Assalammualaikum..
Selamat pagi.. Hari ni khamis esok dah jumaat cepatnya masa berlalukan.. rase tak terkejar.. Moga kita tidak tergolong dari mereka yang lalai amin..
Sedikit santapan rohani kita di pagi hari..
Untuk peringatan pada diri sendiri dan yang sudi membacanya.
Wahai Wanita, Nabi Menangis
Melihat Azabmu Di Neraka
Ali r.a. meriwayatkan sebagai
berikut:
“Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami
temui beliau sedang menangis.
Kami bertanya kepada beliau, “mengapa
tuan menangis wahai Rasulullah?”
Beliau menjawab, “pada malam aku di
Isra’kan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka
bila teringatkan mereka aku menangis.”
Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah
apakah yang tuan lihat?”
Beliau bersabda:
» Wanita yang digantung
dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
» Wanita yang digantung dengan
lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih
dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
» Wanita yang digantung dengan
buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke
kerongkongnya.
» Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya
ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala
jengking.
» Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak
api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
» Wanita yang memotong badannya
sendiri dgn gunting dari neraka.
» Wanita yang bermuka hitam dan memakan
ususnya sendiri.
» Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka
sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga,mulut) &
badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
» Wanita yang
berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis
seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya
mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2
itu.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai Fatimah, adapun tentang
:
» Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya
(di jilbab) dikalangan lelaki.
» Wanita yang digantung dengan lidahnya
kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah
akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan
mengikatnya dibelakang lehernya.”
» Adapun wanita yang digantung dengan
buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
»
Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah
tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.
» Adapun
wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki
lain serta suka membicarakan keaiban orang.
» Adapun wanita yang memotong
badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri
(ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat
perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat
perhiasannya.
» Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai
ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu
mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat
serta tidak mahu mandi wajib.
» Adapun wanita yang kepalanya seperti
kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba
(melaga-lagakan org) serta berdusta.
» Adapun wanita yang berbentuk
seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada
suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak
beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia
yang terbaik dizaman itu.
Diantara sifat buruk mereka:
» Isteri Nabi
Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
» Isteri Nabi Lut suka
bertandang ke rumah orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk
mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.
Kalau kita tidak berasa
takut atau rasa perlu berubah… maka kita kena khuatir.
Takut kita
tergolong dlm mereka yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.
No comments:
Post a Comment