Assalammualaikum..
Kita bersua sekali lagi dengan hari jumaat..
Ada sedkit cebisan coretan yang aku copy untuk santapan rohani kita..
Moga kita sama sama mendapat keredhaan allah..
Dosa gugur apabila suami,
isteri bersalam
RASULULLAH saw bersabda, yang
bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam
kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada
suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman
seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana
kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam
keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan
menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan
Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta
memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak
pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu,
persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda
hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang
kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang
suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah
jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah
mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk
rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga
terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak
cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula,
tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri,
hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang
bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda,
yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang
berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan
malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika
seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan
Allah melalui keredhaan suami.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara
:
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."
No comments:
Post a Comment