Sajer kali ni nak cerita tentang budak ni pulak..anak buah aku yang paling rapat dengan aku..itu dulu..sekarang aku dah no 2 di hati dia..no 1 adalah encik suami aku hehehe..
Minggu lepas semasa perlawanan Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganau tu..percaya atau tidak anak buah aku ni pun ambil bahagian bagi menjayakan perlawanan yang gilang gemilang tu..
Kan masa awal perlawanan kesemua pemain akan di bawa ke tengah padang sambil memegang tangan budak kecik kan..ha itu lah yang di lakukan oleh anak buah aku ni..dia menjadi salah seorang budak kecik yang di pegang tangan sampai ke tengah padang oleh pemain sebelum pemain memulakan perlawanan..along aku abah dia siap pesan kat anak buah aku tu 'nanti wani pegang tangan sukor adan tau kapten negeri sembilan tu!!' echeh macam lah anak buah aku tu kenal sape sukor adan tu..
Di sebabkan di hari perlwanan tu aku duk tengok tv kat umah..aku pun beria2 tunggu depan tv saat permulaan perlawanan tersebut..bukan nak tengok pemain nak tengok anak buah aku.. Yeahhhh!! sekali betul lah dia pegang tangan kapten negeri sembilan Sukor adan sambil mulut yang tercengang cengang hehehe...
ini gamba tahun lepas..semua orang pergi tengok bola dekat stadium dia di tinggalkan kat rumah dengan alasan dia kecik lagi..tapi tahun ni dia pulak yang di tengah padang bersama pemain..
No comments:
Post a Comment