Assalammulaikum..
mengambil keberkatan hari jumaat ini ibu kembali menyambung entri buat ufairah.bagi tatapan ufairah di suatu ketika nanti.
ibu dah pun menulis mengenai proses kelahiran kamu pada entri ini :-)
dan hari ini ibu akan sambung lagi pengalaman ibu seterusnya.
setelah ibu selamat melahirkan kamu ibu di tolak semuala ke dalam wad.lupa ibu nak bagi tahu.masa dokto keluarkan ufairah dari perut ibu dokto terus bagi kamu kepada nurse untuk di bersihkan.
ibu tertanya tanya di dalam hati.doktor ni tak mahu bagi ibu tengok kamu ke. semasa proses menjahit perut ibu dilakukan ibu bertanya kepada doktor pakar bius ibu "doktor anak saya lelaki ke perempuan?" doktor itu terus jawab "nanti kami bagi tau puan yer jantina anak puan" ibu hanya mengangguk sahaja.
Selepas di jahit sekali lagi ibu bertanaya kepada doktor tersebut jantina anak ibu.memang lah setiap kali chek up ufairah masa mengandung dulu ibu sudah tahu jantina ufairah perempuan,tapi itu hanya mesin ibu nak tahu jugak jantina sebenar ufairah.doktor tersebut masih memberikan jawapan yang sama pada ibu "nanti kami bagi tau puan yer jantina anak puan"
setelah semua siap sedia ibu pun di tolak ke wad biasa.semasa ibu keluar dari dewan bedah tu ibu tak nampak pun ayah ufairah di depan pintu dewan bedah tu.rupanya ibu di tolak ke wad mengikut pintu yang lain.ibu pun tak tahu berapa banyak pintu yang ada untuk keluar dari dewan bedah tu.
ubat bius masih lagi ada di badan ibu.ibu tidak boleh bergerak.lebih kurang setengah jam selepas itu (dalam lingkungan pukul 12.30a.m 2 march 2012) ayah masuk ke dalam wad ibu.ayah cium dahi ibu sambil mengucapkan terima kasih.terus ayah cakap kat ibu ayah dah pun azan dan iqamat kan ufairah,mula mula ufairah nangis kuat bila ayah kendong ufairah dan azan serta iqamatkan ufairah,ufairah terus diam sambil memandang ayah.masa ni ibu sendiri tak bertentang mata lagi dengan ufairah.ayahlah yang beritahu ibu jantina ufairah.
malam tu ufairah tak tido dengan ibu.ufairah di jaga oleh nurse di situ.mungkin di sebabkan ubat bius masih ada maka ufairah di jaga oleh nurse terlebih dahulu.
Paginya ibu bangun.ibu terus teringatkan ufairah.betapa ibu rindu untuk bertentang mata dengan anak solehah ibu ni.ibu bertanya dokto bila ibu boleh bangun dari katil.dokto kata ibu dah boleh bangun sudah lebih 6jam.bermulalah saat ibu menahan sakit selepas pembedahan.
ibu cuba bangun perlahan lahan,alhamdulillah untuk proses bangun dari katil ni tidak lah begitu menyakitkan ibu wahhhh bukan ibu kata tak sakit tapi sakit contruction nak bersalin tu berganda ganda lagi sakitnya dari sakit nak bangun selepas pembedahan ini hehe.
lebih kurang pukul 11pagi baru lah nurse tolak kamu kepada ibu..ini lah saat pertama ibu bertentangan mata dengan ufairah.ufairah tido lena.tau tak masa nurse tu tolak ufairah kepada ibu,ibu tak terus ambil ufairah.ibu biakan sahaja ufairah,sambil memandang ufairah hati ibu berkata,inilah baby yang 9 bulan ibu kandung dulu,baby yang buat ibu mabuk sehingga di masukan ke hospital 3 hari 2 malam masuk 9 botol air,inilah baby yang bergerak aktif di dalam perut ibu dan sekali sekala buat tendangan dari dalam perut ibu lalu ibu akan tersenyum sendiri,ini lah baby tanda cinta ibu dan ayah.hampir tidak percaya ibu sudah pun punyer zuriat syukur alhamdulillah.
2 march 2012 adalah malam pertama ufairah tido dengan ibu. Perasaan ibu masa tu lebih kepada takut,ibu takut untuk malam berdua dengan ufairah.macam macam pesanan wan pada ibu.jaga ufairah bebaik malam ni,jangan tido lena sangat nanti tak dengar ufairah nangis,tukar pampers ufairah nanti ufairah tak selesa.ibu cube ingat satu persatu pesanan wan. malam pertama tido dengan ufairah,ufairah langusng tak tido lene.tido 15minit lepas tu terjaga balik.melekap dengan ibu menyusu.ufairah sangat pandai.ufairah pandai menyusu dengan ibu.tak terkial kial pun pandai anak ibu.tapi sayangnya masa malam ni susu ibu tidak ada,sebab tu ufairah tak lena tido sehingga ke pagi dan akhirnya selepas subuh ada seorang nurse yang baik datang ke katil ibu bertanyakan ufairah.lalu ufairah di beri susu dari hospital(susu formula nurse tu bagi susu dekat ufairah dlm sudu dia tak bagi susu dalam botol kerana takut nanti ufairah kompius susu botol dan susu bersama ibu hospital ni tak benarkan ibu ibu memberikan susu formula kepada bayi hanya susu ibu sahaja di benarkan).sayu hati ibu bila tengok ufairah minum dengan rakusnya,menunjukan ufairah betul2 lapar.
Ibu terus talifon ayah,ufairah tak tido semalam sebab lapar susu ibu tak ada lagi.bercerita dengan ayah betapa rakusnya ufairah minum susu yang di berikan oleh nurse tu tak sedar air mata ibu menitik,ibu lantas suruh ayah belikan ufairah susu formula sementara susu ibu ada :-(
tak sanggup tengok ufairah kelaparan.
Petangnya 2 march 2012 ibu di benarkan balik.ayah terus hantar ibu balik bersama wan.ibu akan berpantang di rumah wan.dari ibu mengandungkan ufairah ibu mahu berikan ufairah susu ibu bukan susu formula.sangat sedih bila ibu pandang susu formula yang ayah belikan untuk ufairah
malam pertama tido dekat rumah wan,sebelum tido wan dah siap bancuhkan susu formula untuk ufairah,wan cakap bagi ufairah minum susu formula tu sebelum tido bia ufairah lena tido bila perut kenyang.
ibu bai ufairah susu formula tu (ibu bagi dalam botol). Tapi masa ibu bagi ufairah susu tu,ufairah tolak2 punting botol tu dengan lidah ufairah,macam ufairah tak suke.akhirnya ibu berikan ufairah susu ibu,ufairah isap dengan bersungguh sungguhnya walaupun ibu tau susu ibu masa ni tak lah begi tu banyak tapi mungkin ufairah rasa selesa di dalam dakapan ibu.di sebabkan ibu masih belum banyak susu lagi,apabila ufairah isap dengan kuat menyebabkan punting ibu berdarah..ya allah sakitnya lah masa ni sehinggakan apabila terkena air waktu mandi pun sangat sakit.wan memanggil orang urut ibu.ibu tak boleh urut seperti orang bersalin biasa sebab ibu kan operate jadi bahagian perut ibu tak boleh urut.
selepas berurut barulah susu badan ibu keluar dengan banyaknya dan ufairah pun puas minum sampailah sekarang :-)
Dan hingga kini ufairah masih minum susu ibu tanpa bantuan susu formula,hanya sehari sahaja ufairah di berikan susu formula,susu formula yang ayah belikan untuk ufairah abang adam yang minum sepupu ufairah hehe..syukur alhamdulillah ufairah masih lagi minum susu ibu.ibu akan cube berikan ufairah 6bulan susu ibu tanpa makanan tambahan yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhamdulillah.. ade rezeki susu untuk ufairah kan.. same2 la kite bagi susu ibu pade ufairah kesayanagn kite.. :)
ReplyDeleteiyer..kita sama2 doa bagi yang terbaik untuk anak kita kan
ReplyDelete