JellyPages.com

Tuesday, June 28, 2011

ehh ye ker???

Assalammualaikum..
ehh ye ker ni?? macam tak percaya jer..macam dalam mimpi jer..boleh percaya ker??
aduhai..masih rase dalam mimpi ni..cepat cepat tampar pipi ni mana tau memang betul mimpi..
panggggg!!!! ha kan dah kena lempang..eh betul lah ..bukan mimpi
ini kenyataannya..ya allah sungguh tak percaya..syukur alhamdulilah..inilah kenyataannya..
SUDAH SEBULAN AKU BERKAHWIN :-)

Cepatnya masa berlalu kan..aku rase baru semalam aku huru hara menyiapkan barang hantaran..baru semalam aku rase penat menyalin baju pengantin..baru semalam aku rase  bersanding..baru semalam aku melalak di hari persandingan aku..baru semalam orang merenjis aku..baru semalam aku akad nikah
fuhh semuanya aku rase baru semalam..

masa berlalu tak menunggu kita..bila kita sedar sudah jauh masa itu meninggalkan kita kan..
terima kasih kepada suami aku mohd anwar bin md yusof kerana menjadi suami yang terbaik untuk aku..sentiasa memberi peluang kepada aku di tika aku belajar untuk menjadi isteri yang taat dan mendamaikan jiwanya..
terima kasih juga kepada ibu bapa ku..yang masih berdiri di belakangku walaupun aku sudah bergelar isteri sekarang..walaupun tanggungjawab mereka telah pun dengan rasminya di berikan pada suami ku..
terima kasih juga kepada mak dan ayah mertuaku kerana menerima aku seadanya..kepada adik2 ipar ku,agak kekok untuk aku melayan mereka pada mulanya..dengan status aku anak bongsu memang tiada pengalaman beradik..aku berharap mereka boleh memberi aku masa untuk menyesuaikan diri..ini semua adalah fasa kehidupan aku yang sangat menggembirakan aku laluinya..
alhamdulillah syukur padamu ya allah memberi limpah rahmatmu..





No comments:

Post a Comment