JellyPages.com

Thursday, December 13, 2012

Masih Bertahan

Assalammualaikum..
 
Ingat tak hari tu ada entri mengenai kemerunduman pengeluaran susu untuk ufairah. Entri ini  Abis apa sudah jadi sekarang.. Adakah ufairah masih ada rezeki untuk menyusu ibu??.. 
Syukur alhamdulillah.. masih ada rezeki untuk ufairah. Aku masih lagi meneruskan sunnah ini.syukur ya allah.kerana di beri kesempatan untuk menikmati saat saat indah ini. Serius sepanjang tempoh penyusuan ini adalah tempoh yang paling indah aku bersama ufairah. Sebab tu bila tiada produktiviti susu untuk ufairah tempoh hari aku punya sedih tak dapat digambarkan.
 
tapi disebabkan lebih dari 3minggu tiada pengeluaran susu hari tu maka stok susu EBM ufairah pun semakin sikit. Aku tengah gigih untuk kumpul stok susu untuk ufairah semula..
 
Masa tak ada susu tu kan aku ada cakap aku minum teh untuk memperbanyakkan susu kan.
Gambar dari encik google
 
Kali pertama minum memang kuat bau ginsengnya tu. tapi bila ingatkan kebaikan untuk memperbanyakan susu aku telan jer. aku punya pandai minum letak sikit gula, so rasa dia jadi macam manis manis sikit. tak kisah lah manis ke tak asalkan aku dapat telan masuk mulut heheh.
kiranya membantu jugak tea ni. walaupun bau dia agak tidak menyenangkan tapi syukur sebab allah gerakkan hati aku untuk mencuba.
 
Tapi masa kali pertama minum tu susu tak jugak keluar memancut macam air terjun tu. sehinggalah aku pinjam novel kakak kat opis ni. sambil menunggu susu keluar aku baca novel tu. lama nak
tunggu susu keluar. jadi aku tak ada lah asik pikir 'bila susu nak keluar' sebab aku dah leka baca novel tu.  maka tak adalah aku tension heheh.
 
 
 
 
Gambar dari encik google
 
Setiap kali mengepam aku baca novel. Agaknya aku memang suka baca novel. benda yang aku suka buat sambil mengepam maka tiada tekanan perasaan di situ dan susu boleh keluar dengan jayanya. Betul lah tak boleh stress bila mengepam ni.. Masa tak ada susu hari tu ramai yang tanya aku stress ke?? banyak keje ke? semua aku jawab tak.. memang aku tak stress apa apa pun time tu. keje tak banyak pun kat opis ni.. rupanya bila aku pikirkan balik..aku stress bila memikirkan susu tak keluar..terus lah susu pun tak keluar. jadi jangan stres stres yer kengkawan apabila tengah mengepam hehehe..
 
Abis aku khatam baca novel tu kakak kat opis aku ni punya lah baik hati Angkut beberapa buah novel koleksi dia untuk aku baca sambil mengepam. sukeeeeeeeeee..
Pastu aku dah cakap kat ayah ufairah, selain peralatan mengepam tambah lagi satu list kat belanjawan penyusuan ufairah iaitu list resit novel hehehe.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, November 20, 2012

PERUTUSAN RAJA SEHARI

Assalammualaikum..
Mula jer cuti sekolah.. demam kenduri kawin pun menjelma juga.
cuti sekolah jer orang kawin..orang kawin jer cuti sekolah.. iyer dak??
 
Dah memang senonim cuti cuti sekolah ni orang buat kenduri kawin. mungkin kerana anak anak cuti sekolah maka mak bapak senang untuk buat kenduri. senang nak berjalan ke kenduri kendara sanak saudara serta rakan taulan.
 
Dan sekarang pun dah cuti sekolah. mula lah dapat kad kad jemputan orang kawin.
Aku dulu pun kawin masa cuti sekolah hehe.
tapi sebab tak saba nak kawin aku tak mau tunggu cuti sekolah yang panjang mcm ujung tahun ni. cuti sekolah 2minggu pertengahan tahun pun aku sebat kahkahkahkah.
lepas tu 9bulan kemudian hospital wad bersalin pun penuh..dah kawin serentak maka beranak pun agak agak serentak lah jugak kan hehehe
Tu sebab masa masuk hospital HUKM lahirkan ufairah dulu kemain penuh bilik bersalin tu macam macam jeritan dapat di dengar..huwaaaa seriau...
 
Jom lah imbas kembali perutusan raja sehari aku..Yang mempunyai seribu satu cerita di sebaliknya
almaklumlah awak citarasa gegurl mana nak kad jemputan yang skema ni..nak lah gamba katun laki pompuan sambil pegang belon duk kat atas pangkin tepi tu ada basikal tua..lahai sangat lah comell kad jemputan macam tu..macam kad befday pun ada heheh. baru lah santai tak formal
tapi laki ai kan sangat lah mahukan nostalgia kad jemputan zaman tok kaduk..kalau boleh yang krawang krawang design 10 tahun yang lepas..dia nak..tak mau katun katun..nak gamba tepak sirih kat depan. huwannn sangat zaman dolu kala..
 
 
 
Ni sampul kad jemputan..adalah cenonet gamba tepak sirih kat depan..tu dah leh buat muka laki aku senyum lebar.menepati citarasa dia..



Tak dapek jack nak letak gamba katun pegang belon tu..ha tu dia gamba katun pakai baju pengantin yang di luluskan hahahaboleh lah ada jugak katun..
 

Butir butiran majlis. Rumah aku kenduri hari sabtu hari ahad kenduri umah suami aku. Punyalah lah penat, nasib baik umah tak jauh. 1jam perjalanan jer..tapi bawak laju sikit boleh lah dalam 45minit heheh..

Ni baner pihak lelaki. Suami aku tema unggu maka baner ni pun dia nak unggu..lantak lah nak warna apa pun.asalkan gamba pengantin pompuan tu aku..hehehe
oh tu gamba masa bertunang..tunang kan tak lama 3bulan jer..
Ni baner umah aku..pompuan kan memang suka pink. fedulik kan orang kata warna pink tak sesuai. hehehe..keras pala bagi lah kat aku. Ufairah jangan ikut macam tu tau!!!
 
Dah setahun lebih pun cerita tu berlalu..Rase baru sangat lagi aku kawin.. cepat sungguh masa berlalu. Sekarang ufairah pun dah lahir ke dunia ni.. kejap jer dia dah 8bulan.. nanti kejap jer dia dah pandai nak mintak kawin kat aku..pastu aku pulak yang ada cucu..sungguh masa begitu pantas meninggalkan kita.
 
 
 
 

Monday, November 19, 2012

Kawan Baik

 
 
Assalammualaikum. 
 
 
 
 
Anak pompuan selalunya akan jadi kawan baik ibunya. Tempat ibunya bercerita meluahkan perasaan dan bertanya pendapat.
Ufairah kawan baik ibu..macam ibu dengan wan jadi kawan baik..berkongsi segala cerita suka dan duka.amin.. moga ufairah membesar menjadi anak yang solehah. harta ibu di kala ibu melelapkan mata untuk selamanya.
 
 
 
 

hepy befday & congratulationa!!!!

Assalammualikum..
 
Hari ni befday ayah ufairah.. so kali ni entri nak wish heppt befday kat ayah ufairah.
moga panjang umur murah rezeki. menjadi ayah yang terbaik untuk ufairah dan bakal bakal adik ufairah serta menjadi suami yang terbaik untuk ibu ufairah.
 
Semoga dengan pertambahan umur ini akan menambahkan lagi amal kebajikan untuk bekalan kita ke sana  amin.. Malam tadi sanggup tak tido awal semata mata nak wish kat ayah ufairah tepat jam 12malam. Mata kemain lagi ngantuk.. yang ufairah pulak macam tau tau jer..dia pun tak tido..dah cantik dah ufairah tido pukul 8 ingatkat dia tido sampai pagi..upanya anak dara ayah bangun pukul 11 tak tido sampai pukul 12lebih..agaknya dia pun nak wish kat ayah dia tepat jam 12 heheh
 
Tanya ayah ufairah nak adiah apa.. jadi mari kita saksikan dialog isteri mithali bersama suami tercenta
 
 Isteri   : minggu depan befday B kan, B nak adiah apa?? Ayang dah tak ada idea dah ni nak beli apa
 
Suami  : alah tak yah adiah pun tak apa..wish pun dah cukup..
 
isteri    : betul ni tak nak adiah??
 
Suami  : ok kalau macam tu ayang buatkan jer lah B kuih karipap yang ayang pernah buat hari tu. B   
               kan penggemar karipap yang tegar.
 
Isteri   : itu jer ke yang B nak?? (senang sangat heheh..tapi resepi tu entah ilang kemana..buat karipap
             pun ikut resepi hebat sungguh hahaha)
 
 
 

dah tutup cerita tentang befday ayah ufairah
 
 
Hari ni kan keputusan UPSR keluar.. Tahniah kepada anak buah aku Nur Nisha Amalia bt Norisham
memperolehi keputusan 4A 1B. bila tanya apa yang b dia jawab sains dia b. walaupun dia tak dapat 5A tapi dia dapat 4A tu pun dah besar rahmat syukur alhamdulillah.ingat lagi kata kata dia mingu mingu akhir nak UPSR.. "mocu boleh tak kalau kakak tak baca buku lagi..kakak dah penat" kalau kakak baca buku sampai saat akhir mst dapat 5A heheh..  Apa pun Mocu tetap berbangga dengan kakak. Muahhh baling kiss untuk kakak..love u.
 
 
 

Wednesday, November 7, 2012

JIWA KACAU..

Assalammualaikum..
Selamat pagi..Mood tak berapa nak baik.. Hati risau.. Hati hiba.. Hati sedih.
Benda yang paling aku takut sepanjang perjalanan menyusukan ufairah menjelma jua akhirnya. Minggu ni dah masuk 3minggu tiada produktion pengeluaran susu untuk ufairah.. Tak tahu apa salahnya, mana yang tak kena susu langsung tak mahu keluar.
 
Ya allah..sedihnya hati ini bila memikirkannya. Saat menulis entri ini juga terasa amat sebak..menahan empangan air mata supaya tidak banjir melimpah ke pipi.
Niat hati untuk menyusukan ufairah secara eksklusif selama dua tahun mungkin akan berkubur pada bila bila masa sahaja.
Stok susu ufairah semakin menurun.sayu sangat hati bila chek stok susu ufairah.
 
Ufaiah ibu dah cuba sehabis baik..semua benda ibu makan untuk banyakan susu sehinggakan ayah belikan ibu teh untuk banyak susu pun ibu minum..teh tu baunya ibu tak boleh tahan. Seperti bau ginseng cina, tapi ibu gagahkan jugak minum demi memperbanyakan susu ibu. Untuk menambahkan motiovasi ibu, ayah yang minum dahulu teh tersebut dan ayah terus cakap "ha tengok B dah minum dah sikit teh ni,biasa jer rasenya,bau akan ilang bila ayang masukan air teh ni dalam mulut,lepas tu terus telan" bila tengok ayah dah minum dengan muka yang slamber ibu pun minum. Ternyata kata kata ayah tadi hanya dusta semata mata.Hanya untuk menaikan semangat ibu. Hampir ibu termuntah minum teh tersebut.Cepat cepat ibu makan benda lain untuk ilangkan bau ginseng tu dalam mulut.
Penat tak ada susu ibu tuka semua peralatan mengepam. Ibu pujuk hati ibu mungkinkah peralatan mengepam ini yang punca ibu tak ada susu.  Setelah tuka semua peralatan mengepam ibu masih tidak ada susu jugak. Hari hari ibu mintak ayah doakan ibu selepas solat banyakan susu, ibu juga pesan dekat ufairah supaya doakan ibu banyak susu.
 
Seandainya ibu terpaksa berikan ufairah susu lain selain dari susu ibu ibu mintak maaf. ibu dah lakukan sehabis baik..ibu suka saat saat ufairah menyusu dengan ibu. Bila dah besar ni tiap kali menyusu ufairah akan mengusap ngusap muka ibu sambil menyusu. kepala ufairah akan berpeluh peluh ibu selalu akan menyusap ubun ubun ufairah sambil selawat dan berdoa ufairah akan jadi anak yang solehah bekalan ibu bila dah meninggal nanti. Bila ibu makan ufairah akan beria ria tengok apa yang ibu makan dan ibu akan cakap dekat ufairah,ufairah akan rase juga apa yang ibu makan ni nanti bila semua zat yang ibu makan menjadi air susu.
 
Moga allah mempermudahkan perjalanan penyusuan kita ufairah. Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita. Ibu berserah segalanya kepada ketentuan dia. Ibu tidak akan berputus asa. walaupun setiap kali mengepam tiada susu yang keluar ibu akan teruskan mengepam juga. Moga allah memberi rezeki kepada ufairah dan ibu..amin.
 
 
 

Friday, November 2, 2012

ufairah 8bulan

Assalammualaiku.
Salam jumaat.Semoga memberi rahmat kepada kita semua amin.
Ufairah dah pun genap 8bulan hari ni..ehh kenapa hari ini bukan kah ufairah lahir 1/03/2012 kenapa pulak 2/11/2012 baru genap 8bulan. Bukan semalam ke sepatutnya genap 8bulan.
ha ni semua pengiraan wan. masa aku dalam pantang pun wan suh aku kira lambat sehari. Alasannya ufairah memang lahir 1/03/2012 tapi pukul 11.03malam..dah nak pukul 12belas nak masuk hari lain..apa apa jer lah wan (*____*)
 
Pagi tadi ufairah bangun nak nyusu pukul 6pagi. lepas nyusu bila letak balik suh dia tido dia bantai nangis kuat kuat di pagi subuh yang hening..jadi ambik semula polok polok tepuk tepuk sikit montot dia,baru dia senyap.Baringkan dia masih lagi merengek rengek tapi tak macam sebelumnya lah melalak. Aku biakan jer dia merengek rengek tu..dan tiba tida terus senyap.aku ingatkan mungkin dah lena tido kot..pastu ayah dia bagun..tengok ufairah sedap jer tumpahkan air pastu lap dengan baju sendiri.abis basah baju tido dia..bagus anak ibu..Pagi pagi lagi ibu dah ada keje.
 
Merangkak sekarang kemain laju lagi.Masuk ke setiap bilik.Tak takut pun walaupun bilik tu gelap. tido dah tak mau sangat.Asik nak mengemas jer..jangan lah harap aku nak makan berdua duaan dengan ayah ufairah dengan aman damai..ada jer lah ufairah akan menyelit..bila tak dilayan..merangkak bawah meja makan main kaki ibu.
 
Bila time melipat baju sepantas kilat dia pun nak sama melipat. Aku lipat dia kirai aku lipat dia kirai..bagus anakku,jadilah anak yang solehah. *lapairmata*
Tapi semua yang dilakukan ufairah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami anak beranak..kengkadang aku saja jer buli dia. Masa dia merangkak pegang dua dua belah kaki dia sampai dia tak dapat bergerak.meronta ronta dia nak lepas kan diri sambil jerit-jerit kahkahkah
 
ok sampai sini sahaja laporan untuk kali ini..moga kita ketemu lagi di lain hari.. babai (*___*) 
 
 
 
 


Sunday, October 21, 2012

Ragam ufairah


Assalammualaikum..
Selamat hari isnin..yeahh  hari ni aku bercuti..tiada kemana mana pun..duduk golek golek polok polok dengan ufairah sahaja..ayah ufairah bekerja jadi projek tu ayah ufairah tak leh nak joint heheh
Pengasuh ufairah (mak imah) mintak cuti sebenarnya.jadi memang aku dan ufairah lepak rumah jer.

okeh ni gamba minggu lepas..orang sibuk baca yasin dia pun nak sibuk jugak. Mula dah cantik dah dia tido dalam buai..tak abis lagi baca yasin dia dah bangun..
So macam biasa ni keje ayah ufairah..dia memang suke nampakan anak aku ni macam boy..huwaaaa muka dah lah tak ada nak ayu sangat di pakaikannya songkok memang dah macam boy dah..


Lain kali ibu pakaikan ufairah tudung yer..mesti manis dan ayu anak dara ibu ni..mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kahkahkahkah

alaaa alaaaa..muke bulat betul..merangkak dah laju..hari hari kemas umah ibu..meja umah ibu tak yah lah nak alas alas memang kesukaan ufairah untuk tarik..

muka bosan orang tak layan..

kalau layan ufairah semua orang tak jadi nak buat keje.bak kata nenek ufairah tiap kali ufairah balik kampung.. tak jadi nenek nak masak asik nak ngadap ufairah jer..kang atok lapa suh jer makan ufairah hahahah..


p/s~ nak cakap haiiiiii kat kengkawan yang sudi jenguk kat sini...hai ibu aisyy hai mom to be Qila n hai pengantin baru baayah.. bayah tulis kat wall fb nak url blog ni dia terpadam..dah pecah rahsia ada blog merapu ni..thanks bayah..malu aku tau kahkahkah!!!! muahhhh baling kiss kat korang.

Zoo Negara.

Assalammualaikum..
Gagah aku menulis di tengah malam di kala ufairah nyenyak tido..selalu bila ufairah tido aku pun tido sama. Malam ni lain pula aku masih lagi sempat menulis..sebabnya aku sudah terlajak tido balik dari Zoo petang tadi.
Semalam wan datang tido umah aku. Wani anak buah aku pegang pemain bola sepak untuk perlawanan akhir kelantan vs Atm. alah kan masa mula mula nak main tu pemain semua keluar ke padang pegang budak kecik..ha jadi wani salah seorang budak tu lah..yang lain ke stadium wan duk lepak ngan ufairah kat umah..tengok tv lagi selesa kan wan leh baring baring dari pergi stadium..tak sesuai dengan wan heheh.

Jadi sebelum gerak balik ajak wan singgah zoo negara dulu. Aku memang dah lama nak pergi nak tengok binatang..ufairah tak ada perasaan lagi tengok binatang kat zoo..mak dia yang terlebih over hehehe..

Masuk jer terus kita ke kandang Gajah.. Kat sini yang bagusnya kalau nak bawak orang orang tua pun tak apa sebab train di sediakan kat sini ..tinggal bayar jer lah..ajak wan naik train..tapi wan kata tak mencabar lah naik train dia nak jalan kaki..sampai setengah perjalanan asik ajak aku duduk kaki dah lenguh..ha tadi kemain eksen tak nak naik train pastu sibuk suh aku duduk sekali..aku ni kan etlit mana main duduk duduk berehat *menabikdada* lepas wan ajak aku duduk jalan sepoloh langkah aku pulak ajak wan duduk begitulah drama kami anak beranak sehingga sampai ke pintu keluar semula..aku dah rase macam nak merangkak dah kahkahkahkah sungguh aku etlit..





boleh bagi gajah ni makan. ha tengok lah ayah ufairah muka tak puas hati gamba dia tak di ambil masa belalai gajah tu kat tangan dia.. pisang empat ketul orang tu jual RM3hengget untuk bagi gajah tu makan..mak oii mahal betull.tau tadi beli siap siap setandan kat kedai buah bagi gajah ni makan..pisang yang busuk pun tak apa gajah ni ngap je.


ufairah tak ada muka lain tang ambik gamba jer asik lah nak kumum bibir bahagian bawah tu..gusi gatal ke dik..tak cun lah gamba macam tu..itu peha ke batang balak!!!! kemain sihat lagi ibu ufairah skang ni!!!

ha tengok dah ada bukti wan asik ajak duduk berehat jer..jumpa jer kerusi misti ada muka wan kahkahkah..ehh anak dara sebelah tu tolong duduk sopan sikit yer..


ha muka ada senyum.gamba yang di idamkan di laksanakan oleh isteri tercenta hehehe..gajah ni pun satu..ulur jer makan ulur jer makan..kemain ramai yang bagi dia makan..

Ni pulak gamab sekumpulan rusa. ramai..macam meriah.. dulu masa aku kawin malam berinai ayah aku sembelih rusa..tapi aku tak dapat makan aku kan sibuk jadi pengantin heheheh..bila tengok rusa ni reramai macam ni..ishh macam tak sanggup nak makan daging rusa..tapi kalau hidangkan kat aku siap masak daging rusa ni aku ngap jer tanpa menoleh kiri kanan..dah jadi lauk belasah jer lah kan..kalau hidup macam ni baru rase tak mau makan heheh



Thursday, October 18, 2012

Eksennya dia

Assalammualikum.
 
Bukak jer belog tak ada cerita lain ufairah ufairah ufairah.. nak buat macam mana ufairah jer yang punya cerita yang menarik. nak cerita tentang ibu ufairah tak ada pun..penambahan berat badan ada lah..Opsss itu tak mau cerita..Ada aku sentap sampai esok kang huwaaaaaa..
 
 
Dalam minggu ni baru perasan yang ufairah dah boleh berdiri sendiri. Merangkak dah guna lutut. kalau dulu guna dada dia jer untuk bergerak sekarang dah macam komandor merangkak guna lutut..pastu kemain kan laju..semput ibu nak kejar. belum pun ibu abis cakap jangannnnn dah di capainya dah rak buku..abis terabur *lapairmata*
 

Eksen kan muka minah ni.
 
Lepas dapat berdiri dengan sendirinya..wahh kemain eksen muka siap toleh kat ayah..kaki tu pun tergoyang goyang berdiri tak stabil ada hati nak tunjuk muka eksen kat ayah.
Ha sekarang ni dah tak mau tido sangat dah. asik nak chek umah jer. merangkak ke hulu ke hilir..nak chek ibu rajin nyapu ke tak kat umah..semua habuk habuk yang kat atas lantai semua nak kutip.. Haip!!! nak pecahkan rahsia ibu lah tu hehehe.
 
kalau pepagi pulak tak yah dah nak kunci jam loceng. pukul 6.30pagi jer ufairah dah bangun..tak menangis masa bangun tu..tapi sibuk nak memanjat badan ibu. kalau buat tak tau jer dengan dia ha siap lah muka tu..di tepuk tepuknya..bagus anak ibu.. Pandai..
 
 
 



Wednesday, October 17, 2012

Rasa nak gigit!!

 
Assalammualikum.. 
  
hahaha muka putih kaki ya ampun hitamnya dik!!maklong ufairah kata ufairah pakai fair & lovely tu sebab muka putih (*_____*)
 
Gamba kat atas ni di ambil masa balik kampung umah wan bulan lepas.. Kalau balik kampung jadual tido ufairah lari sikit.. asik nak main jer bukan nak tido pun.. Best sangat agaknya balik kampung..Mana taknya kemain kan ramai yang boleh melayan dia. Dia pun apa lagi makin naik mengada lah..
Wan dukung ufairah pastu ufairah asik gosok gosok mata gaya macam nak tido..wan pun masukan ufairah dalam buai..Masuk jer dalam buai kemain bising mulut tak puas hati..akhirnya wan dudukkan ufairah dalam buai macam gamba tu..wahhh kemain senyum dia puas hati. Tak padan ngan kecik ada hati nak main macam orang besar. Tu sebab pipi ufairah tu ibu rasa macam nak gigit..tapi kengkadang terlepas jugak.. TERgigit jugak..bukan sengaja tak sengaja geram sangat nengok anak dara ni..


Tuesday, October 16, 2012

Kali pertama ufairah makan

Assalammualaikum..
selamat pagi bagi yang baca entri ini pada waktu pagi dan selamat petang bagi yang baca pada waktu petang dan selamat semuanya bagi yang sudi baca entri ini ..wahh kemain panjang mukadimah.. Dah lah entri tertangguh..lagi mahu panjang mukadimah..sebenarnya dah lama dah nak nulis tentang kali pertama ufairah makan.tapi aku kan sibuk kalah menteri.sampai ke sekarang lah tak up up lagi entri ni hehehe..
 
Ufairah dah 7bulan setengah pun sekarang baru aku terhegeh hegeh nak cerita..cerita pun dah basi.tapi tak apa kan ufairah.setidaknya ibu abadikan jugak cerita ufairah kat sini walaupun lambat. Sekadar kenangan kita bersama (*____*)
 
 
Sebenarnya ufairah makan cepat seminggu dari tarikh sepatutnya dia makan.Tau tau jer lah ngam ngam tarik tu berada kat kampung bercuti hari raya. wan ufairah kan menggelabah macam ibu dia jugak..duk sibuklah suh ufairah makan.aku ingatkan nak genapkan betul betul umur ufairah 6bulan baru aku nak bagi dia makan,kan selama ni dia hanya menyusu badan sahaja.ayat wan "boleh dah ni bagi makan nak tunggu minggu depan buat apa,cepat 4,5hari jer"
aku diam kan jer bila wan cakap macam tu..tetiba atok balik bawak blender baru..dia beli khas untuk blender bubur ufairah..ha apa nak cakap..berserah sahaja lah..
Maka bermulalah fasa baru untuk ufairah..
wan terus masakan bubur..aku hanya mampu melihat..hancur harapan aku nak bagi ufairah makan bila umurnya genap 6bulan.terpaksalah redho.
 
 
 
Apa lagi..nganga jer lah mulut ufairah bila wan suapkan bubur.
 
Bubur pertama ufairah wan buat bubur nasi campur kurma. makan sikit bubur tu ada lah rase manis manis buah kurma tu. Mula mula ufairah macam buat muka pelik jugak bila di suap bubur tu.agaknya sebelum ni hanya tau rase susu tak pernah rasa makanan lain.tapi yang bagusnya ufairah ni muka berkerut habis tapi mulut nganga tetap nganga (ha itu ikut perangai ibu lah tu..makan tetap makan kahkahkahkah)
 


Atok cakap ufairah dah macam anak burung ternganga nganga tengok sudu tu hehe. Ayah ufairah tolong pegangkan ufairah wan yang tukang suap aku tukang ambik gamba hehehe.
aku pun tak paham ufairah yang makan ayah dia yang berpeluh peluh lebih..dah kenapa.. neves sebab kali pertama anak dara dia makan agaknya hehe..tengok aku..steady jer tangkap gamba,sekali gamba sendiri lupa nak ambik bersama ufairah..
 
Bermulalah fasa baru untuk ufairah. Kalau sebelum ni hanya minum susu ibu sekarang ufairah telah pun di beri makan lain. Moga ufairah membesar dengan sihat. Doa ibu moga ufairah menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat amin.
 
 
 

 


Friday, October 12, 2012

hidup berjiran

Assalammualaikum..
hari ni aku nak cerita tentang hidup berjiran. aku percaya kita semua ada jiran lain lah kalau kita duduk dalam hutan memang tak ada jiran lah hehee.
Aku di besarkan dalam suasana kampung..tau apa itu suasana kampung hehe..yang umahnya dekat dekat sebelah menyebelah tapi bukan mcm rumah teres yang kat bandar ni. Jadi aku dah biasa dah tengok situasi mak aku dari dalam umah tengah goreng ikan laung kat jiran sebelah " oiiiii masak apa tu" sambil tangan mak aku pun sibuk duk masak kat umah sendiri..ha dapat bayangkan betapa dekatnya umah mak aku ngan jiran sebelah.
kengkadang kalau nak keluar lama sikit pesan kat orang sebelah umah..tolong tengok tengokan umah.silap aribulan mak aku kan blur jugak macam aku bila time nak keluar tu lupa nak angkat baju kat pengampai..alihnya jiran aku tolong angkatkan letak dekat beranda umah. rumah kampung kan ada beranda.ha selamat kain tu tak basah.
So aku tak der hal kalau setakat nak berjiran sampai lah aku dah kawin ni.aku menyewa umah apartment tingkat 13. tau tau jer lah kalau berjiran kat bandar ni mana lah kenal kan sebelah menyebelah. aku kenal jiran aku namanya kak murni..duk sebelah umah aku..kira ok lah dengan dia..dia rajin menyapa aku ni apa lah lagi..lagi lah rajin menegur..sampai aku balik berpantang dari kampung kak murni datang umah aku nak tengok ufairah..terasa jugak lah suasana kat kampung tu semula..ehh bukan tentang kak murni yang aku nak cerita sekarang ni..
yang aku nak cerita tentang jiran bawah umah aku..bawah umah pun kira jiran jugak lah kan.
Lepas kawin aku terus masuk umah tu, kiranya pengantin baru aku kat umah tu lah. tak sampai seminggu duduk umah tu orang bawah umah aku tu naik ketuk pintu umah aku.terus memperkenalkan diri. time tu aku tak jenguk kat luar sebab aku segan aku duduk jer dalam bilik.bagi dia berkenalan dengan suami aku. lepas tu terus sound kita orang "saya dengar bising lah dari bawah..saya ni baru lepas operate jadi terkejut dengar bising bising ni"
terus suami aku jawab "ohh ye ke bang..mintak maaflah saya tak perasan" ok cukup sampai situ tutup pintu.
Selang sehari naik lagi asri tu kat umah kitaorang. cakap yang aku buat bising lagi..dia tau tak aku ni pindah bujang sama bujang mana lah ada barang perabot yang nak di bawak..aku bawak kain baju ngan tilan bantal sama lah suami aku..tak paham pulak aku kalau tilam bantanl tu boleh mengganggu dia.minggu pertama duk situ 3kali naik ketuk umah kita orang..ehh tak tahan aku..tapi kitorang malas nak layan sangat buat tak tau jerlah.
sampai lah suatu hari aku terserempak ahli JKKK kawasan tempat aku tinggl tu.. nak datang umah aku.aku macam okeh lah nak datang..tapi terpikir jugak apa hal nak datang umah aku yang tak ada barang lagi tu..aku kanbaru kawin.
kak su(orang JKKK) - mintak maaf  lah akak datang umah korang ni..akak ni bukan apa. tak larat  
                                     dah duk terima panggilan cik asri tu kata korang bising sampai pukul 2,3pagi.
ehh asri ni ingat aku dengan suamai kuch kuch hota hai sampai pukul 2,3pagi. aku ni pukul 10mlm dah mengantuk ini kan pulak nak berjaga sampai 3pagi.
ok time ni darah pahlawan aku dah mendidih dah.
aku - setahu saya tak pernah pulak saya nak berjaga sampai pukul 3pagi.kalau macam ni kak su.tak sedap lah dengar penjelasan saya jer. kak su panggil lah asri tu naik umah saya sekarang biar kita bincang sama sama (aku kan jenis bukan penyabar)
okeh asri naik umah aku..aku pandang asri tu kecik besar kecik besar punyalah meluat.kahkahkah dahsyat kan imaginasi aku hehehe
asri - selalu lah dengar bising.macam orang berjalan jalan..denagr tutup pintu bilik..pastu selalu dengar bunyi plus toilet di tarik tu. dengar tarik kusi makan jugak.
aku- saya tak tau lah kalau saya berjalan kat dalam umah ni mengganggu encik asri..kalau mengganggu saya mintak maaf lah. tapi yang bab plus toilet di tarik tu..takkan saya nak tahan berak pulak.saya pun selalu gak dengar orang atas umah saya ni tarik plus toilet.abis macam mana saya nak berak? (kuang ajaq betol)
asri- ehh bukan tu lah maksud saya (sambil senyumsenyum,ko ingat ati aku sejuk ko senyum2!!!)
dah abis perbincangan kami pada petang itu..
sejak ari tu setiap kali adik beradik atau sedara mara serta kengkawan yang nak datang umah aku..aku akan bagi tau hal jiran bawah umah aku ni..
sampai lah anak abang abang aku kalau datang aku pesan jgn nak berlari dalam umah aku.pernah abang aku ngan anak anak tido umah aku.terus dapat sms dari cik asri bawah umah suh kitaorang jangan bising bising.mak aku pesan jangan di lawan asri tu..dia lebih tua dari aku.(ha fedulik kan)
******************************************************************
setahun berlalu....
aku masih lagi duduk di rumah tu walaupun punya jiran yang terlebih baik tu..
sampai lah raya baru baru ni..
saudara mara aku datang ke rumah aku.. dalam 3keluarga..paham paham je lah kan kalau tiga keluarga tu mcm mana. masing masing punya anak yang tengah lasak berlari dalam rumah ni.
tak sampai pun 5minit diorang duk umah aku..terus cik asri tu naik ketuk umah..aku sebenarnya dah hangin..ko boleh paham tak sedara mara aku ni datang..bukan tiap hari pun..diorang datang nak beraya. kan musim raya. tak boleh ke ko tolak ansur bising sikit dalam 3,4jam.nanti diorang dah balik..ko aman lah semula!!!aku ni muka dah naik malu asik kena perli dengan kaum kerabat!!
belum sempat dia bukak mulut terus aku cakap..'mintak maaflah yer cik asri sedara mara saya ni datang beraya.bising sikit" sambil aku buat muka tak puas hati. terus dia jawab 'itulah saya dengar bunyi bising sangat ni" aku malas layan terus aku nak tutup pintu..sekali abang aku tahan pintu tu..terus sound encik asri tu " ha kenapa bising sangat ke??kan selalu ni asik komplain adik saya ni buat bising.orang datang raya memang lah bising sikit..abis tak boleh dah saya dengan yang lain lain ni datang umah adik saya.saya dah banyak kali ni dengar adik saya ngadu tentang encik asri ni bukan tiap hari kitaorang nak datang sini,ini adik saya..saya ni abnag dia,tiap kali balik kampung mengadu tertekan ada jiran macam encik asri ni langsung tak leh nak tolak ansur"
sedara mara lelaki yang lain dah duduk depan pintu  *abang aku yang hero heheh*
ayah aku duk tarik tangan abang aku jangan keluar dari pintu rumah..
terus asri tu bla dari situ tanpa memandang kami di muka pintu..bla dari situ tanpa sepatah kata.
Aku bukan lah niat untuk bergadoh.sebab aku hormat kat dia sebab tu setiap kali dia naik atas cakap kitaorang bising aku ngan suami aku mintak maaf jer.
tapi kadang kadang orang saiko macam ni kene bertegas jugak. Apa apa pun yang sound dia bukan aku ngan suami aku.tapi abang aku..kira ok jugak lah kan..
Dan sampai sekarang dia tak naik lagi ketuk pintu umah kitaorang kata kitaorang bising..kalau ko tahan setiap bulan ada orang ketuk pintu umah kata ko bising!!.. syukurrrr..

wah kelassss ko pijon punya lah lama tak update blog..sekali update terus tentang jiran hehehe..
jum tengok gamba anak dara yang dah semakin pandai dan banyak ragam ni.
 
 
 
 
gamba saringan..Demam nak tumbuh gigi..makan tak mau,nyusu tak mau..ni paksa minum air kosong..tengok lah muka tak puas ati dia hehehe.. muahhh sayang ufairah..dunia akhirat..


Tuesday, September 11, 2012

~ufairaH 6bUlan~

 
Assalammualikum
Alhamdulillah ufairah sudahpun 6bulan.
syukur alhamdulillah ufairah membesar dengan sihat.
  
 
Jadual makan ufairah..aku kan asik lupa jer apa yang leh dia makan apa yang tak leh dia makan.akhirnya aku print jer jadual kat bawah tepek kat pintu petiais kejap kejap aku tengok balik apa yang ufairah leh makan..itu pun ada jugak aku tersalah..macam hari tu..beriaya aku duk pikir dari opis nak masakan ufairah bubur campur bayam..dan dan time tu jugak pergi beli bayam nak masak malamnya..kompiden jer ufairah leh makan bayam..tengah siang siang bayam tu tergerak hati nak tengok jadual ni..ha ambik ko!!! bayam hanya untuk 8-12bulan sahaja..
dah ada jadual depan mata pun aku leh salah..inikan plak kalau tak ada..
 
 
 
 
 


 
Pgi tadi pepagi lagi dah dapat sms dari  kawan aku kata anak dia tak mau makan solid food. Anak dia lebih kuang sebaya ufairah..tanya aku bagi makan apa ufairah..haiihh aku ni pun terkulat kulat duk pikir mana satu boleh di beri makan dan mana satu tak boleh di beri makan.tetiba nak jadi cikgu kat kawan aku bagi tau dia apa yang ufairah makan..wahh kelassss makcik tau!!! terbaik...
 
Tapi..belagak pandai tu penting kahkahkahkah..cerita ape yang ufairah makan..dan aku membe punya pasal..anta gak lah email carta organisasi pemakanan ni kat dia..baik kan aku zill oii..belanja aku makan ah pas ni..tak abis-abis makan..lemak kan badan tu dah berkumpul kumpul dengan jayanya dah..cerita tentang lemak ni..pagi tadi aku tak naik lif pun..naik tangga padahal opis aku tingkat satu jer hahahaha..punya lah lama aku tak naik tangga mengah okehh bila sampai tempat duduk aku ni..lahaiiiii bila aku pikir balik lama dah aku tak naik tangga..sejak mengandung sampai sekarang..dulu masa tak ngandung memang ari ari jer naik tangga.sekarang aku dah insaf..aku akan naik tangga hari hari hehehe..
 
 
Hari ni pekse UPSR. kesempatan ni aku nak ucapkan selamat berjaya kepada anak buah aku Nur Nisha Amalia bt Nor Isham. petang sabtu aku dapat sms dari anak buah aku ni.. sms pertama "moksu doakan kakak yer dapat 5A dalam UPSR. kakak dah takut dah ni.." aku biakan jer sms tu.kebetulan masa tu tengah bagi ufairah makan. tak sampai 5minit dapat sms kedua dari anak buah aku tu sms kedua "pastu maafkan kakak tau kalau kakak ada buat salah"
cehh nak menangis pun ada baca sms kedua dia..dah macam nak ambik spm dah..terharu aku..
 
 
 
 
 



Wednesday, September 5, 2012

~BANYAK BETOLLL~

 
Assalammualaikum.
 
Lamanya cuti.. duk sibuk cuti raya menulis blog juga cuti.. Bila naik semula kerja ha ambik ko kemain banyak kerja pending almaklumlah cuti seminggu. Ditambahkan pula partner kerja aku ni dah pencen.. maka kesemua kerja nya di bawah tanggungjawab aku pula..giler ke haper..tak bernafas rasanya..semput makcik..semputtttt..
Itu jugak antara sebab aku tak jengok blog ni..kemain sibuk lagi ngalahkan perdana menteri..wah kelassssss makcik tau....
bukan setakat belog ni jer aku tak jenguk bukak FB pun dah jarang..mungkinkah faktor usia membuatkan aku jarang nak berhuru hara di fb huwaaaaaaaa..makcik dah tuaa ker!!!!opss...
 
 
Banyak betul cerita nak tulis kat sini..Cerita kali pertama beraya dengan anak dara ai tu..anak dara ai sekarang pun dah 6bulan..entri ufairah 6 bulan tak buat jugak lagi...pertama kali bagi dia makan..Orang lain sekarang ni dah nak penutup dah cerita tentang raya..aku mula pun tak lagi..nasib lah ufairah dapat mak mcm ni.. femalas kemain..bukan sikit sikit punya hehehe.
 
Nantilah akan ku cari sedikit masa untuk menulis tu semua..kali ni post entri bagi wake up jer dulu..lama sangat bercuti..dah janggal nak menulis semula ke sini.tak tau apa yang nak di tulis. tak tau ape yang nak di merapu.tak tau ape yang nak dicerita.
Tapi dalam hati ni kemain banyak lagi terdetik nak cerita kongsi kat sini..tapi terdetik jerlah..termenaipnya tak jugak..makcik kan sibukk ala2 ngalah perdana menteri..haruslah jadi macam ni heheheh..
 
 
 


Thursday, August 2, 2012

~KoSoNg~

Assalammualaikum..
Ini namanya entri kosong..Tiada tajuk yang khas..
Saja nak membebel dekat sini..kang kalau aku membebel dengan bebudak opis aku ni kang penat pulak.. Dah lah puasa..Air tak leh minum..Maka dekat sini boleh lah jugak aku membebel tanpa rase haus..Boleh gitu??

Aku kan tak pernah langsung buat kuih raya sendiri..sadis kan..Kalau buat pun yang bancuh adunan mak aku.Aku tukang tepek2 kan jer adunan tu..Lepas tu skang sejak ada anak ni keinginan untuk buat kuih raya sendiri berkobar kobar..Maka dengan selambar mintak ayah ufairah belikan aku oven untuk masak kuih raya..hahah giler gambell..kuih yang aku buat tu entah jadi kan entah tidak..entak kan sedap entahkan tidak..tak pulang modal belikan oven untuk aku..
Aku ni kan bangsa tak makan saman sikit..Mintak kat ayah ufairah..dia oke jer..terpaksa demi isteri tercinta kahkahkah.. (mungkin ayah ufairah tengah berkira kira bajet raya tahun ini)
Call mak aku..cerita punya cerita termasuk lah pulak cerita aku nak beli oven..tau ape ayat mak aku..'ehhh tak payah lah nak beli oven tu..ufairah kecik lagi..bila masanya nak buat kuih..kang dia nangis macam mana?..uli jer lah ufairah tu..'
cehh okeh wan ufairah langsung tak memberikan sokongan moral pada ibu ufairah..menci tau huwaaaaaaa..

Tentang kemerunduman susu aku pulak..iyer sekarang aku sedang menghadapi kemerunduman susu.Minggu lepas dah okeh dah..Sejak aku mula merajinkan diri buat power pumping.. Lepas tu hari jumaat balik kampung pulak. seperti yang sedia maklumlah kalau balik kampung ni  semua serba serbi aku malas..Sampai dua hari duk bercuti kat kampung dua hari tu jugak lah aku tak pump..ha tengok pemalas kan aku..Lepas tu balik sini,mula menggelabah susu tak kua huwaaa sila lempang diri sendiri lapanploh kali. Aku kene berusaha lagi ni..jauh lagi perjalanan aku  dengan ufairah.


Duit raya untuk sedara mara aku dah siap tuka. Aku asingkan cepat cepat..senang nanti dah nak raya tak der lah aku terkocoh kocoh tinggal nak masukan dalam angpau jer lagi..aku kan jenis blur di saat akhir..semuanya ada ikut kumpulan..kumpulan bebudak tecik lain..kumpulan sepupu lain..kumpulan anak buah lain..kumpulan adik ipar lain..banyak betul kumpulannya huwaaa
 jangan tersalah bagi time raya ni sudah lah..Budak budak tecik tak leh pegang duit banyak banyak sangat diaorang kan kecik lagi tak tau nak beli ape muahahahahah..

Tahun ni giliran aku beraya di sebelah suami.. selama aku hidup ni ini lah kali pertama aku beraya BUKAN di rumah mak ayah aku...*nanges*
Dah ada rasa debarannya..kompius aku debar nak beraya atau berdebar kali pertama raya kat umah orang lain huwaaa..bak kata mak aku "mak dah REDHA dah semua anak anak mak tak ada beraya dengan mak tahun ni" ..sungguh syahdu ayat mak aku..Mana taknya semua orang balik rumah mentua masing masing tahun ni..tinggallah mak ngan ayah aku jer berdua..sedih wooooooooooooo..
Lelebih lagi mak aku hanya ada sorang jer anak pompuan akulah tu, lagi lah aku sedih huhuhuh..ufairah raya pertama rumah wan tahun depan yer wan


Baju melayu untuk ayah ufairah belum beli lagi..Tapi barangan raya untuk ibu ufairah dan ufairah dah lama dah beli,okeh ufairah dan ibu boleh berehat rehat..hahah kesian ayah ufairah..tiap hari merengek kat aku bila nak pergi beli baju raya dia pulak..hahah ehh suami misti dahulukan anak anak dan isteri *tepuk tangan beramai ramai*wakakaka..


Semalam aku balik keje,perasan number plet kete tu dah bertukar dah jadi jenis plet kete yang ketuk tu..baru bulan lepas ayah ufairah tuka nombor plet kete tu..baru sekali anta kedai basuh dah terbukak nombor 7 kat plet kete tu..hangin jer aku tengok..pastu semalam dah tuka pulak ke nombor plet yang jenis ketuk..lagi lah hangin aku tengokk..ayah ufairah dah sengih sengih dalam kete bila nampak aku tenung no plet tu.. "B..bila masa B tuka nombor plet kete ni??kan baru bulan lepas tuka,bulan ni tuka lagi?" (B itu panggilan aku untuk suami tercenta bukan ABC yer adik adik hehehe)
Dia ingat murah murah ke main sedap jer tuka numbor plet tu..leh lepas belanja dapur aku 3hari tau!!!
"ehh dah lama dah beli cuma tunggu nombor plet tu tanggal jer" ha tengok macam mana aku tak hangin lagi..dia boleh beli 2 numbor plet kete dalam satu masa *saba  sambil urut2 dada*
"ohh tak bagi tau ayang pun kan" (aku bahasakan diri aku ayang..manja tak..hakkkktuihhh)
"Eleh ayang tu..beli tupperware tak bagi tau B pun..tau tau B kena bayar jer"
hahah itu boleh dimaafkan..pompuan memang suke beli tupperware untuk kegunaan seisi keluarga jugak!!..tapi number plet kete bukan kegunaan seisi keluarga kah?? abaikan..

Tiap hari masa sahur aku akan tanya ayah ufairah nak makan ape berbuka kang..penat wehh pikir nak masak apa untuk berbuka. kadang kadang tanpa aku sedar sampai kerut kerut muka aku pikir nak masak apa..copek lah den tuo kalau 30hari mcm ni huwaaa.
bila tanya tau ape jawapannya..:"ayang masak lah apa apa pun"..iyelah apa apa pun tu apa?? petang ni aku nak buat nasii goreng ngan gorengkan ayam jer.boleh tak..kang kalau dia suh aku masak nasik arab idok lah aku pandai huhuhu nasi goreng boleh lah B hehehe..
untuk ufairah ibu akan buat sup sayur..hahah macam lah ufairah leh makan heheh..ibu makan nanti ufairah raselah masa menyusu dengan ibu nanti wokeh heheh..

sekian sahaja bebelan aku kali ini..rase macam mak mak pulak..ermm patut pun rasa macam tu sebab aku telah pun bergelar mak sekarang..
Selamat berpuasa dan selamat bertarawih..










Tuesday, July 31, 2012

~ufairah dah 5 bulan~

Assalammualaikum..

Hari ni genap ufairah 5 bulan..Cepat betol masa berlalu..Aku rase baru semalam aku lintang pukang sakit nak bersalin tup tup hari ni dah 5 bulan dah usia anak aku.. Syukur alhamdulillah.
ehh kejap dah lupa lah sakit bersalin tu macam mana..Memang sah melayu mudah lupa..

Bila dah semakin besar ni semakin banyak juga lah perkara yang ufairah dah pandai buat kata umur dah meningkat haruslah semakin banyak perkara yang dia tahu buat.


Perihal ufairah.

1-Penggeli..aku perasan ufairah ni stok penggeli tak ingat..kalau aku geletek bahagian ketiak dia punya mengekek tergelak satu umah boleh dengar padahal tak geletek mana pun..aku tau itu gen aku.mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi..

2- Dia sekarang memang pemakan jari yang tegar..kalau boleh kesepuluh jari tu dia nak masukan dalam mulut..kadang kadang dia sendiri nak termuntak balik..ha sape suruh masuk semua jari dalam mulut kan dah mual..

3-Bila tido nak orang ada depan dia..aku kan guna buai letrik tu..tak ada gunanya pun..dia masih nak kita duk depan dia sambil selawat2..kalau biakan jer buai letrik tu gerak sendiri..jawabnya memang dia tak tido lah..

4-Dah boleh masukan jari kaki dalam mulut..hebat betol hehehe..lepas dia penat makan jari tangan dia,dia akan beralih ke jari kaki pulak..kalau boleh dengan tumit tumit kaki dia nak masukan dalam mulut..alahaii aku bukan apa..kesian okeh tengok dia buat aksi macam tu hehe..terkial kial dengan badan debab dia tu..

5-Tiap malam tido..aku kena bagi ruang yang besar untuk ufairah..akhirnya aku dengan ayah ufairah tido berimpit ke tepi dinding..ya allah lasaknya lah anak dara aku ni tido...bila tengah malam kompom ufairah dah lending tido kat kaki aku..dia punyer berpusing pusing tido..itu okeh lagi..ada satu malam tu aku ingatkan aku mimpi berebut tempat tido dengan ayah ufairah siap sound ayah ufairah ketepi sikit sebab aku rase ada benda kat belakang aku..sekali bukak mata aku tengok ufairah ngam ngam kat belakang aku..sekali aku berpaling boleh penyet ufairah kene himpap dengan aku hehehe..


6-Dah pandai tengok tv..yang paling aku tak tahan dia paling suka lah tengok bola.itu tanda tanda geng ayahnya..


7-Tiap pagi bangun tido sebelum hantar dia ke rumah mak imah comfirm sengih stok lebar sampai ke telinga..

8- Dah pandai merajuk..kalau time dia nak menyusu kalau aku bagi lambat sikit..dia punyer merajuk.. menangis macam aku pukul dia.Time tu dan dan tak mau nyusu..tepuk2 muntot dia dodoi sikit..baru lah nak nyusu semula..ha ..sweet kan hehe..

9-Peramah yang amat sangat..kalau masuk lif tak kira sapa yang masuk lif tu sama ada lelaki ke pompuan ke,cina melayu india..habis semua nak di tegurnya..sambil pandang muka orang tu..selagi orang tu tak pandang dia..jangan harap dia nak berpaling muka,bila orang tu dah pandang dan sengih sengih sikit dengan dia baru dia senyum senyum..kengkadang aku pulak yang jadi segan huhuhuhu..anak ohh anakk..

10-Dah pandai nak capai barang..hari tu balik kampung..sekali abang aku hulurkan ufairah duit..wahh dengan cepat dia selamba capai duit tu..mak aku terus terkejut..ehh dah besar cucu dia dah pandai capai duit heheh..

11-Rambut ufairah masih tiada perubahan..macam segan segan jer nak tumbuh..Wahai rambut tak mau lah segan segan..


12-Suka mandi air sejuk..ufairah tidak begitu suka mandi air suam..lagi senang keje aku..tak yah nak sediakan air suam..kalau balik kampung mandi kat sinki pun boleh jer..


alahai penat nak pikir dah..

Wednesday, July 25, 2012

~TeRimA KaSih Ufairah~


Assalammualikum..


okeh muke mintak kene gigit!!!


ni pulak muka mintak kene cium banyak banyak!!!
syurga hati ibu dan ayah.
  • Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

  • Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

  • Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

  • Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

  • Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

  • Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

  • Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  • Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

  • Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”



Monday, July 23, 2012

~mOhoN Di mUrahKan Rezeki..aMin~

Assalammualikum..

Sudah 4hari kita berpuasa..Syukur ya allah kerana di beri peluang untuk bertemu dengan bulan mulia ini sekali lagi.



Moga rezeki ufairah menyusu dengan ibu akan melimpah ruah.. Jauh lagi perjalanan kita sayang. Tak tahu kenapa awal puasa ni ibu masih tidak mendapat rentak susu keluar macam air terjun huhuhu..susu macam malu malu untuk keluar..adohai jangan begitu.
ufairah doakan ibu yer.


~harapan seorang ibu~

Friday, July 20, 2012

~Salam Ramadhan~

Assalammualaikum..




Selamat datang bulan Ramadhan.

Selamat berpuasa kepada semua.

Moga puasa kali ini lebih baik dari puasa tahun tahun yang sudah..

Pertama kali puasa dengan gelaran ibu.. Syukur ya allah.

Puasa itu satu ibadah menyusukan anak juga satu ibadah.. syukran..

Wednesday, July 18, 2012

~uFairah bakal jadi Orang Semenyih~

Assalammualaikum..

Dulu masa aku cuti berpantang kat kampung.. Suami aku ada cari cari rumah untuk di beli. Di sebabkan dah ada anak ni dia target tahun ni nak beli rumah. Aku kan menyewa sekarang. rumah yang aku sewa tu tingkat 13. Tinggi kan. Ayah dan mak aku bila datang rumah aku jadi gayat.. mak dan ayah aku kan orang kampung. Mana ada rumah yang tinggi cecah langit ni..Semua rumah bawah yang ada tanah yang boleh bela ayam itik heheh *tapi mak aku tak der pun bela ayam itik tu*


Bayangkan bila ayah aku datang rumah aku nak naik lif tu pun dia rase gayat..Lepas tu nak kena jalan dekat koridor dari lif ke pintu rumah aku tu lagi lah gigil kaki dia,sampaikan dia berpaut dekat tembok koridor rumah aku tu berjalan nak masuk rumah aku.. kesian okeh!!!


Oleh sebab itu ayah aku datang rumah aku hanya sekali sahaja sepanjang aku duduk situ,itu pun masa aku mula mula kawin dan di sahkan mengandung. Lepas dia tengok sekali keadaan rumah aku sampai sekarang dia tak datang lagi. Mak aku pulak tak ada lah segayat ayah aku..akhirnya tiap kali mak aku nak datang rumah aku.Mesti datang bersama abang-abang aku.Jadi mak aku tak leh tido lama lama dekat rumah aku..Semalam jer sebab kesian ayah aku tinggal kat kampung.


Alhamdulillah. Setelah aku lahirkan ufairah suami aku ada jumpa rumah yang agak sesuai untuk keluarga kecil kami berteduh. Masa tu aku masih lagi berpantang dekat kampung. Tapi rumah tu agak jauh dari tempat kerja kami. Tapi kalau nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja kami tidak pula aku mampu untuk membelinya huwaaaaaaa. Nak tak nak aku tiada pilihan. Maka rumah di pekan semenyih menjadi pilihan hati aku. Tak per lah jauh nak ke tempat kerja  tapi dekat nak balik kampung nanti kan ('_')


Insyaallah ujung tahun depan rumah tu akan siap.sekarang dalam pembinaan.
 Maka tak lama lagi ufairah akan jadi orang semenyih ngeeee..




Tuesday, July 17, 2012

~FamilY DaY~

Assalammualaikum..

 
Beberapa minggu lepas bawa ufairah pergi sunway lagoon sebab ibu dan ayah ufairah ada family day kat situ.Almaklumlah ibu dan ayah ufairah kerja di tempat yang sama maka harus lah pergi jugak family day itu. Mula mula agar gusar jugak nak bawak ufairah ke tempat orang ramai macam tu. Ditambahkan lagi cuaca yang panas kompom kompom lah anak dara ibu ni akan meragam tak selesa kan. Lagipun ufairah kan kecik lagi mana boleh mandi manda huhuhuhu..

 
Pagi sabtu tu ufairah bangun awal dari biasa,macam tau tau jer ibu nak bawak ufairah keluar.Ufairah bangun terus ibu mandikan ufairah,sebab kita kena pergi awal sedikit takut tak der tempat baik punyer untuk ufairah melepak.
Namapun family day mestilah ramai orang kan,di jangkakan family day itu lebih kurang 13ribu orang hanya untuk warga tm sahaja. Tapi bila sampai sana ada jugak family untuk syarikat lain..lagi bertambah ramai lah sunway lagoon tu..


Di sebab kan sampai pagi maka orang yang nak beratur kat pintu masuk tu tak berapa nak ramai lagi.Tak berbaris panjang pun.Lagipun tiket memang dah ada tunggu nak masuk jer lagi.




Nampak tak muka excited ufairah heheh..Padahal ibu dia berdebar debar time ni.takut dia meragam orang ramai sangat kat situ huhu.

 


okeh ini ready dah nak masuk..Ufairah tak duduk diam asik memandang orang yang lalu lalang depan dia..masuk jer dalam sunway lagoon ni..Ufairah pun buat projek. Dia 'yak' pulak huhuhu..Cari toilet bersihkan dulu.

 

Lepas buat projek muke tersenyum senyum..Lega agaknya heheeh..Bila tengok ufairah senyum senyum macam ni ibu jadi senang hati untuk teruskan aktiviti family day ibu :-)




 






Letih duduk dalam stroller ibu peluk ufairah.terus terlena anak dara ibu ni..Misti penat sangat kan..Sebab tak tido tido..kan ufairah tido berbuai jadi bila tak dapat buai ni susah lah nak tido..dodoi2 peluk peluk baru lah ufairah tertido. Nasib baik ufairah tak merengek rengek hehe.


Okeh ini dah nak balik..ufairah dah tertido dalam stroller. Seharian dari pagi sampai lah petang ufairah berada di sunway lagoon. Tak menangis pun.Mungkin orang ramai dia leka tengok orang lalu lalang dekat situ. Ibu dia macam yang dah nak menangis sudah letih huhuhu..Sebelum sampai kat sunway lagoon tu lagi dah bagi tau dekat ayah ufairah,kalau ufairah nangis kita cabut lah dari situ tak kira lah kita baru sampai ke dah lama sampai..ini tunggu punya tunggu ufairah tak nangis sampai petang..ibu dia jugak yang letik sangat!!!!!
Budak hafal Al-Quran memang macam ni kan ufairah dari kecik lagi dia dah baik.Anak ibu kan nak jadi talfiz haruslah berkelakuan baik dari kecil..

ok sekian sahaja laporan untuk kali ini.








Monday, July 16, 2012

~dolu-Dolu~

Assalammualikum..


Ini gamba dolu dolu ufairah..ehhh dolu dolu sangat ker..beberapa bulan lepas lah..sekarang anak solehah ini sudah ada rambut..tu pun sikit sikit jer rambut dia.Kemain hepy lagi ibu dia tengok rambut ufairah walaupun sedikit cuma.






Hari ini ibu ufairah dah beraya. Setelah 15 hari menggagahkan diri mengganti puasa.Sangat lega bila dah ganti hutang puasa ini. Ujung minggu ni dah bulan ramadhan.semoga dengan bulan yang penuh barakah ini ada rezeki untuk ufairah.Ufairah doakan ibu juga ye sayang doakan susu ibu banyak untuk ufairah minum.
Perjalanan kita masih jauh lagi,ada 20bulan untuk kita lalui bersama.Banyak dugaan yang perlu kita tempuhi bagi merealisasikan impian ibu  menyusukan ufairah sehingga 24 bulan. Oleh itu ibu perlukan doa ufairah. Dan ibu perlu berusaha gigih.. *aduhai ibu ufairah dah saiko,sejak jadi ibu ni emosi lebih pulak* ..

tang saiko tu memang aku setuju..bayangkan kalau tengok berita..berita tentang anak kene dera aku boleh nangis..budak kecik kena langgar nangis kat depan tv tu jugak,baca berita kat intenet pun aku skip2 kalau tang memaparkan sakit kronik kanak kanak, anak jiran sebelah nagis dengan ligat aku kat dalam rumah tak tentu arah..saiko kan aku..ini bukan perangai yang di buat2.. Hati ni mudah jer terasa sayu bila berkaitan dengan anak kecil...Menci tau!!! abis mekap aku nangis kat belakang komputer ni bila baca tentang anak2 yang kurang bernasib baik di luar sana huhuhu..
ishh dah jauh sangat tersasar ngomelan aku dari tajuk sebenar hehe..
Niat utama nak tunjukan gamba ufairah yang dolu dolu jer hahaha..

*nak buat mcm mana..bila dah ada anak ni..perangai membebel pun tetiba ada kat aku*