JellyPages.com

Thursday, July 28, 2011

assalammualaikum..

selamat hari jumaat..walau ape pun dugaan yang ibu lalui saat ini tetapi demi kamu wahai mujahid/mujahidah kecil ibu,ibu senang sekali dengan dugaan ini..moga kamu menjadi anak yang soleh dan solehah setelah lahir ke dunia ini..hanyer kamu harta yang ibu dan ayah ada..
ibu akan tunggu saat kamu lahir..ibu dan ayah tidak sabar untuk mentalbiyah kamu..mendidik kamu menajdi insan yang berjaya dunia akhirat..insyaallah..

maafkan ibu andai ibu kerap mengeluarkan air mate di awal kamu berada di rahim ibu..bukan ibu tidak menyayangi kamu  hanyer allah sahaja yang tahu betapa ibu dan ayah menyayangi kamu,cume ibu terlalu mengikut perasaan dan tidak kuat untuk melalui saat ini..maafkan ibu sekali lagi..moga allah berikan kekuatan dan kemudahan kepada ibu selama kamu berada di rahim ibu..


suatu hari nanti pasti kamu akan membaca ape yang ibu tulis ini..insyaallah ibu akan melakarkan semua pengalaman yang ibu lalui selama kamu membesar,jika di izinkan allah..
doa kan ibu kuat untuk berpuasa minggu hadapan..

ibu dan ayah sayang kamu wahai anakku

Monday, July 25, 2011

assalammualaikum..

semalam badan aku 100% lemah..makan jer muntah..minum air kosong pun muntah..semua benda masuk muntah..badan sangat lemah..sejak kandungan aku ni hampir 2bulan aku rase semakin lemah..

mak call semalam..memang dah 2 hari aku tak call mak..selalunye setiap hari akan call mak tak ada benda pun yang nak di tanyer alih2 tanyer mak dah mkn..itu jer..tapi di sebabkan aku tak berapa sihat aku tak larat nak call mak..jadi alihnyer mak yang call aku petang semalam..bile dengar jer suara mak..aduhai..ratu air mate lah aku..bantai nangis ngadu kat mak yang aku tak sihat..langsung tak makan ape2 lagi..sebab makan jer muntah..perut ni jadi pedih..hati ni jadi pedih dan tekak ni pun dah jadi pedih..
ohhh macam ni agaknyer masa mak ngandungkan aku dulu..mak cakap jangan banyak merungut..orang lain lagi teruk mabuk dari aku..sampai kene masuk sepital kan..baru aku perasan di sebabkan tak leh merungut aku hanyer bantai nangis jer dari pagi sampai mlm..hahahah malu lah dengan baby dalam pewut ni..
suami aku call mak mertua aku cerita tentang aku pun aku bantai nangis..alahai ratu air matanyer aku ni..

tak tau nak mkn ape supaya boleh masuk dalam perut ni..pastu mula lah teringat akan masakan mak..huhuhuhu.. mengada nyer aku..akhirnya encik suami belikan aku bubur ayam mekdi jer..ha baru lah leh masuk sikit bubur ayam ni sebab lembik agaknyer tak yah aku kunyah tak yah lama2 sangat dalam mulut aku ni..tapi 3sudu jer makan pastu rase mual nak muntah..tak pelah asalkan makan walau 3 sudu kan..moga kesihatan lepas ni baik2 sahaja...

Thursday, July 21, 2011

MINGGU KE 7


Minggu Tujuh: Senjata dan kaki mula berkembang
Anda mengandung 7 minggu. (lima minggu dari konsep)
Embrio sekitar 13 mm (1 / 2 inci) panjang.
Jantung berdegup dengan satu ruang.
dinding membahagikan terbentuk di tengah-tengah.
Lengan dan tunas kaki mula berkembang.
rahang bawah dan pita suara mula terbentuk.
membuka mulut dibentuk.
telinga sedang dicipta.
saluran penghadaman membangunkan
Rentetan pusat sedang dicipta
Organ-organ berikut dibentuk: paru-paru, hati, pankreas dan kelenjar tiroid.
Mata dan telinga dalaman bayi mula berkembang. Ia adalah mengenai kini bahawa organ-organ utama bayi anda (jantung, paru-paru hati, limpa, dan buah pinggang) telah mulai membangun. Sistem penghadaman bayi anda menjadi lebih halus sebagai perut dan usus berkembang. Ingat Asid Folik anda harus mengambil? Well, sejak tiub neural (yang kemudiannya dikenali sebagai saraf tunjang) mula fius, asid folik penting dalam mencegah kecacatan tiub neural. Saiz embrio adalah kira-kira 1 / 8 inci (4mm) lama.

Pada hari ke-26 selepas persenyawaan, hati kecil embrio bermula untuk ditewaskan. Organ utama lain, termasuk buah pinggang dan hati, telah mula untuk membangunkan, dan tiub saraf yang menghubungkan otak dan saraf tunjang, ditutup. Sensasi fizikal kehamilan telah mula - loya, keletihan, dada sakit dan kerap membuang air kecil.

Lengan dan kaki embrio mula berkembang daripada tunas pada setiap sisi. Pada mulanya tangan dan kaki yang berbentuk seperti dayung, tetapi jari tidak lama lagi mengambil bentuk. Kanta-mata muncul - Anda akan melihat rupa bayi anda semakin meningkat seperti yang baru lahir. Otak membesar dengan sihat - Adakah anda tahu bahawa sepanjang bulan-bulan yang lain bahawa otak bayi anda akan membangunkan lebih 100 bilion neuron? Ini hanyalah satu permulaan.

Monday, July 18, 2011

Assalammualaikum..
kesibukan menjalankan tugasan hakiki seperti biasa..oleh itu sangat jarang menjenguk ke blog ni sekarang..bukan lah tak menjenguk tapi tidak berkesempatan untuk menulis entri baru..
alhamdulillah kesihatan semakin pulih sekarang syukur alhamdulillah..

terbuka hati untuk buat entri kali ini setelah baca komen kawan baikku cik umi (*-*)

2 comments:

Teratak Usang said...
Macam bakal lelaki je anak ko ha...=) hehe~~ x sabar rase nk tnggu...=)
pijon said...
hahhaha..oh yer ker lelaki mi??nape plak ko ckp lelaki..tapi encik suami aku pun ada terkeluar gak statement macam ko heheeh..

terima kasih yer cik umi kerana pendapat kamu sama dengan encik suami ku hehehe..memang secara kebetulan suami pun ada cakap benda yang sama macam umi..mungkin melihat muka aku yang langsung tak mau bermekap..pergi kerja pun tak mekap..rasenya dah agak lama dah tak pakai lipstik kat bibir ni..kalau boleh bedak pun tak mau pakai..barang hantaran alat mekap yang di hadiahkan oleh suami masa perkahwinan ari tu  terus berhabuk tidak di pakai..tengok alat mekap tu pun aku tak der selera ni kan plak nak pakai..memang jauh sekali lah nak pakai heheheh..
semalam ada pakcik kat opis ni sound aku..'kenapa muka hang pucat sangat ni??hang ni pakai lah lipstik merah2 sikit dah lah hang satu opis dengan suami hang,ceria lah sikit".. glupp... pergghhh acik ni pandai sound aku macam tu hehehe..dia bukan lah pakcik tapi bos aku hahaha..aku suke panggil dia pakcik,tu panggilan sekarang lah tapi dulu aku panggil dia 'robin hood' sebab nama dia hood bin paimin(org jawa ngeee) sejak mengandung ni aku berubah jadi baik sikit heheh..
aku nak jer jawab..'saya datang opis ni untung..tak kisah lah nak letak lipstik ker tak"..aku cume tersenyum dan mendiamkan diri jer..
memang salah aku pun kan..tapi nak buat macam mana tak der selera nak pakai alat2 mekap ni..itu lah agaknyer suami aku cakap baby ni anak lelaki termasuk lah cik umi pun cakap macam tu hehehe..almaklumlah lelaki kan sinonim dengan keadaan yang selekeh berbanding pompuan..ehh betul ker..hahah sory lah encik encik lelaki..ini hanya pendapat aku sahaja heheh..

dan aku nak kongsi benda ni jugak kat sini..benda ni bukan untuk kepercayaan kita tau..kita kan dah ada qada' dan qada' kita, sejak kita di mahfuzah lagi semua rezeki kita telah tertulis..so aku buat ni sekadar suke suke jer..kerana macam kelakar jer bila baca info ni..

kat bawah ni ada kalender orang cina mengenai jantina anak..


Ini namanya kalendar cina yang dah lama di kaji dan diguna pakai oleh orang cina sejak beratus tahun dulu. Sebab tu korang selalu nampak mostly Chinese anak mesti sepasang. Kalendar ni dah ada range umur dari 18-45 tahun. So, yang bawah umur dan tak kahwin lagi. Jangan gatal gatal kira

Cara nak kira? Senang je…
Katakanlah,
Umur anda 27 tahun dan anda mahukan anak perempuan.
Menurut kalendar cina, bayi perempuan akan dilahirkan  dalam bulan:
  • January
  • Mac
  • Mei
  • June
  • November
image1 Tentukan Jantina Anak Dengan Kalendar Cina
  1. Pilih jantina bayi. G=girl, B=boy
  2. Tengok umur anda ketika hendak melahirkan
  3. Tengok bulan kelahiran, dan pilih.
  4. Berusaha!
Kalau anda pilih untuk melahirkan pada bulan Mei 2010, jadi proses ‘menanam benih’ kenalah buat 9-10 bulan sebelum bulan Mei 2010. Maksudnya, dalam bulan July 2009 korang kena berusaha sehabis baik untuk ‘tanam benih‘.

aku paste jer benda alah ni malas nak menaip..bile di tengok kan,doktor kate due date aku bulan 3 pada tahun 2012..masa tahun 2012 tu umor aku........heheh tak mau lah tulis seantero dunia tau umo aku nanti heheh..ha....ehhh betul lah ramalan encik suami dan cik umi..alah itu hanya ramalan doktor di buatnya aku bersalin awal ermm macam mana sebab due date aku 6.03.2012..seperti yang aku cakap kat atas tadi kita tak boleh percaya calender cina ni..dah lah calender cina kalau calender islam boleh lah gak nak caya heheeh..cuma sekadar suke2 untuk calender ni..kalau pun betul itu hanya kebetulan kerana semua yang terjadi pada kita telah di tentukan..kan kann kannn..

yang penting keputusan calender cina ni boleh buat aku,encik suami serta umi tersenyum melihat keputusan calender cina ni kan..hahah umi aku tau ko tengah tersenyum sekarang hahahahaha..cik bayah kalau terbaca entri ini sila tersenyum jugak kerana kita sudah ada pak nujum belalang ngan mak nujum belalang heheh..
alah sebenarnya tak kisah pun kan lelaki ker pompuan semua itu rezeki dari allah..


p/s~sudah semakin sihat..muntah dan loya hanya sekali sekala sahaja terasa..kadang2 rase macam tak der ape2 terjadi pada diri aku..macam bukan orang mengandung jer..cuma perut dah semakin memuncit hehehe..slua jeans sudah tidah boleh pakai hahahahah sudah ketat..nak timbang berat sebab pagi tadi encik suami tegur aku semakin kurus (bluekkss haha)..kembali berangan untuk kurus..berangan itu indah.. (*_*)






Thursday, July 14, 2011

~Terima Kasih~

Assalammualikum..

Syukur kerana kita masih berpeluang untuk menikmati keindahan yang di cipta kan oleh Allah..minggu yang tak berapa sihat untuk aku..sejak aku mengandung ni..memang setiap hari tak sihat kecuali apabila balik kampung 100% aku sihat hehehe..mengada kan..aku tak tau lah aku ni dalam golongan mengada atau tak tapi itu lah yang aku rase..balik kampung tekak ni langsung tak der rasa loya..sedap jer makan..

bermain dengan anak buah aku nur dini iwani 5 tahun adalah terapi yang sangat bagus bagi aku..apabila dia pegang perut aku sambil berkata 'baby mocu tengah buat ape skang..tengah tido yer..dia boy ker gurl, kalau gurl nanti boleh kawan dengan balqis (adik dia yang baru berusia 1thn) klu boy nanti misti kawan dengan adam (anak abang aku yang juga berusia 1 thn kiranya sepupu wani)'
padahal perut aku ni bukan lah besar pun siap nak pegang pegang macam tu,dia dah sibuk nak pegang perut aku..

itu bila cerita berada di kampung semua nya indah indah belaka..iyelah di kelilingi orang yang kita sayang..bila balik KL lain cerita nyer yang terjadi pada aku..
badan 24jam lemah..tak tau kenapa tapi itu lah yang aku rase..24 jam loya..nasib baik aku tak ada rase pening yang teruk..


terima kasih kepada suamiku..kerana sangat memahami aku dan sentiasa berada di sisi aku meniupkan kata-kata semangat di kala aku begitu teruk mengalami muntah muntah dan loya..
balik dari opis benda yang aku cari adalah katil aku..aku dah tak hiraukan keadaan rumahku..sekarang ni tender membasuh baju semua telah di ambil alih kepada suami ku..aku kesian dengan dia tiap kali dai kutip semua baju masukan dalam mesin..memanglah mesin yang basuh kan dia tak penat mana pun..tapi tu kan sepatutnya kerja aku..
aku tak dapat bayang kan kalau aku mengandung berjauhan dengan suami..sebab aku rase macam aku tak boleh nak buat semua kerja sendiri misti harapkan bantuan suami..macam mana lah agaknya kawan-kawan aku masa mengandung terpaksa berjauhan dengan suami kan..sungguh kuat hati kalian..


aku sedang memikirkan macam mana nak beli baju raya kalau aku  terus menerus macam ni..jawabnya tak der baju raya lah aku tahun ni :-(

Tuesday, July 12, 2011

~PeLik Lak Aiii~

SAYA TAK SUKE..


*mandi letak sabun (kalau tak mandi lagi suke heheh)
*bau minyak wangi suami saya (padahal aku yang pilih bau tu time beli)
*bau minyak rambut suami saya
*bau minyak wangi saya
*bau sabun mandi
*bau sabun basuh
*bau suami saya pas mandi




SAYA SUKE..


*bau suami saya balik keje(terutama tiak dia hahahah)
*bau minyak gamat
*bau baju tak basuh
*bau aqistina bangun tido
*makan asam jawa





HAHAHAHA..SAYA SEDANG MENGALAMI SAAT-SAAT PELIK DALAM HIDUP SAYA :-)

Thursday, July 7, 2011

Assalammualaikum..
hari yang tak berapa nak sihat..syukur alhamdulillah kerana allah beri aku kesempatan untuk merasai nyer..
semalam dapat berita baik..puan zilhumairak pun mengandung juga..hai zil kita sama2 memboyot pergi rumah qila kawin nanti..kalau qila time tu seri pengantin kita pulak sri ibu mengandung hahahah.. cik qila sila menerima hakikat bahawa kami pun berseri di hari nikah awak tu nanti hehehe..

Semalam baik punyer riak bile bercerita ngan puan zil bahawa baby ibu ni tak meragam..langsung tak banyak karenah..ha ambik ko!!!! pagi tadi dah memulakan ragamnya sehingga lah sekarang..
jarak dari rumah nak ke opis ni bukan lah jauh sangat pun..hanya 10 minit sahaja..tapi boleh plak dalam kereta tu nak muntah..tak pasal2 berhenti tepi jalan tak tahan nak muntah..busuk lah bau pewangi kete tu (alasan) heheheh..

tak cukup sampai situ dari pagi sampai petang tak leh masuk makanan..kalau masuk makanan muntah balik..perut lapa tapi tak leh masuk makanan..tak sampai lah setengah jam makanan tu duk dalam perut past akan di tolak keluar balik..
tau tak keadaan opis  ni macam mana..bukan macam opis orang lain..toilet di tingkat 3,aku pulak kerja di tingkat satu..kalau nak muntah tu..nak kene lif yang lembab tu lagi,baru leh naik tingkat 3..
esok aku rase kalau keadaan aku macam lagi,aku nak bawak baldi lah datang opis..
senang muntah kat dalam baldi tu jer..hahahah..tak yah nak lari2 pergi kat lif tunggu lif tu..heheh tapi kan.. silap2 aku yang tak lalu nak pandang bahan buangan dalam baldi tu nanti hehehe..mau lagi mabuk aku hahahaha..

Esok aku akan mulakan misi mengumpul plastik beg heheh..muntah kat plastik tu jer kan..tak larat lah aku nak pergi toilet tingkat 3 tu..kang tak pasal pasal ada sisa sisa buangan dalam lif tu.. sebab bile nak muntah ni bukan leh di tahan2 huhuhu...

Tuesday, July 5, 2011

Tanggal 3 july 2011

Assalammualaikum..

Sejak dua menjak ni badan ku cepat terasa letih..badan seperti tidak bermaya..tidak secergas dulu..tak tau ape puncanya..nak katekan tak cukup tido..memang tak lah..pukul 10malam dah masuk tido..
tak cukup makan..pun memang tak lah..kenyang jer perut ni..

2 july 2011
hari ni hari sabtu..tetapi aku terpaksa kerja jugak..wajib stanby..memang boleh claim OT tapi kalau di beri pilihan memang aku tak kan datang keje pagi sabtu ni..meninggalkan suami keseorangan di rumah..dan dengan badan aku yang serba tak kena ni..sempat jugak aku masakan lauk tengahari untuk suami kupagi tadi..kesian plak dekat dia duduk rumah kena beli nasi bungkus makan tengahari..
duk kat opis memang tak larat..sepatutnya aku keja sampai petang tapi pukul 3petang aku dah cabut balik..tak larat aiii..
balik tido dan petang nyer minta suami belikan aku 'sesuatu'..
memang aku nak 'benda' tu..sebab aku dah rase lain macam sangat badan aku ni..


3 july 2011
bangun solat subuh terus teringat kate2 adik semalam semasa aku beli 'benda' tu..
"kalau akak nak guna benda ni..guna pagi2 esok yer kak..sebab kalau guna malam ni takut tak betul"
aku mengiyakan jer kate adik tu..almaklumlah kali pertama beli benda tu..
Glupp!!!!... POSITIVE...aku mengandung..ada nyawa di dalam rahimku ini..aku akan menyambut 'orang baru'..
saat tu aku tak tau perasaan aku..macam tak percaya pun ada kan..bagi tau suami keputusan tu..dia terus menghadiah kan aku satu kucupan kasih sayang di dahiku..aku menangis kegembiraan begitu juga suamiku..
kami bakal bergelar ibu n ayah..syukur kerana allah murahkan rezeki aku dan keluarga..


usia kandungan ku baru 5minggu..wahai anakku moga kamu membesar dengan sihat di dalam rahim ibu..ibu tak minum susu tapi demi kamu ibu akan cube untuk memasukan susu tu dalam mulut ibu..supaya kamu cukup kalsium protein dan vitamin bagi menampung pembesaran kamu..kamu mesti kuat dan tabah menghadapi segala rintangan selama berada di rahim ibu..ramai yang menantikan kehadiran kamu di dunia ini..kehadiran kamu menaikan segala pangkat mak saudara dan bapak sedara belah ayah kamu..buat pengetahuan kamu,kamu adalah cucu sulong untuk keluarga belah ayah kamu dan sudah pastinya adik2 ayah kamu akan menyayangi kamu..ermm senang ibu nanti..belah ibu pula kamu cucu yang ke 6 boleh bermain dengan sepupu2 kamu..


alhamdulillah setakat ini kamu tidak menyusahkan ibu..masih tiada ragam..walaupun selepas ini kamu akan meragam dan membuat badan ibu tidak begitu sihat selama kamu berada di rahim ibu..ibu suke :-)
ibu tunggu keadaan itu..kerana... ibu boleh bermanja(mengada) dengan ayah kamu heheheeh..ibu harap kamu akan menjadi anak yang baik..soleh dan solehah..amin..

Saturday, July 2, 2011

`SyuKUr Alhamdulillah~

Alhamdulillah..
syukur ke hadrat mu ya allah..hanya itu yang mampu aku ucap kan..
terasa diri ini sangat kerdil untuk menikmati segala kenikmatan yang ko berikan..