Ini Janji Allah
swt yang pasti kepada kaum wanita yang solehah
1. Seorang
wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat
solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
3. Wanita yang
beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala
daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami
pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat
pahala jihad.
5. Seorang
isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang
melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh
kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan
jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan
dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari
permata Yaqut.
8. Wanita yang
tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun
oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah
s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang
memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang
menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang
menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang
menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk
syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi
wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam
hari.
14. Wanita yang
bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada
satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya
wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati
syahid.
16. Apabila
seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar,
dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
1. Kalau wanita
menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit
datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
8. Kalau isteri
layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang
picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit
suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang
meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang
wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami
mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun
ibadat.
23. Semua orang
akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt
sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang
isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah
swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt
berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt
akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang
bukan muhrimnya
sumber: queachmad.com
No comments:
Post a Comment