JellyPages.com

Tuesday, November 22, 2011

~mAcaM ManALah AgaknYA~

Macam Manalah Agaknya..
macam mana lah agaknya keadaan aku nak bersalin nanti..bila dah semakin untuk menghampiri saat saat bersalin ni semakin risau pula rasenyer..tak saba pun ada..
risau sebab nak menghadapi sakit bersalin tu..mohon di lapangkan dan di permudahkan dalam segala hal amin.
tak saba rasanya nak bertemu bertentang mata dengan cinta hati kami..9bulan aku menunggu saat itu.semestilah aku sangat teruja..teruja dan takut..



Macam Manalah Agaknya
rupa anak aku nanti..kalau ikut muke aku..jawabnya mewarisi hidung kembang dan bulu mate pendek aku ni lah..tapi kalau ikut muka ayahnya..akan mewarisi hidung mancung dan bulu mate panjang ayahnyer lah.mancung ker hidung ayahnya??ishh tak der lah semancung shah rukh khan tu,tapi kalau nak di bandingkan dengan aku agak jauh juga aku ketinggalan heheeh..bialah mewarisi muke siapa pun asalkan semua nya selamat..baby sihat dan selamat..



Macam Manalah Agaknya
keadaan aku berpantang nanti..boleh ker aku ikut segala pantang larang yang telah di tetapkan orang dulu dulu mengenai ibu lepas bersalin.iyelah dengan keadaan keras kepala yang memang dah ada kat aku ni.
pakai stokin 24jam,pakai bengkung bagai..ishh tu semua kan merimaskan..tambahkan pula makan yang perlu di catu tu..mesti time lapar lapar macam tu akan teringat KFC McD dan sebagainya kan dapat pula 44hari makan ikan haruan yang dimasak stim atau rebus sahaja,memang mencabar kot masa tu..
fuhh imagine aku tak hingat..padahal aku belum pernah berpantang lagi pun hahaha..


Macam Manalah Agaknya
keadaan aku melayan kerenah anak aku nanti..berjaga malam beri susu pada anak..dapat pula bila anak aku dah pandai berjalan,dah tentu masa tu anak aku tu pandai buat sepah..sabar tak aku dengan semua kerenah anak aku kan..mohon aku bersabar dengan segala dugaan semasa membesarkan anak aku nanti.kira agak jauh jugak aku berpikir ni.sampaikan dah pikir masa anak aku dah pandai berjalan..makan masa bertahun jugak tu untuk tunggu anak aku boleh berjalan hehehe..


Macam Manalah Agaknya
dah lah stop lah angan angan macam manalah agaknya ni..jauh sangat aku berpikir ni..penat dah otak ni..tapi angan angan ni memang best..dan aku salah seorang yang suke berangan..opss pecah rahsia :-)

~BatUk..dan dOktoR~

Aku batuk yang agak teruk sekarang ni..
bermula dengan sakit tekak pada waktu malam dan keesokan paginya terasa gatal di tekak. itu cerita minggu lepas..dan ini bermakna dah hampir seminggu aku batuk..



bayangkan batuk sampai sakit dekat bahagian pewot aku ni.dulu masa tak mengandung pun pernah gak mengalami batuk yang sampai sakit kat perot tiap kali batuk..tapi bila mengandung lagi lah risau kan kalau bab sakit yang melibatkan perot ni..lebih lebih lagi dengan maslah uri kat bawah ni..bertambah tambah lah risaunyer hati hamba.

tido pun jadi tak best sebab setiap kali batuk akan terjaga.
semalam pergi klinik,klinik yang biasa aku pergi chek up kandungan aku tu ramai orang,jadi terpaksalah ku batalkan sahaja niat untuk ke klinik tu,suami aku bawa aku ke klinik lain..sebab bukan nak chek up kandungan pun kan cuma nak pergi mengadu batuk yang semakin menjadi jadi ni je so mana mana klinik pun okeh kan..

aku pun buka lah cerita sedih aku mengenai batuk yang menyebabkan sakit bahagian perot di tambah pula dengan masalah uri kat bawah ni merisaukan aku kot kot lah punye lah aku teran batuk tu ada effect pulak kat baby aku ni..

alhamdulillah..doktor tu kata selagi tiada pendarahan kira okeh lah..dan paling yang aku suke dengan doktor ni..dia terangkan satu persatu mengenai sakit yang aku alami.Bermula dari batuk sehinggalah kedudukan uri ini.Sampai kan siap lukis gambarajah lagi.Bagus kan dokto ni,dokto ni seorang lelaki dan berbangsa india.Aku sebagai pesakit yang tak berapa nak pandai mengenai masalah sakit sendiri ni jadi faham..dan aku amat berpuas hati dengan penerangannya..
jauh berbeza dengan doktor yang selalu aku jumpa masa buat chek up mengandung..langsung tak terangkan apa-apa pun dekat aku..sampai kan masalah uri kat bawah pun dia hanya memaklumkan sahaja pada aku tanpa sebarang penerangan,aku perlukan penerangan dari doktor kerana bukannya setiap tahun aku mengandung lebih lebih lagi ini adalah kandungan pertama aku,banyak benda yang aku tak tau,padahal dokto ni perempuan dan berbangsa melayu..dan sebab itu jugak lah aku pilih untuk buat chek up mengandung di kliniknya kerana dia perempuan dan berbangsa melayu..
tapi ape yang mendukacitakan layanan yang aku perolehi sungguh tidak memuaskan hati jika di bandingkan dengan doktor lelaki berbangsa india yang aku jumpa tempoh hari.

Sunday, November 20, 2011

~peTua MenaikkaN Uri~

Entri yang lepas aku ada cerita mengenai masalah uri yang aku hadapi sekarang. hari khamis ni 24.11.11 aku ada appt dengan doktor dekat hukm mengenai masalah ini..minggu ni usia kandungan aku telah genap 25minggu.jadi doktor kata ada masa lagi untuk baby aku berpusing dan uri aku naik ke atas..
tetapi yang buat aku risau, dari chek up kandungan aku 20minggu  dokto dah memaklumkan masalah uri aku ni. bila pergi chek up untuk 24minggu masih masalah yang sama.uri aku masih dekat bawah..tak berpusing ke uri aku ni :-(

aku terjumpa petua kat bawah ni untuk menaikan uri..insyaallah akan aku amalkan..moga moga baby aku ni berpusing dan uri naik semula ke atas..


PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.


masih ada masa lagi untuk baby berpusing..harap appt dengan doktor hari khamis ni masalah uri aku ni tidak begitu serius..kerana kedudukan masalah uri ni juga ada banyak tahap..ada juga kedudukan uri kebawah tetapi tidak menutupi pintu baby nak keluar dan ada juga kedudukan uri ke bawah sampai menutupi pintu baby nak keluar..






antara gambaran uri ke bawah..ada yang menutupi setengah dan membolehkan lagi baby keluar secara normal dan ada yang menutupi penuh dan tiada ruang untuk baby keluar secara normal.

Friday, November 18, 2011

~chek up 24minGgu~

Assalammualaikum..

minggu ni dah genap 24minggu usia kandungan..semalam aku dah pergi chek up untuk ke 24minggu..
Pada usia kandungan aku 20minggu ..dokto ada cakap bahawa aku ada masalah sedikit menegnai uri baby aku..uri aku ke bawah...sepatutnya uri ini ke atas dan baby yang dekat bawah..dan baby aku songsang..kepala di bahagian kanan perut aku dan kaki di bahagian kiri perut aku..
tapi masa tu baru 20minggu (5bulan) jadi dokto kate nanti baby ni boleh pusing pusing..sebab banyak lagi ruamh dalam perut ni sebelum baby membesar..


Semalam pergi chek up untuk ke 24minggu (6bulan) pulak..keputusan nyer masih sama..uri aku masih di bawah..hanya baby jer yang dah beralih kedudukan..kepalanya di bahagian kiri perut dan kaki di bahagian kanan perut aku..tapi uri masih di bawah..bila dengar dokto cakap macam tu..agak risau lah hati aku ni..
banyak kemungkinan kalau berlakunya uri di bawah ni..mungkin aku akan di tahan wad bermula usia kandungan aku 7bulan sehingga lah bersalin, mungkin aku tidak boleh bersalin secara normal..dan macam macam kemungkinan lagi..yang sememangnya aku tak mahu fikirkan huhuhuhu..

Dokto terus bagi surat untuk aku refer HUKM..dan pagi tadi aku sudah melangkah ke hukm berkenaan chek up lebih detail mengenai kandungan ni..jururrawat tu cuma bagi aku appt date untuk jumpa dokto jer hari ni..jumpa dokto hari khamis minggu depan 24.11.11 untuk lebih lanjut..
nurse tu sempat jugak berpesan supaya aku jangan lasak sangat..kalau dalam masa seminggu ni ada keluar darah aku kene terus pergi hospital walaupun keluar darah yang sedikit..glurpppp.. bila dengar macam tu terus rase risau...harap harap tak der ape lah kan..amin...

Sunday, November 13, 2011

~Angan-Angan ku~

Assalammualaikum..
angan-angan yang tak tau leh jadi kenyataan ke tidak..
sejak kebelakangan ni asik teringin  nak makan kek pelangi..kalau dapat makan kek pelangi yang baru masak panas tu lagi okehhh..hehehe
tetapi tidak lah mahu harap yang dapat makan kek pelangi yang panas2 tu...sebabnya yang empunya diri ini adalah zero bab memasak kek..tak pernah langsung masak kek hehehe..jadi jangan lah nak pasang angan makan kek pelangi yang panas tu..nak beli kek pelangi ni kat kedai pun dah 3hari encik suami mencari masih tak jumpa :-(
punyer lah susah kan ..2minggu lepas teragak nak makan kek secret recipe..balik dari kerja tu jugak dapat sebab kedai secret recepe ni melambak je kat sini..tapi kali ni nak kek pelangi ni tak dapat2 juga huhuhu..sampaikan suamiku cakap..beli kek lapis okeh tak??ada bentuk warna warni macam pelangi jugak..huwaaaaa..rupe mungkin sama..tapi rasanya lain huhuhu


nampak sangat seksi kan kek ni...

fuhhh..yang hitam hitam tu yang sedap..


cantik tertarik menarik ko memang deboomm..


pastu ada angan angan nak buat sendiri kek ni..ishhh..semua orang kate buat kek ni senang..tapi tahu tak perasaan orang yang tak pernah buat kek langsung ni macam mana hahaha..sangat neves okeh...bila memikirkan nak buat sendiri :-)

persediaann pertama adalah untuk mencari resepi kek ini..senang jer..google kan senang..


KEK PELANGI

Bahan-bahan ( saiz kek 20cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • 2 tsp serbuk koko
  • sedikit pewarna hijau dan merah

Cara-cara

  1. Pukul gula halus dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan baking powder dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  5. Asingkan kepada 4 bahagian. Biarkan satu bahagian dan tambah pewarna hijau, merah dan serbuk koko kepada 3 bahagian masing-masing.
  6. Tuang setiap bahagian berselang seli ke dalam loyang pembakar berdiameter 20cm yang telah dilenser dengan mentega.
  7. Bakar pada suhu 150-180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing selama 35 minit atau hingga masak.
setakat resepi ni memang senang nak cari..tapi aku yang nak melaksanakan..aduhaii...tak per lah aku pasang angan angan dulu..moga suatu hari nanti boleh jadi kenyataan kan hahahah..


 


Thursday, November 10, 2011

~RinDu sAat iTu~

Assalammualaikum..
minggu ini penuh jemputan kawin...dari minggu ini sehinggalah ujung bulan setiap minggu aku dapat jemputan perkahwinan..tahun ni ramai kawan2 aku yang melangkah ke alam rumahtangga termasuk lah aku..
kalau dulu kita bujang semua aktiviti di lakukan persama kawan kawan..tapi sekarang mungkin tiada masa lagi untuk lakukan aktiviti tersebut bersama..


gamba percutian kami..percutian bersama kawan kawan sememangnya sangat best bagi aku..hehehe
dan kak khai ujung minggu ni akan melangsungkan perkahwinan..selamat pengantin baru cik khai..

susah senang bersama..almaklumlah duduk di perantauan..wah perantau lah sangat..setakat nak balik kampung ke negeri sembilan tu pun kira perantau ker..


mengajar erti setia kawan..sesungguh aku sangat bersyukur kerana allah kirimkan sahabat sahabat seperti mereka bagi mengajar aku erti kehidupan..


sentiasa berada di sisi aku bagi meguatkan semangat aku melalui dugaan2 kehidupan..dan tidak penat melayan kerenah mengada aku..almaklumlah aku paling  muda di antara semua..jadi harus lah mengada tu lebih sikit kan hahahah..aku tiada kakak tapi allah kirimkan mereka untuk aku rase kasih sayang seorang kakak..aku amat merindui itu semua..




Wednesday, November 9, 2011

~KeleBihan sUrah YaasiN~

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan
", iaitu: 



1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang. 

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 

5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. "

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya.

Wednesday, November 2, 2011

~syukur Ya Allah~

Assalammualaikum..

Syukur ya allah kerana beri aku peluang nikmat ni..seperti entri entri yang lepas aku sibuk kata selera makan aku semakin tajam..berat badan pun dah bertambah :-)
berat badan bertambah pun boleh senyum kan heheheh..tak apa demi baby berat badan bertambah pun bertambah lah..

Setiap pagi sarapan wajib aku kene ambik..tak boleh skip..sekarang bukan main suke lagi dengan nasi kerabu..hari hari nasi kerabu pun tak apa..dengan kuih "perigi buta".. aku tak tau ape nama kuih tu,suami aku yang panggil kuih tu dengan nama kuih 'perigi buta' heheh..kuih tu berwarna hijau dan atasnya ada kelapa..yang aku tahu aku sangatttttttttt menggemarinya sekarang ni..

Tuesday, November 1, 2011

~rasa Terkilan~

Assalammualaikum..

Serius aku rase terkilan..terkilan kerana tak coretkan segala detik
persiapan aku dulu bertukar status ke bini orang..
kita sedia maklum nak buat majlis kawin ni bukan sesenang nak buat majlis hari jadi kan..
terlalu banyak persiapan yang perlu dilakukan termasuk lah bajet yang perlu di sediakan..

kenapa lah masa tu aku tak aktif berceloteh kat blog aku ni..kalau tak mesti bila aku baca balik perit jerih aku buat persiapan kawin dulu aku akan tersenyum sengsorang..macam mana keadaan aku sekarang yang tersenyum senyum tengok blog yang khas di sediakan oleh aisyah mengenai hal perkahwinannya beberapa tahun lepas..sangat terkilan di tambahkan pula dengan jeles yang sangat memuncak di sini huhuhu...

Semuanya untuk tatapan diri sendiri..mengimbau kenangan lalu..tapi masa yang dah berlalu tak dapat aku nak patahkan balik..ia tetap meninggalkan kita..
insyaallah..
pengalaman mengandung anak sulong ni akan ku coretkan setiap perkembangannya di sini..
supaya perasaan terkilan ni tidak hadir lagi dua tiga tahun akan datang heheh..
dan bila anak aku besar nanti boleh lah dia baca pengalaman aku mengandungkan dia..
sweet kan time tu heheh..


jika di izinkan allah dan umur yang panjang..andai umurku tidak panjang..hanya blog ini yang aku boleh tinggalkan memori untuk anak serta keluarga aku..
pengganti diri ini di saat aku sudah tidak ada di dunia yang fana ini..