JellyPages.com

Thursday, June 14, 2012

~aku yang Biasa Biasa sahaja~

Assalammualaikum..

Teringat perbualan aku dengan budak opis aku tadi.dia baru sahaja di sahkan mengandung 6minggu.
Dan aku seperti biasa sebelum solat zuhur mengepam dahulu heheh..

kawan opis ~ rajin fiza mengepam.

aku ~ tak ada lah rajin mana pun..tapi kena rajinkan diri untuk bekalan anak dara tecik kat umah tu..tak lama lagi puasa dah..so kene simpan stok banyak banyak heheh..takut susu merundum masa puasa nanti.

*********************************************************************************

Aku bukan lah jenis  ibu yang susu banyak.kenapa aku cakap macam tu.sebab sekali pam tak der lah sampai dapat berbelas belas oz,paling banyak pun aku akan dapat dalam 6 atau 7 oz sekali pam.
ada ibu ibu yang dapat berbelas2 oz sekali pam sangat jeles okeh.

jadi aku hanya yang biasa biasa sahaja kena lah berusaha luar biasa.aku memaksa diri untuk pum setiap 3 jam sekali.kalau dah sekali pum tu dapat sikit maka aku kene setkan kat otak aku ni supaya pum banyak kali. "sikit sikit lama lama jadi bukit" kan.. (aikk ape kene mengena bukit dengan ini wayang hehe)


Jadual aku sangat padat bila dah ada anak ni.padat dengan jadual mengepam.aku ni plak jenis kalau pum bukan boleh seminit dua nak tunggu susu tu keluar macam air terjun kene tunggu berbelas belas minit jugak jadi aku akan berlawan dengan masa di situ.

Contohnya selepas solat subuh aku akan pum terlebih dahulu,sebab aku nak bekalkan susu fress kat ufairah untuk dia minum pagi di rumah pengasuh..ha tengok dah 20minit aku kena luangkan masa mengepam setiap pagi.kadang kadang masa mengepam tu aku bantai mekap bukan kadang kadang kot memang tiap hari aku akan mekap sambil mengepam.ikut kan hati aku malas nak mekap takut pulak orang lari tengok muka aku yang pucat datang keje :-)
aku bangsa yang senang jer mekap.letak bedak kat muka calit sikit lipstik letak sikit celak siap!!! tak ada masa okeh nak over2 mekap ni heheh..

sampai opis 8.30.lintang pukang buat keje pukul 10.30 aku pergi mengepam.sebab kat umah aku dah pum pukul 7.30 maka selangkan dengan 3 jam 10.30 aku mengepam semula..lepas pum sambung balik buat keje.keluar lunch pukul 1.30 pum lagi sekali,ni sebelum solat zuhor pulak. Dan akhirnya 4.30ptg aku akan pum lagi sekali sebelum solat asar.lepas pum solat dan kemudian kemas kemas bag pum untuk di bawa balik. malamnya sebelum tido aku usaha jugak pum.yang malam ni aku selalu fail lah.sebab bila dah malam letih sesangat.aku selalu terskip pum sebelum tido ni.rugi okeh bila terskip pum sebelum tido ni.sebab susu banyak bila waktu malam ni.untuk set jam bangun pukul 2,3pagi tak larat lah plak aku.tapi aku rasa bila puasa nanti aku wajib kot bangun pukul 2,3pagi ni mengepam.

Ada jugak kengkawan aku pum sampai 6kali masa dekat opis.memang tabik lah aku.aku ni kene jadi macam tu jugak lah.ambil semangat dari mereka yang gigih ni.gigih mengepam di waktu kerja.



rasanya dah lama tak letak gamba ufairah



Memang bukan mudah untuk memaksa diri mengepam di tempat kerja okeh..ianya sangat susah.perlukan semangat yang bukan sikit sikit tapi semangat yang berterusan.
kadang kadang dengan keadaan sekeliling contohnya kerja yang banyak aku terskip jugak jadual mengepam aku kat opis.bila dah sekali terskip tu dah rasa senang mulalah ada niat nak skip sesi mengepam yang seterusnya.tak baik okeh.sebab bila kita dah terskip sesi mengepam susu kita boleh merundum.nak ambil balik rentak susu mencurah2 bak air terjun tu ambil masa. jadi tolong jangan ajar diri mengskipkan sesi pengepaman!!! nasihat untuk diri sendiri huhuhuhuhu..




2 comments:

  1. sokong.. memang kene disiplin.. rajin jugak.. kalau tak memang tak dapat la nak fully bf.. da banyak da stok fiza? fifi ade +-400oz je.. takut tak cukup untuk puase nanti.. tolong....

    lg 1 fikir positif.. selagi susu masih cukup untuk anak.. bergembire la..

    ReplyDelete
  2. iyer..allah jadikan sesuatu tu cukup untuk anak kita.walaupun kita tengok susu kita mcm sikit dari susu ibu lain tapi percayalah ianya sudah mencukupi untuk anak kita*pesanan untuk diri sendiri jugak*heheh
    harap stok susu kita cukup untuk menghadapi puasa nanti fifi :-)

    ReplyDelete