Assalammualaikum
Minggu lepas ada family day dekat Port Dickson..
ini bukan lah family day untuk satu opis.. kalau satu opis ramai sangat heiii..
Ini kitaorang panggil trip untuk yang muda mudi sahaja kahkahkah.. melampau sangat ayat tu kan muahahahaha..
Kat sini lah kita orang berkumpul dan bergurau senda ..
Pnb Ilham Resort Port Dickson.
Ada 8keluarga dan 5orang bujang..
Satu Apartment ada 3bilik.. jadi boleh 3 keluarga duduk satu apartment tu..
mula mula aku di beritahu kena duduk satu apartment dengan 3 keluarga..terus aku pikir.. alahai tak selesanya.. nak duduk apartmen macam tu.. kenapa tak sewa bilik jer.. duk asing asing..kan senang dan selesai..
kene pakai tudung 24jam lah macam ni..
iyer memang betul kene pakai tudung 24jam.. keluar jer bilik capai tudung.. tapi hakikatnya tak susah mana pun nak pakai tudung tu tiap kali keluar bilik..
Bila duk sekali ni.. makin akrab rasenya.. kenal anak isteri kawan kita.. kalau tak selalu dekat opis kita bincang hal kerja tapi bila berkumpul satu rumah masing masing bawak keluarga rase macam punya keluarga yang besar.. kita semakin rapat.. setiap masa buat lawak.. dengan teletah anak anak lagi
En Nua tido pikul 2pagi bora borak.. tak apalah borak dalam rumah..heheh
masuk masuk jer dalam apartmen radio ni memang dah berbunyi menyambut ketibaan tetamu heheh..
kelasssssss sangat tau.
Untuk basah tekak
Lengkap okehh.. dalam bilik dekat laci almari meja solek ada terjemahan Al-Quran.. baguskan..
ini penyambut tetamu jugak hehe..
mintak maaplah anak saya memang pantang nengok tipon ni heheh..
baju yang semua orang ada heheheh..
chek in hotel pukul 2petang. Selepas asar aktiviti bermula.. para para ibu boleh lah bawa anak masing masing mandi kolam.. para para bapa ada perlawanan bola tampa.
Tak dapat nak tangkap gamba En Nua main bola tampa..sebab ufairah nanges tak mau kelua dari kolam huwaaaaaaa..
ada agaknya dalam 2 jam dia duk berendam dalam kolam tu..
Oren jer semua.. santekkkkk (*____*)
Tak mau orang pegang okehh.. lagak macam dah besar.. pastu merengek rengek nak keluar dari pelampung tu.. En Nua keluarkan ufairah.. selamber jer dia jalan dalam air tu tanpa pelampung.. pastu tak mau langsung pegang tangan En Nua..
Akhirnya pelampung ni pun hilang.. dah aku sibuk nak jaga ufairah berjalan dalam air.. mana dan nak jaga pelampung tu kan hehehe..
ini selepas keletihan tawaf dalam air.. terbongkang tido.. cas tenaga untuk aktiviti malam.. malam ada bbq pulak..nyumm sedapppp..
ini je lah satu satunya gamba malam yang sempat aku snap.. sebab ufairah tak reti nak duduk diam.. berjalan aja... ada lah beberapa kumpulan lain buat bbq jugak..dia sibuk jalan ke kumpulan orang lain ..
Gamba makanan semua tak dapat ambik.. aku pun makan seketul ayam jer..
Balik masuk bilik ngadu dengan En Nua lapa.. Nasib ayam,daging ikan yang diorang baka tu ada lebih.. makan dengan tenangnya pukul 12.30malam selepas ufairah tido hehehe..
ok ni ready nak balik..
Jom lah kita balik..
Sungguh indah ukhwah yang terjalin ini.. moga ukhwah ini akan harum mewangi bak haruman kasturi..
Terima kasih pada penganjur beri kesempatan untuk kita kumpul ramai bersama ahli keluarga..
pasni aku dah leh jadi spy pada para para isteri iyelah suami diorang keje satu opis dengan aku.. jangan cuba nak main mata termasuk En Nua yang keje sebumbung dengan aku ni hehehehe..
Selepas balik dari trip ni rase semakin rapat silaturahim yang terjalin.. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment