JellyPages.com

Monday, October 31, 2011

~Nur DiNi iWaNiI~

Assalammualaikum..

Sajer kali ni nak cerita tentang budak ni pulak..anak buah aku yang paling rapat dengan aku..itu dulu..sekarang aku dah no 2 di hati dia..no 1 adalah encik suami aku hehehe..

Minggu lepas semasa perlawanan Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganau tu..percaya atau tidak anak buah aku ni pun ambil bahagian bagi menjayakan perlawanan yang gilang gemilang tu..

Kan masa awal perlawanan kesemua pemain akan di bawa ke tengah padang sambil memegang tangan budak kecik kan..ha itu lah yang di lakukan oleh anak buah aku ni..dia menjadi salah seorang budak kecik yang di pegang tangan sampai ke tengah padang oleh pemain  sebelum pemain memulakan perlawanan..along aku abah dia siap pesan kat anak buah aku tu 'nanti wani pegang tangan sukor adan tau kapten negeri sembilan tu!!' echeh macam lah anak buah aku tu kenal sape sukor adan tu..

Di sebabkan di hari perlwanan tu aku duk tengok tv kat umah..aku pun beria2 tunggu depan tv saat permulaan perlawanan tersebut..bukan nak tengok pemain nak tengok anak buah aku.. Yeahhhh!! sekali betul lah dia pegang tangan kapten negeri sembilan Sukor adan sambil mulut yang tercengang cengang hehehe...




ini gamba tahun lepas..semua orang pergi tengok bola dekat stadium dia di tinggalkan kat rumah dengan alasan dia kecik lagi..tapi tahun ni dia pulak yang di tengah padang bersama pemain..

~GenG sApe?~

Assalammualaikum..

ehh kejapnya dah masuk bulan NOV kan..ini bermakna tak lama lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 ini..terlalu banyak fasa kehidupan yang aku lalui selama setahun ni..dari anak dara seterusnya menjadi tunangan orang dan diikuti pulak dengan status isteri orang sehingga lah status ibu mengandung semuanya dalam tahun ini..banyak kan..

Rasa sayang pulak nak tinggalkan segala kenangan tahun 2011 ni..tetapi siapa kah kita untuk memberhentikan masa..teruja untuk tahun depan kerana tahun depan insyaallah status diri ini akan bertukar lagi..menjadi ibu orang pulak :-) doakan semuanya selamat untuk aku dan baby.

bercerita tentang menjadi ibu ni..aku rase baby aku ni mesti bukan geng aku..mesti geng suami aku ayahnya..selalu bila tengok tv memang tak senang lah aku..asik bergerak gerak jer dia dalam pewot ni..aku tengok tv dia buat aksi kat dalam..tapi minggu lepas bila menyaksikan perlawanan bola sepak negeri sembilan vs terengganu tu dia langsung tak gerak gerak..suami serta abang2 aku pergi stadium tengok bola sepak..aku ditinggalkan bersama dengan mak di rumah almaklumlah aku tak larat lah nak berjalan bersesak sesak tu kat stadium..sampai jer suami aku kat rumah..beria2 baby aku ni pun bergerak..ohh dah dengar suara ayahnya dia pun aktif lah..ada rase cemburu di sini okeh..

Sunday, October 30, 2011

~tomei ibu~

Perkembangan fetus - hamil 22 minggu


uteruskulit bibirmata
Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik.

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu gigi pertama akan muncul.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vigina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.


• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan.

Thursday, October 27, 2011

~KenaPa aKu~

kenapa aku?

kenapa aku sering diuji?

firman Allah taala : apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sajamengatakan;"kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji? (SURAH AL-ANKABUT:2)

kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

firman Allah taala : boleh jadi kami membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (SURAH AL-BAQARAH :216)

kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah taala : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (SURAH AL-BAQARAH :286)

bagaimana kan aku hadapi ujian ini?

firman Allah taala : dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yg khusyuk. (SURAH AL-BAQARAH : 45)

apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

firman Allah taala : sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka...(SURAH AT-TAUBAH : 111)

Wednesday, October 26, 2011

~Tendangan PeRtama..Goallll~

Assalammualaikum...

1-Minggu ni usia kandungan dah 21minggu ..kejap jer kan masa berlalu..ini bermaksud kandungan aku dah 5bulan..pewot sudah semakin besar..biapun dulu sebelum mengandung aku banyak terbaca status kawan kawan kat fb mengatakan tidak suke dengan pewot yang semakin membesar apabila mengandung..tapi bagi aku,aku sangat suke melihat perubahan pewot aku sekarang..mungkin kerana sudah sememangnya badan aku agak 'temok' walaupun tak mengandung so bile pewot semakin membuncit ak der masalah bagi aku  hehehe..

2-Semalam 26.10.11 hapy deepavali dengan pertama kalinya aku merasa tendangan pertama dari mujahid/mujahidah dalam pewot aku ni..selalunya aku hanya mengadu dengan suami aku hanya rase denyut denyut jer kat pewot ni..tapi semalam siap bergerak pewot aku dia tendang..kuatnya anak ibu..mst tengah praktis main bola yer sayang heheh..ker tengah main pondok2 dalam pewot ibu?? (adik ipar aku suh bagi nama daud kat baby aku kalau lelaki..cehhh..heheh)

3-Minggu lepas aku telah di arahkan oleh doktor untuk minum air gula..alkisah ada keturunan yang berpenyakit kencing manis jadi aku harus minum air gula tu di tambahkan plak dengan berat badan yang naik hehehehe..

4-Selera makan semakin membuak buak..tak menolak langsung sebat ape jer depan mata..teringat pengalaman triminister 1 dulu..yang langsung tak boleh makan,bukan sahaja makanan malah air pun tak leh masuh dalam pewot ni dan2 time tu jugak akan termuntah..pernah haus sangat minum air sejuk dalam peti ais namun tak sampai 5minit dah muntah balik siap boleh rase sejuknya muntah tu kat dalam mulut ..tapi sungguh berbeza dengan keadaan aku skang ni..muntah kerana terlebih makan hahahahaah..

5- kaki mula sembab..tapi aku rase bukan setakat kaki malah tangan aku ni pun rase macam sembab sekali..sebab cincin tunang aku dulu dah ketat bila aku pakai..itu membuktikan bahawa jari jari tangan aku membesar dengan jayanya sekali kan heheeh..cepat letih bila berjalan..untuk menghabiskan kerja2 rumah pun aku ambil masa dua tiga kali berehat sambil berbaring lurus kan pinggang ni kerana dah rase sengal..

6-mood untuk mengupdate blog semakin memuncak dengan bukti dalam minggu ni jer dah berapa entri aku post..aku nak coretkan segala pengalaman mengandung pertama ni kat sini boleh jadi tatapan untuk anak2 aku..perjalanan mengandung aku..malah aku juga rajin membaca blog2 yang berkaitan dengan ibu mengandung..semakin banyak pengalaman yang aku baca dari mereka semakin kuat rasenya diri ini untuk melalui saat2 manis ini..

7-baju baju baby dah mula beli..giller xcited aku kan hahah..bukan aku tapi suami aku hehehe..(padahal aku yang berjam2 duk tawaf sogo tu pilih baju baby)..bukan lah banyak beberapa helai je..iyelah aku kan susah sikit kalau nak di bawa berbincang..takut semakin banyak usia kandungan aku nii semakin liat aku nak bershoping penattttttttt..skang ni pun aku dah rase penat..tu yang ambik jalan selamat untuk beli sikit2..

senang betul bila tulis entri guna point2 jer kan..sangat pemalas tapi ada hati jugak nak post entri hehehe..senang lagipun nak baca klu dalam point ni hehehe..

Monday, October 24, 2011

~HaTi tiSu~

Semalam punya cerita..aku macam biasa membaca blog2 yang wajib aku baca..terbaca entri ini..yang membuatkan aku menangis sepanjang membacanya..mungkin betul..apabila sedang mengandung ni emosi lebih sensetif, lebih lebih lagi apabila cerita mengenai ibu mengandung dan anak yang di kandungnya,mau tak banjir kolam air mata aku ni..berhelai helai tisu digunakan untuk mengelap air mata ku..dan akhirnya apabila abis membaca aku telah sakit kepala sebab nangis terlalu mengikut perasaan hahahaha..

aku kongsikan sekali apa yang aku baca semalam..semoga menjadi kekuatan pada kita semua..


****************************************************************

Sudah beberapa hari saya tak buka Facebook dan blog. Saya baca notification dari Blackberry yang hidup segan mati tak mahu itu. Entah kenapa, saya rasa, saya sudah bosan dengan banyak perkara. Mungkin, saya semakin berusia dan saya fikir banyak lagi perkara penting yang harus disudahkan. Doakan saya baik-baik sahaja. Amin. :)

Dalam kesibukan Audit Negara menjengah pagi tadi, saya terima satu lagi email dari seorang sahabat baru. Syukur, Allah limpahkan saya dengan rezeki teman-teman yang tabah dan penuh cerita hidup. Saya kongsikan kisah hidup Sue dan saya harap kita semua dapat doakan yang terbaik untuk beliau.
Salam Aisyah,
Sy Sue dr KL. Kawan sya adalah pembaca setia blog Aisyah sejak pemergian puteri Aisyah dan dia yg mengsyorkan sya spya membaca blog Aisyah. Al-Fatihah buat arwah anak Aisyah & Arwah Najlah juga. Ya Tuhan, betapa tabah hati kamu berdua menghadapi segala dugaan yg tersangat getir ini.
Ketika pertama kali sya membaca kisah Nadia, airmata ini mengalir tanpa mampu ditahan2, sya xmampu mhabiskan cerita Nadia dlm satu masa, Sya ambik masa byk kali mbaca kisah Nadia shingga ke noktah yg terakhir. Sampaikan suami sya pon ttanya2 knpa sya mnages baca blog Aisyah lalu sya bg laptop kpdnya & sya terus ke blik mandi mcuci muka. Dan bila masuk bilik suami mluru memeluk sya seerat mungkin. Suami bkata plahan ke telinga sya "BB, abg nak bb skuat Nadia & Aisyah, kita lalui ujian ni bsama2. Kita doakan Ainul tenang disana" Airmata sya kembali menitis & akhirnya kami sama2 mnages mbaca blog AIsyah.
Sya baru shaja kehilangan puteri kesayanga
n sya yg diberi nama Ainul Mardhiah yg mbawa maksud Bidadari syurga. Ye skrg Ainul mungkin sudah tenang di syurga. Ainul dilahirkan pd 12 Sept 2011 iaitu 15 ari sebelum harilahir suami sya & ini hadiah yg paling syahdu buat suami sya.
Kisah syahdu sya bmula bila sya nak mbeli kelengkapan bayi, disebabkan kakak sya bru shja mlahirkan baby maka dia bmurah hati utk sedekah segala brang anaknya kpd bayi sya kelak. Kakak sya slamat melahirkn bayi lelaki yg sgt comel. & kakak sya msyorkan sya pergi scan utk tahu jantina baby kalo lelaki sya xplu beli apa2 & kalo perempuan sya perlu beli sdkit.
Lalu pd ptengahan ramadhan sya pun gigih ke klinik utk mbuat pmeriksaan jantina, dgn perasaan bkobar2 sya mlangkah masuk ke klinik. Stelah mlakukan scan muka doc tibe2 berubah. Kemudian dia minta izin sya utk mlakukan pemeriksaan sekali lagi & akhirnya setelah 4x scan dilakukan doc mberitahu saya yg dia xdapat lihat bahagian kepala bayi sya. Stelah pbincangan dibuat doc mrujuk sya ke pakar di HUKM. Tp sjujurnya jauh dlm hati sya bkata Bayi sya xapa2 & sya yakin!! Lalu surat dr doc itu sya renyuk lalu cmpak dlm kereta!! Sya xmahu terima kenyataan itu! Sya takut!!
Petang slepas bbuka puasa, suami ajak sya kuar makan di Kg Baru. Dlm kereta suami sya tjumpa surat yg sya konyokkan td. Lalu blakulah bebelan panjang bkenaan surat tsebut, yg akhirnya mbuat sya mnages bagaikan anak kecil. Suami mmujuk sya untuk pergi jumpa pakar di HUKM utk pastikan baby kami selamat. Spanjang malam sya xmampu nak lelapkan mata, sya asik memikirkan baby sya. Buat pgatahuan Aisyah, ketika itu bayi sya sgt aktif bgerak mana mungkin sya nak percaya bayi sya bmasalah?
Tp disebabkan desakan suami sya akur & pergi ke HUKM. Tp masa tu nurse di HUKM bg satu satu tarikh lain krn masa tu dh hampir hari raya maka nurse suh sya dtg lps raya.Spanjang hari raya hati sya xtenteram, sya takut khilangan bayi sya & sya myesal pergi scan!!! sgt myesal!!
Hari temujanji yg dtetapkan sya pergi ke HUKM sorng diri krn suami sya sibuk dgn peperiksaan UPSR. Doc mlakukan imbasan pd kandungan sya kmudian dia pangil 2,3 org doc lain & mereka juga mcari imej bayi sya. Mlalui monitar sya dpt lihat kaki & tgn bayi sya mgapai2.. Indahnya segala rasa takut sya hilang bila mlihat bayi sya aktif bgerak.
Tiba2 doc salmi suruh sya bpindah ke bilik sbelah yg ada scan 3D alasan doc salmi bhagian kepala bayi sya xnampak jelas. Sya masih tsenyum krn sya yakin bayi sya sihat!! Tp akhirnya senyuman sya mati bila doc salmi gemgam jari sya minta sya bsabar. "Puan, stelah pmerhatian kami ermm bayi puan xmempunyai tempurung kepala dan kami tpaksa mhentikan kandungan puan & mgeluarkan bayi puan. Bsabar byk2 puan"
Ya Allah, dugaan apa yg kau berikan pd aku? knapa aku? knpa aku? ini tidak adil!! hanya itu yg keluar dr mulut sya & doc salmi yg sedang sarat mgandung dtg merangkul sya, memeluk sya dgn erat smbil tidak putus2 minta sya bsabar kmudian sya dh tak sedar apa yg blaku. Segalanya kelam, sedangkan bayi sya masih bgerak aktif!!
Suami sya dtg & memeluk sya dgn erat. sya menages skuat hati sya, sya meraung sepenuh hati.Sya xmampu nak hadapi situasi ketika itu. Bayi sya masih aktif bgerak tp doc mahu sya gugurkan bayi sya?? Tidak!! tak mngkin sya izinkan semua itu blaku! sya xmahu!! Suami bkali2 mmujuk sya, smuanya tpaksa dilakukan demi keselamatan sya. Pelukan suami sya xmampu buat sya kuat utk terima smua kenytaan ini, & sya terus menages & mnages..


7hb sept 2011
sya dmasukkan ke wad, sya diasingkan dr pesakit2 lain. Sya diletakkan di bilik khas, bilik pengasingan hanya doc salmi & Prof Zainul dbenarkan merawat sya. Nurse juga begitu. Hanya bberapa nurse shaja yg dbenarkan masuk kdalam bilik sya. Doc Salmi dtg melawat sya & mgemgam erat tgn sya minta sya tabahkan hati & Doc Salmi bjanji akan mlakukan sebaik mungkin. Jam 3pm doc memasukkan 2bji ubat cytotec yg mana bfungsi sbgai ubat utk memaksa bsalin scara normal. Saat doc masukkan ubat tu sya mnages xhenti2, Doc bkali2 mohon maaf pd sya jika dia mdatangkan ksakitan pd sya. Tp sbrnya sakit yg sya rasa tu xsesakit perasaan sya utk mlepaskan puteri sya. Bkali2 sya mluahkan rasa kesal pergi scan yg akhirnya mbawa bencana pd diri sya & bayi sya. 2jam berikutnya sya terasa sakit di bahagian pinggang & ari2. Segalanya kejang & suami mnekan loceng mberitahu nurse kdaan sya. Doc masuk & memeriksa jalan. Tp bukaan baru 1cm. Sedangkan sya sakit teramat sgt, Suami mrayu Doc Salmi bg sya ubat tahan sakit, dia xsanggup mlihat kesakitan sya. Doc Salmi setuju lalu mberi satu suntikan yg akhirnya mbuat sya tlelap.


8hb Sept 2011
Sya sekali lg dmasukkan 2bji cytotec 400mg, tp kali ni sya xrasa sakit langsung. Walaupon setelah 4jam sya masih cergas & bguling2 kbosanan di ats katil. Prof Zainul dtg btanya khabar sya. Airmata masih mjadi teman setia sya. Prof Zainul byk mberi sya skongan. Jam 8mlm Doc Salmi dtg memeriksa jalan. Ketika itu bukaan hnya 2cm.


9hb Sept 2011
Stlah pbincangan dbuat, Pakar2 mmutuskan utk mnukar ubat. Sya dmasukkan D8 2btg! Sya rasa kesakitan Nadia!! Sgt sakit..Tp oleh krn hati sya kosong maka segala rasa blalu kosong. Suami sentiasa disisi sya walaupon tpaksa bkejar dgn anak2 murid yg akan ambik UPSR. 14jam kmudian D8 keluar, Doc memeriksa jalan sekali lg bukaan jalan hanya 1.5cm shaja.


10hb Sept 2011
Doc mmasukkan 3btg D8 sekali lg, tetapi ketika ini sya sudah bputus asa, sya marah, sya sedih, sya kecewa, sya nyatakan pd Doc Salmi sya xmah teruskan smua ni lagi, sya nak balik. Soal anak sya biarlah hnya Allah yg tentukan. Sya sntiasa bdoa agar ada k'ajaiban akan blaku. Semoga Allah berikan anak sya tempurung kepala! sya sgt2 berharap..Suami sya minta kbenaran utk mbawa sya pulang krn keadaan sya sgt2 tertekan. Walaupon sya diasingkan di bilik khas tp telinga sya masih mnangkap tangisan bayi diluar bilk sya. Keadaan itu sgt mbuatkan sya tertekan!! Akhirnya dgn kebenaran bsyarat sya dbenarkan pulang. Alhamdulillah


11hb Sept 2011
Sya kembali ke 'hotel bosan' sya & tpaksa mlalui hari2 bosan. Anak sya kekal aktif ketika ini. Setiap kali solat sya bdoa agar kuasa Doc xmampu mgeluarkan bayi ini dr perut sya. Sya bdoa xputus2 agar scan Doc ttg kandungan sya silap! Sya masih yakin anak sya sempurna & sihat.


12hb Sept 2011
Doc masukkan 2biji cytotec, namun kali ini rasanya agak blainan. Sya merasa kebas2 kaki & pinggang, suami mgurut perlahan smbil mhembuskan ayat2Al-quran spaya memudahkan sya bsalin.Jam 6.30pm ketika sya brehat2 sya rasakan ada air yg sgt banyak keluar dr faraj sya, Dlm hati bdebar2 adakah krn ubat yg banyak sya gagal mgesan rasa kencing. Suami skali lg memicit loceng utk memangil nurse. Sya panik, sya menages lagi! Doc Salmi mnenagkan sya katanya itu air ketuban, & dia memeriksa jalan bukaan masih 1cm! Kemudian Doc Salmi minta sya brehat stelah nurse tukar cadar yg basah lencun dek air ketuban sya td.


10minit kemudian, sya rasa sakit yg amat sgt. Suami bg sya minum air yg tlh dhembus dgn ayat2 Al-quran utk mmudahkan sya bsalin. Sakit makin kerap & Suami sekai lg merayu supaya sya dberikan ubat tahan sakit tp kali ini Doc Salmi xmberi kata setuju sebaliknya meminta sya bsabar & btahan. Pd jam 7.30pm, suami mintak diri utk pulang krn dia ada tuisyen utk murid2 yg akan ambik UPSR esoknya. Dgn berat hati sya mlepaskan suami pulang.


5minit kemudian, sya rasakan sesuatu keluar dr faraj sya. Sya dapat rasakan faraj sya sdikit kembang & sesuatu sedang keluar. Sya takut, tgamam, keliru tp jari sya cepat mnekan loceng. spantas kilat seorang doc pelatih dtg & mberitahu sya bukaan td baru 1cm jd sya plu tahan sakit & tnggu shingga 4cm baru sya akan dbawa ke labor room. Sya merayu pd doc tu spya tgk apa yg keluar sbp sya yakin sesuatu keluar dr faraj sya & kali ini sya yakin bukan air ketuban! Tp Doc pelatih tu blalu mninggalkan sya yg ketakutan!


Tbe2 sya terasa ada jari jemari kecil mguis peha sya.. kali ini sya mberanikan diri utk lihat apa yg ada di situ. Ya Allah sya lihat bayi kecik sya sedang brusaha keluar! sya tekan loceng sekali lg kali ini doc pelatih yg sama dtg dgn wajah mcuka & dgn keras dia mintak sya bsabar katanya "puan, sakit nak bsalin mmg mcm tu la. Boleh sabar x?" serentak dgn tu sya mbaling bantal ke arah doc pelatih tu. Sya mjerit dgn sekuat hati "anak aku dh keluar la bodohhhhhhh" Dgn muka masam mcuka dia myelak kain sya & dia terus blari keluar & beberapa org doc & nurse kelam kabut mbantu sya.


Sya ditolak kdalam lif utk ke labor room, sya sempat mnelefon suami sya bgtau yg bayi kami sdg kluar, suami bjanji akan dtg dgn segera. Belum smpai ke labor room sya dapat rasakan tapak kaki kecil itu mlonjak peha sya utk keluar, sya dapat rasakan jari jemari & kakinya mguis2 peha sya. Smapi di labor room Doc yg myambut bayi sya memaklumkan pd sya yg bayi sya dh keluar habis kata Doc tu "baiknya anak ibu, dia bawak keluar uri dia sekali" sya kehilangan kata2.. Sya mintak pd doc utk mlihat anak sya, walau pd mulanya doc keberatan tp stlah sya maklumkan sya tahu hayat anak sya tdk lama jd sya mohon doc bg sya peluang utk mnatap wajah anak sya.


Mengigil tgn sya menyentuh bayi sya pd kali ptama, sya usap bibirnya yg mirip suami sya, matanya, hidungnya smua mirip suami sya, sya cium pp keciknya, sya dengar dengusan nafasnya yg amat plahan, dgn airmata yg bcucuran sya dakap si kecil sya dgn erat, sya gembira melihat puteri sya. Tgn si kecik sya mgapai2 lalu sya pegang jarinya yg runcing & dia mbalas gemgaman sya! dia mgemgam jari kelingking sya, sya sebak, sya merayu dlm hati merayu kepada Allah jgn diambik puteri sya itu. Sya mnelefon suami mberitahu puteri sya menanti khadiran suami. Si kecil sya msih bnyawa wulpon smakin lama smakin perlahan, sya tetap mbelek2 badan si kecil sya. Doc & nurse seolah memahami situasi sya & mereka mberi sya ruang utk bsama si kecil sya yg semakin lemah nafasnya. sedang sya asik meneliti wajah si kecil tbe2 jarinya tlerai dr gemgaman sya. Sya lihat dadanya bhenti bdegup, sya lihat perutnya kaku. Doc memeriksa bayi sya & Doc memandang sayu ke arah sya "Puan, dia sudah pergi". Sya menages & meraung. Sya xmampu mnerima kenyataan itu, sya minta doc mlakukan bantuan penafasan pd bayi sya. Doc panggil suami sya di luar & suami sya mdakap sya erat "sayang, mgucap syg, mgucap banyak2. Jgn mcm ni syg, kita kena redha. Ni smua ujian utk kita syg, Abg xsanggup tgk syg mcm ni. Tlg abg syg, jgn mcm ni"


Sya masih merayu suami agar buat ssuatu utk selamtkan bayi kami. Tp akhirnya saya tpaksa akur bayi sya mmg telah pergi... kami bpelukkan airmata suami sya tumpah jua akhirnya.


13hb Sept 2011
sya & suami pergi ke bilik mayat utk menuntut jenazah puteri kami, Sya mohon pd Ustaz yg mguruskan jenazah puteri sya utk mnatap wajahnya buat kali t'akhir. Sya & suami dbawa masuk ke bilik mayat. Slama ni sya adlah org paling penakut tp entah kekuatan dr mana sya masuk ke bilik mayat dgn ditolak suami mgunakan kerusi roda, Ustaz mbawakan jenazah anak sya, sya usap wajahnya yg kaku, sya usap jari jemarinya yg sejuk & airmata sya tumpah lagi utk kesekian kalinya. Suami mgemgam erat tgn sya mcari kekuatan utk bhadap saat getir itu.
Jam 2pm, Ustaz memaklumkan urusan pengebumian akan blangsung. Sya minta pd suami utk mhantar jenazah shingga ke liang lahat. Ustaz bkali2 btanya minta kepastian dr sya mampu @ tidak sya mhadapi. cekal @ tidak sya melihatnya nanti. Sya tekadkan hati sya tetap mahu mhantar Puteri sya shingga ke akhirnya. Kmudian ustaz & suami sya akur.
Lalu jenazah anak sya yg telah siap dikafan diserahkan pd sya, bau kapur basuh mnusuk hidung sya, hanya alunan zikir mampu sya alunkan buat puteri sya. sya memangku jenazah shingga ke perkuburan, kemudian suami sya mgambil alih memangku jenazah swaktu di pkuburan. Sebak hati sya mlihat jenazah anak sya dmasukkan ke liang lahat. Dada sya seakan mahu pecah, airmata sya xhenti2 mgalir, kaki sya mgigil, seluruh badan sya sejuk, sya tlalu sedih dgn kehilangan bayi sya.. Selesai urusan pkembumian sya pulang ke wad & bkemas pulang. Doc Salmi dtg memeluk sya dgn erat & mbisikan kata2 semangat buat sya. Sya kaku, kelu xbkata apa, sluruh alam sya rsakan ksong, dunia seakan bhenti bputar...
Hari ni genap 1minggu & 4hari setelah pemergian puteri kesayangan sya, Sya melalui hari2 pantang dgn hati yg sgt hiba & masih myesali tindakan sya pergi scan. Sya mlayan lara dihati sya, mbiarkan suami sya sendri, sya tgelam dlm dunia kesedihan sya, shinggala suami sya mnages & melutut di depan sya mohon sya bangun & bangkit dr kesedihan ini, Sya xmampu Aisyah, impak Ainul tlalu kuat pd sya. Suami kmudian mbwa sya mhadiri kaunseling di HUKM & pulang dr HUKM teman sya yg merupakan pembaca setia blog Aisyah minta sya mbaca blog Aisyah & sya mbaca kisah Nadia..
Bersama airmata yg bcucuran sya akur pd takdir Allah, sya mnages semahu2nya, suami memeluk saya & minta sya jd setabah Nadiah & Aisyah. Suami sya bterima kasih pd Nadiah & Aisyah yg bkongsi kisah kehilangan ini pd sya. Skurang2nya sya sedar sya tidak mhadapi smua ini seorang diri. Org lain juga pernah mhadapinya. Suami sya bkali2 myakinkan sya yg sya juga akan mlalui pjalanan hidup aisyah skrg yg bahagia dgn kehadiran insan baru.. Sya mohon segala ini blalu dgn cepat. Sya juga xputus2 mohon sinar hidup yg melingkari Aisyah akan blaku jua pd sya agar mampu sya ubat duka di hati sya ini..
Al-Fatihah buat arwah Ainul Mardhiah.. semoga Ainul tenang di sana. Ibu redha sayang, pergilah sayang bsemadila dgn aman sayang. Aisyah & Nadia suami sya bdoa agar kekuatan yg ada pd kalian bdua akan dipinjamkan buat sya juga. Insya Allah.

Saya harap, tak ada siapa yang menganggap saya mengambil kesempatan atas kesedihan orang lain. Niat saya cuma satu, berkongsi rasa dan mengambil ikhtibar atas tiap ketabahan insan-insan terpililih ini. Mungkin ada gunanya untuk saya. Mungkin juga untuk anda yang lain.

Al-Fatihah ya Ainul Mardhiah.


************************************************************

semoga ibu ibu yang menerima ujian dan dugaan seperti ini kuat melaluinya..dan menjadi kekuatan bagi aku yang sentiasa alpa dengan kenikmatan yang diberikan Allah kepada ku..aku doakan semoga hati ibu ibu ini tenang melalui saat di uji ini..ini telah tertulis kesemua nya bersebab..ujian akan menaikkan martabat kita sebagai hamba allah yang kerdil..
amin..

~merinDu~

Assalammualaikum..
pagi tadi nak pergi kerja terus teringat aqistina..padahal minggu lepas baru jumpa dia..belek punyer belek folder gamba kat pc ni terjumpa gamba aqis masa pergi bercuti kat langkawi ari tu..ermm lagi rindu kat dia..

muke yang sangat comot..paling comel bagi aku..


terus tukar gamba desktop pc ni ke gamba ni..heheh..23.10.11 lepas genap aqis berumur 2tahun..dah pandai gadoh dah sekarang ni dia..nampak jer muke yang sangat comel ni tapi bab gadoh bagi kat dia..garang heheeh..bila call mak kalau dia ada jugak kat situ dah pandai mintak talipon tu nak cakap jugak..bukan paham pun dia cakap ape..buat buat paham jer lah jawabnya..kalau tak bagi talipon tu kat dia merajuk masuk bilik belakang pintu..memang sah anak dara..merajuk jer masuk bilik..sangat comel kan heheeh..

befday aqis dekat tarikh dengan befday atoknya (ayah aku) ayah aku 20 oktober aqis 23 oktober..
masa 20oktober lepas macam biasalah anak dia yang di perantauan ni call sekadar wish befday tanpa hadiah..kek pun tak der..kebetulan minggu tu tak balik jadi call jer lah yang mampu aku buat ;-(
tapi..
sangat tergugat dengan agenda anak2 buah aku menyambut befday atoknya..

huwaaaaaaaaa...


 
serius tergugat..


alia,wani dan aina


diaorang kat atas ni siap bagi adiah henpon kat atoknya..aku yang dah keje ni pun tak beli adiah lagi untuk ayah aku heheheh..diaorang siap simpan duit belanja sekolah kumpul duit sama2 bagi adiah kat atoknyer..terharu okehh..

alia: atok ni adiah dari kakak

aina: bukan kakak sorang aina pun tok..

atok: terima kasih yer adiah ni atok simpan dulu (sambil bangun simpan adiah yang siap berbalut tu dalam bilik)

alia: alah atok bukak lah adiah tu sekarang..kakak tak saba ni..(tersenyum2 malu)

aina : wan aina kumpul duit dengan kakak RM20 sorang nak beli adiah tu kat atok (sambil berbisik ngan wan dia)

wan : macam mana aina kumpul duit??

aina : aina suh ibu bawak bekal duit belanja aina tak pakai lah..

serius aku terharu bila mak aku cite tentang ni kat aku..heheh..cepat nya lah masa berlalu..dah besar anak anak buah aku..baru semalam rase nya diaorang pandai panggil aku 'mocu' sekarang dah boleh jadi kawan bermain dan bergadoh aku..


abaikan muke aku yang tembam itu heheh


mereka adalah penghibur aku..mereka adalah buah hati aku..rase yang amat rindu kalau tak bertemu..nasib lah anak2 buah aku ni tak duk jauh dari umah mak aku..jadi tiap kali balik kampung memang aku akan jumpa jugak anak anak buah aku ni dulu..

dulu masa aku belum berkahwinan wani tak suke dengan suami aku..tak tau sebab ape,mungkin dia rase aku tak akan hiraukan dia lepas aku kawin..tapi sekarang....aku ni jadi no 2 suami aku jadi no 1..bila aku call cakap dengan aku tak sampai 5minit terus tanya "mocu,pocu ada tak?wani nak cakap dengan pocu" bila dah start gayut ngan pocunya..mak aiii macam cakap dengan bf lama giller..siap leh cerita mkn ape..pakai baju ape.. ada perasaan jeles mocu disini okeh..



antara orang yang sibuk di hari bahagia aku dulu..aku duk sibuk buat hantaran tepek bunga2 diaorang berdua kat atas ni duk sibuk cabut bunga2 tu balik..kesudahnya aku biarkan jer..



Thursday, October 20, 2011

~Manfaat Surah Alam nashrah & petua dapat anak

Assalammualaikum..
terbaca ilmu ni kat blog kawan tadi..so aku rase tertarik untk tepekan sekali ilmu ni kat blog aku..supaya menjadi rujukan di hari muke..almaklumlah aku ni kan cepat lupa..so dengan ada nyer aku tepek kat sini leh jugak aku ulang baca nanti..

********************************************

Sebentar tadi saya selesai menonton Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek (cuba cari profile FB beliau, tapi tak jumpa). Tajuk menarik untuk hari ni - ANAK ANUGERAH ALLAH. Topik yang saya kira sangat relevan memandangkan senario keruntuhan sosial dan cabaran-cabaran keibubapaan dalam membesarkan anak-anak.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan konsep pendidikan berlandaskan agama adalah yang terbaik dan juga penyelesaian untuk 1001 macam permasalahan sosial. Semoga sahabat-sahabat dan mungkin saya juga (jika diizinkan Allah) mampu menjalankan amanah ini berlandaskan apa yang seharusnya bagi memastikan generasi akan datang, adalah generasi yang terpelihara dari 1001 macam cabaran masa kini.

Okay, saya sebenarnya nak kongsi beberapa ilmu yang saya peroleh sebentar tadi.

MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bahagian pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Menurut Ustaz Hanafi Abdul Malek, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan anak, minum segenggam kurma yang dikisar bersama segelas susu kambing. Sekali seumur hidup juga sudah mencukupi.

Selain itu, amalan makan 7 biji kurma dan susu kambing juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

Selamat mencuba & maaf kalau saya ada tersilap di mana-mana.


Wednesday, October 19, 2011

~Tengah Dok piKir~

Assalammualaikum..
pembuka bicara heheh..minggu ni dah 20minggu usia kandungan aku..
dah semakin besar..alhamdulillah..
aku dah ada rase macam berdenyut denyut kat perut..dah semakin kerap..
mungkin itu tanda pergerakan bayi kan..mana lah aku tau..sebab tak pernah rase sebelum ni hehehe..
kadang kadang tu rase geli pun ada jugak..jawab nyer gelak sorang sorang jer aku..
syukur ya allah kerana beri aku peluang merasai pengalaman ini dan beri peluang meminjamkan aku zuriat ini..kerana ini semua hanya milikmu ya allah aku hanya sekadar peminjam..


kesihatan aku pulak..alhamdulillah semakin oke..kalau nak di bandingkan di awal kehamilan dulu..
tapi muntah muntah tu masih ada..cepat letih..kaki ni selalu lenguh walaupun hanya berjalan di dalam rumah..
itu lah aku tengah dok pikir ni..
sekarang pun kaki aku dah mula lenguh lenguh macam mana lah keadaannya kalau aku dah sampai tujuh lapan bulan nanti kan..
barangan bayi belum satu pun beli..encik suami aku duk sibuk ajak pergi beli barangan bayi minggu ni..bagi aku macam cepat sangat plak..
tapi kalau nak tunggu aku banyak bulan larat ker aku nak pergi ukur shoping complex tu??hehehe
hahahah tak menahan niat aku...
banyak benda nak kena beli..dengan aku yang tak tau nak beli ape barang keperluan bayi tu kan harus lah ambil masa yang lama nak beli..
sekali keluar shoping beli satu..pastu balik umah pikir lagi barang apa yang patut beli..dapat idea keluar lagi cari barang tu..ha kan ambil masa yang lama jugak kan hehehe..

Ni barang barang yang aku rase perlu aku beli..


BARANGAN ASAS UNTUK BAYI



terima kasih encik google

encik google jugak

encik google lagi

lagi encik google



1-Bakul pakaian bayi
2-Baju lengan panjang
3-Baju lengan pendek
4-Seluar panjang
5-Seluar pendek (aku tak tau bayi baru lahir pakai ker tak seluar pendek ni heheh)
6-Barut
7-Bedung
8-pampers new born
9-tuala kecil
10-botol susu
11-berus botol
12-baby bip
13-alas getah bayi
14-diapers bag
15-tilam bayi
16-bantal bayi
17-kelambu
18-selimut
19-sarung tangan
20-sarung kaki


BARANGAN MANDIAN BAYI


heheh google jer lah



1-Bakul barang mandian (tidak terlalu besar senang nak bawak kemana2)
2-Baby wipes
3-Baby shampoo
4-Baby powder
5-Kapas kecik
6-Tab mandian bayi



BARANGAN GROOMING  & HEALTH CARE

1-Bakul barangan grooming
2-minyak bayi nona roguy
3-vicks
4-pemotong kuku bayi
5-gunting kecik
6-baby lotion
7-baby oil
8-krim lampin
9-cutton bud
10-sikat bayi


ini pun banyak aku cedok dari intenet..nanti aku pikir lagi..ape yang patut aku beli..ni pun dah banyak dah ni..rasenyer aku setuju lah dengan cadangan encik suami aku ujung minggu ni..sebelum kaki aku sembab dan tak larat nak jalan baik aku setel kan awal awal kan..



Tuesday, October 18, 2011

~Langkawi yooo!!~

Assalammualaikum..
hari ni tetibe terajin untuk menulis entri mengenai percutian keluarga pada bulan lepas..
dah sebulan baru nak update..bukan ape banyak keje (cehhhh tak menahan) dengan jujur nya malas hehehe..
lagipun tak transfer gamba dari camera ke pc..tu yang malas nak tulis mengenai percutian ni..
tapi skang aku dah buat pc opis ni macam pc aku..boleh tranfer gamba kat pc opis jer..kalau dulu aku hanya transfer gamab kat laptop masa kat umah jer..almaklumlah pas kawin ni nak bukak laptop pun payah..banyak sangat kerja umah yang perlu di setel..tu belum ada anak lagi tu dah tak sempat nak bukak laptop kat umah kalau dah ada anak tengok tv pun aku tak sempat agaknya heheeheh..

moh lah kita layan gamba kat bawah ni..kalau entri yang lepas lepas tak der gamba yang aku tepek kan kat sini kali ni insyaallah banyak gamba..bergantung pada kerajinan aku..harap2 aku rajin lah sebab baru pas belasah roti canai 2 keping..apabila pewot kenyang nak mengupload gamba pun jadi senang iyer dok??!! pepatah yang aku cipta sendiri heheheh..



muke tersenyum riang sementara tunggu penerbangan kami..wahh mcm lah jauh sangat nak pergi hehe



buah hati hamba..Aqisstina!!!!


hero melaya hamba Adam kimi!!!!


dan ini...hamba yang gebu macam kucing parsi hahaha..pewot tak nampak lagi..baru 3bulan time ni masih pening2 lalat heheh..


tak der keje..bosan tunggu lelama..bergamba gedik jap..


ha ni lah kete lembu yang akan bawa kitaorang bercuti..

hero hamba...

ohh bapak ku..selaku ketua rombongan memastikan semua naik cepat atas kete lembu ni

orang dah naik aku sibuk suh hero aku ni tangkap gamba..dia pun layan jer kerenah aku hehe

adam dah tak saba nak naik kete lembu tu..dah tak leh dukung nak turun jer kejenye..


"senyumanmu satu azimat..buat diri ku yang hina manusia terpinggir melara" lalalalal ternyanyi plak heheh


depan ni pun jadi nak bergamba..aikk bak per nyer pewot suami aku dah mcm nak sama ngan ayah aku tu..hahaha..walaupun mereka pewot mcm tu tetapi mereka berdua tetap menjadi hero di mata aku..



yeahhhh... baju sama tak leh bla so sweet hahahah


cadang nya nak beli baju ni sama ngan suami aku jer..tetapi di atas gelaran 'mocu kesayangan mereka' jadi anak2 buah aku ni pun nak jugak sama baju ngan aku..cian wani tak pakai baju sama sebab baju dia aku terbeli besar..balik dari sini baru nak pergi kedai tu balik tuka baju dia tu..


macam rombongan budak tadika dah..tambahan plak bila aina ngan alia nyanyi lagu cina sekolah diaorang..kompom2 diorang jer yang paham..

penuh satu van ni dengan 10orang dewasa 5orang kanak2..tapi van ni memang besar giller..ada lagi tempat duduk kosong..terbaik lah van ni...

aik mcm nak g pantai plak kan..hari ni aktivitinya pergi tasik dayang bunting..haruslah berpakaian mcm ni hehehe..


tak nak kalah jugak..padahal time ni masih mabuk lagi..nak jugak naik boat menambahkan mabuk heheh..

adam hakimi mana selipar awak ni???heheh


satu boat penuh dengan rombonga kami..boat ni pun besar jugak..harga sewa pun berbaloi..


inilah tasik dayang bunting..cuba tengok gunung ganang tu..kan macam seorang wanita yang sedang mengandung tido..sebab tu lah tasik ni di panggil tasik dayang bunting..hehehe

baru sampi destinasi tasik dayang bunting..



ketibaan kami di sambut oleh monyet2 yang sangat banyak..dah tu tak takut orang plak tu..orang plak yang takut kat monyet monyet ni..dah selalu sangat jumpa orang agaknya tu sebab jadi macam ni..


Tasik Dayang Bunting


kat tasik dayang bunting ni ada jugak lah tempat mandi untuk orang ramai..mitos kat sini sesiapa yang mandi kat tasik ni akan di permudahkan untuk mengandung..ini bagi sesiapa yang belum lagi mengandunglah..dan tempat suami ngan anak buah aku berendam ni tempat kanak2..ishh geli aku tengok air nyer tapi diaorang ni slamber jer berendam..bluekkss!!heheh



ini plak tempat helang makan..memang burung helang makan kat sini..besar besar plak tu semuanya..



burung helang lagi...


pewot dah macam nak sama ngan hero sebelah aku ni..ishh ape kes leh jadi macam ni heheeh


seram woooo bile naik heheh


sejuk kat atas ni..tengok jer lah kabus kat belakang tu..padahal waktu ni tengahari bukan pagi pun..kalau pagi lagilah sejuk agaknya..


yuhuuuuu...


tangkap gamba sambil kaki menggigil..sebab kadang2 jambatan ni ada rase berbuai bila di tiup angin..
baju wani sama ngan suami aku..memang saje pakai sama dia nak..



intan payung hamba...


opss..sila jgn muntah melihat gamba ni hahahaha..wuekkk!!!



sekian sahaja..
penceritaan percutian kami..heheh..perasan tak gamba aku tak banyak pun kan..sebab aku lah tukang yang ambik gamba..dan di tambah pula dengan pening pening lalat aku yang masih berbaki..almaklumlah masa ni kandunganku baru mencecah 3bulan..masih di dalam pening2 lalat gitu..



Thursday, October 13, 2011

~padan muke aku!!!~

Salam..
dulu dulu punyer entri aku pernah cite tentang langsir umah aku yang senteng tu..
bile kengkawan aku bersuara nak datang beraya..
terus suami aku akan cakap "alah ayang langsir umah kita senteng macam mana??"
kali pertama keluarga aku datang umah aku pun suami aku siap pesan ngan aku bagi tau diorang awal awal
langsir umah tu senteng..hahaha dia yang cuak..





dan semalam....





dengan tidak sengaja aku tertarik langsir tersebut semasa nak ampai baju..dan kesannya birai langsir tersebut tertanggal..hahahhaha
akhirnya dengan rasmilah rumah aku tiada lagi langsir senteng malah langsung tiada langsir di bahagian ruang tamu tu..
puas hati aku..padan muke aku heheheh..

Monday, October 10, 2011

~Ya Allah berikan ku kekuatan~

Assalammualaikum.
seandainya ini ujian dari mu ya allah
ku terima dengan hati yang redha..
kuatkan hati ku ini teguhkan iman ku ini..
berikan kekuatan aku dan suami untuk laluinya..
moga yang terbaik untuk kami..

Sunday, October 9, 2011

~sakit itu nikmat~

Assalammualaikum..wahai blogku..
bersua kembali kita hehehe..
minggu yang sangat sibuk bagi aku..
menerima kunjungan dari ahli keluarga..
berkampung di rumah ku ujung minggu lepas..
sebagai tuan rumah yang baru mempunyai keluarga sendiri
sudah tentu semua nyer aku mahukan yang terbaik bagi di sajikan
untuk mereka walaupun banyak kekurangan yang masih aku perlu baiki
untuk menjamin mereka semua selesa di teratak aku tu..

kali pertama mak dan ayah ku berkunjung ke rumah ku selepas aku berkahwin apabila
mengetahui aku mengandung 4minggu..apabila call mak mengatakan berita gembira tu
terus dia nak datang ke KL berjumpa aku heheheh..
masa tu mak ngan ayah datang bersama abang2 kakak ipar serta anak buah aku adam hakimi..
abang aku yang sulong tidak dapat datang kerana mak aku buat keputusan last minute..
jadi minggu lepas turn abang aku yang sulong serta anak2 menziarahi aku..

masa mak aku call bagi tau nak datang tau  apa ayat pertama aku??? 'nanti kalau nak datang rumah mocu jgn lupe bawak bantal dan toto sendiri tau' terus mak ngan aku sama2 tergelak heheh..
memang betul diaorang bawak sendiri toto ngan bantal datang umah aku..hahahah dah macam nak pindah dah..
anak2 buah aku alia,aina,iwani ngan aqiss ape tah lagi..memang diaorang tunggu saat2 ni..tak saba nak datang umah aku..

sibuk plak ajak pergi jenjalan..kat KL mana jer pun tempat yang nak aku bawak..along aku cadang kan pergi zoo negara..aduhai penat tuu nak berjalan..akhir kakak ipar aku ajak pergi jalan Tar jer..sambil berjalan boleh menghabiskan duit huwaaaa...

seharian berjalan dan akhirnya balik umah kaki lenguh2 badan sakit2..
serius lah aku tak pernah rase sakit kaki macam tu..mungkin kerana kandungan aku semakin besar..
jadi cepat sangat kaki aku berasa lenguh..
bukan kaki jer tangan aku pun rase lenguh..ape kaitan berjalan ngan tangan aku kan heheheh..
dulu stakat nak tawaf jalan tar tu dua tiga kali memang tak der hal lah..
tapi skang sikit jer jalan dah letih..

Dan pagi ni bangun untuk pergi kerja sangat lah malas..dengan satu badan lenguh2...
walaupun badan berasa sakit dan lenguh tapi aku puas..hati aku gembira..menghabiskan ujung minggu aku
bersama dengan orang yang tersayang...


p/s~nanti kalau kakak datang umah mocu tak payah bawak toto mocu sediakan satu bilik untuk kakak..tunggu mocu beli katil tu dulu yer hehehe..

Wednesday, October 5, 2011

BERUSAHA UNTUK RAJIN..

Assalammualaikum..
selamat pagi..semoga kita berada di dalam keredhaan-Nya..
sekarang tengah berusaha untuk merajinkan diri melakarkan segala pengalaman manis dan pahit di dalam blog ini..supaya boleh di jadikan tatapan buat anak2 suatu hari nanti..pada yang sudi baca blog ni terima kasih di ucapkan di harap setiap penulisan dapat memberi pengajaran yang berguna pada kalian (ceh bajet ada orang baca..ada kot yang silen readers tu hehehe kot ada berangan lagi) tapi kalau tak der pun tak per..menulis blog adalah medium bagi aku meluahkan rase..sebab masa aku sekolah rendah dulu cikgu aku pernah berkata kadang2 kita tak dapat luahkan ape yang kita rase dengan kate2 tetapi dapat di luahkan dengan penulisan..iyer ker dak ni??...

sejak kebelakangan ni blog sendiri memang di tinggalkan tetapi aku sering menjengah ke blog kesukaan aku..dengan membaca penulisan mereka dapat mengajar aku erti kehidupan..kerana setiap kehidupan insan ceritanya berbeza beza..sungguh kerdil diri ini berbanding dengan kekuasaan maha pencipta..
sungguh bertuah diri ini kerana di beri nikmat yang tidak ternilai oleh-Nya..syukur ya allah..

sesungguhnya semua yang kita miliki di dunia ini adalah pinjaman semata2 pada kita..samapai sahaja di satu tarikh semua nya harus di pulangkan pada yang hakiki..hanya kita tidak tau bila kita akan di pulangkan pada pencipta kita..


ok nak sambung buat kerja kerana minggu ni aku bekerja keseorangan partner aku bercuti..agak huru hara di situ heheheh bukan lah aku bekerja keseorangan ada 2orang budak baru masuk dalam team aku ni..nama pun budak baru jadi mereka mana tau selok belok kerja ni lagi..kedua2 budak baru ni lelaki..tak der ker pompuan??nak pompuan..ya allah hafizah sila lah bersyukur ape yang di berikan..syukur...