JellyPages.com

Thursday, June 28, 2012

~ufairah 118hari~

Assalammualaikum..

Hari ini ufairah genap 118hari kira 3bulan lebih minggu depan dia 4bulan :-) dah makin besar dah dia.
Pencapaian dia yang terkini ialah pertama kali dalam sejarah hari ini dia 'yak' keras kuikuikui..
Ufairah yak keras pun nak bagi tau ker!!!! pangg sekali!! hahaha.. iyelah selalu dia yak cair jer macam mula mula lahir dulu (ampun antry agak mengembangkan tekak sedikit).. Sekarang yak ufairah dah mula keras itu petunjuk dia dah semakin besar.

Pagi tadi sebelum hantar ufairah ke rumah BS dia,ayah ufairah yang tukarkan pampers untuk ufairah sebab ibu ufairah duk sibuk menconteng muka dia yang tak berapa nak lawa tu..maka kejadian itu terjadi di hadapan ayah ufairah. Ada jugak aku tangkap gamba yak ufairah yang pertama kali keras tu,tapi dah awal awal kena sound dengan ayah ufairah jgn upload gamba tu kat fb mahupun blog!!! tension aku tau!!!..
Leh lah ufairah tengok yak dia kali pertama yang keras tu..Eiiiii geli tak dia hahaha..

Tapi ibu ufairah ni kan bangsa degil sikit..nak jugak upload..nanti lah malam ni ibu ufairah ayat sikit ayah ufairah suh bagi green ligh nak upload gamba yak ufairah tu kat sini..kalau ibu ufairah berjaya maka next entry akan terpampanglah gamba yak ufairah yang keras tu hahahah.. Sangat sangat tidak senonoh okeh!!!..

Kalau cerita bab meniarap ufairah sekarang ni..fuhh dia dah sangat teror meniarap!! kepala dah tak goyang goyang macam mula mula meniarap dulu hehehe.. bila meniarap tu dah mula sondol sondol ke hadapan dah nak angkat buntut nak merangkak agaknya..amboi ufairah pandai meniarap belum pun sampai sebulan lagi dah cube cube nak angkat buntut merangkak..alahai anak!!!

ok sekian sahaja laporan untuk pembesaran ufairah anak dara solehah ibu..


No comments:

Post a Comment