Assalammualaikum..
ehh kejapnya dah masuk bulan NOV kan..ini bermakna tak lama lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 ini..terlalu banyak fasa kehidupan yang aku lalui selama setahun ni..dari anak dara seterusnya menjadi tunangan orang dan diikuti pulak dengan status isteri orang sehingga lah status ibu mengandung semuanya dalam tahun ini..banyak kan..
Rasa sayang pulak nak tinggalkan segala kenangan tahun 2011 ni..tetapi siapa kah kita untuk memberhentikan masa..teruja untuk tahun depan kerana tahun depan insyaallah status diri ini akan bertukar lagi..menjadi ibu orang pulak :-) doakan semuanya selamat untuk aku dan baby.
bercerita tentang menjadi ibu ni..aku rase baby aku ni mesti bukan geng aku..mesti geng suami aku ayahnya..selalu bila tengok tv memang tak senang lah aku..asik bergerak gerak jer dia dalam pewot ni..aku tengok tv dia buat aksi kat dalam..tapi minggu lepas bila menyaksikan perlawanan bola sepak negeri sembilan vs terengganu tu dia langsung tak gerak gerak..suami serta abang2 aku pergi stadium tengok bola sepak..aku ditinggalkan bersama dengan mak di rumah almaklumlah aku tak larat lah nak berjalan bersesak sesak tu kat stadium..sampai jer suami aku kat rumah..beria2 baby aku ni pun bergerak..ohh dah dengar suara ayahnya dia pun aktif lah..ada rase cemburu di sini okeh..
No comments:
Post a Comment