JellyPages.com

Monday, June 18, 2012

~ufairah meniarap~


Assalammualaikum..

ufairah dah pun pandai meniarap berumur 97hari 3bulan lebih..ibu telah pun menulis  disini mengenai percapaian ufairah. dan sekarang ibu tunaikan janji ibu untuk meletakan gamba ufairah meniarap di sini.Buat tatapan ufairah di masa akan datang.





muka ada senyum setelah bekerja keras untuk meniarap.

Setiap kali meniarap kepala ufairah akan tergoyang goyang tanda belum begitu stabil lagi.tapi anak ibu ni kan kuat.walaupun kepala goyang goyang masih mahu meniarap juga.
Tapi...bila dah meniarap tegak macam ni ufairah tak pandai nak telentang kan diri semula.sampai merah merah muka ufairah berusaha untuk telentang semula dan akhirnya menangis tanda mohon pertolongan dari ibu.kadang kadang ibu biarkan jugak.ibu nak ufairah berusaha sendiri :-)

Ada satu malam ufairah tido dengan ibu seperti biasa.ufairah bangun lebih kurang dalam pukul 3pagi untuk menyusu.selepas itu ibu tidokan semula ufairah.bila ufairah tido ibu pun sambung tido semula.
Tiba-tiba ibu di kejutkan oleh ayah.ibu terdengar ayah tanya ibu "ayang anak kita tengah buat ape tu?"
Cepat-cepat ibu bangun.rupanya ibu tengok ufairah sedang menghantukan kepala dekat kaki katil. Tungg tungg tunggg bunyinya.ufairah dah meniarap tapi tak tau nak telentang kan badan,kepala pulak masih goyang goyang dan terus terkena dekat kaki katil tu.Patutlah ibu rasa macam mimpi dengar bunyi tung tungg tungg tu rupanya anak ibu hantukan kepala kat kaki katil heheh..Walaupun macam tu ibu tengok mata ufairah masih terpejam agaknya ufairah mimpi meniarap kot masa tu. Kalau ufairah menangis ibu akan secara automatik akan tersedar tapi bila ufairah hantukan kepala tu ibu tak sedar ibu ingatkan ibu bermimpi,nasib baik ayah ufairah sedar, kalau tak tak tahu berapa lama ufairah hantukan kepala tu heheh..

Ibu tak sabar nak tunggu ufairah merangkak pulak ni,terus membesar yer sayang.insyaallah setiap pencapaian ufairah akan ibu catatkan disini buat tatapan ufairah di masa akan datang.betapa ufairah membuatkan hidup ibu dan ayah lebih bahagia.terima kasih sayang kerana memilih ibu dan ayah untuk menjadi ibu bapa ufairah.



No comments:

Post a Comment