyonyer..asik2 kate badan aku makin berisi senang ati duk asrama,dan aku mula lah memarahnya terlalu jujur dalam percakapan kate aku dah makin berisi ..tetapi bila dah besar ni..dah jarang berjumpa..dah jarang bercakap persahabatan kami agak renggang sedikit..bukan lah langsung tak akrab tetapi tidak seakrab dulu..dia lebih awal menjejak kan kaki ke alam rumah tangga..terasa sedikit tersentak apabila mak beritahu hal permergian dia..lagi menyedihkan aku apabila mak memberitahu aku bahawa isterinya sedang sarat mengandung dan di jangkakn bersalin ujung bulan ni..aku berharap isterinya tabah menghadapi dugaan hidup ini..senang aku cakap tapi dia yang menanggungnya,aku paham kerana aku pun sudah bergelar isteri sekarang ni,betapa sayangnyer seorang ister ..ini semua sudah di tentukan..
aku tak tau kenapa sejak kebelakangan ni aku asik menerima perkabaran meninggal ini di kalangan kengkawan aku..meninggal di usia muda..betul lah jodoh maut ajal pertemuan di tangan allah..kita hanya merancang tetapi allah yang menentukan..sebelum ni adik kepada kwn rumah sewa aku meninggal dunia jugak..di hari persandingan aku dia meninggal padahal seminggu sebelum tu aku sempat jumpa dan duk lepak dengan dia..tapi aku dengar berita tu lambat 3hari..kawan aku sms aku mengatakan adiknya meninggal dunia kerana kemalangan pagi jumaat dan di masukan ke hospital dalam keadaan koma,hari ahadnya dia menghembuskan nafas terakhir..walaupun aku tak rapat dengan dia tetapi rase kehilangan tu tetap aku rase..dia tetap kawan aku..walaupun bukan di takdirkan untuk menjadi kawan rapat aku..
kejadian di sekitar aku menginsafkan aku yang selalu leka dengan duniawi..ajal itu akan datang tidak sesaat cepat dan tidak sesaat lambat..janji allah itu benar..
moga kedua dua arwah di tempatkan pada golongan yang beriman..al fatihah.
No comments:
Post a Comment