JellyPages.com

Sunday, March 31, 2013

Dua dua jendol..

 
 
 
 
Assalammualaikum..
 
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan kannn kannnn.
Apa persamaan aku dengan ufairah???
iyerr betull..
Dahi kami jendol..
 
 
 
Ada kakak kat ofis aku ni terjumpa ufairah dengan mak imah dekat pasar pagi.. mak imah memang selalu bawak ufairah pergi pasar tu.. sebab dia nak beli lauk untuk masak.. sebab tu aku tinggalkan satu stroller dekat mak imah.. supaya dia sanang tolak ufairah..
 
sebelum ni pun ada lah jugak aku bawak ufairah datang opis ni.. dulu masa mak imah minta cuti aku angkut ufairah datang opis..
Jadi semua orang opis pernah nampaklah ufairah..
 
masa nak balik minggu lepas jumpa kakak yang jumpa ufairah kat pasar pagi tu kat bawah opis ni.. "ehh tadi jumpa ufairah"
'mana akak kenal ufairah'
"tang dahi jendol dia tu aku dah kenal dah dia anak ko"
muahahahhahaha
 
Balik rumah main tangkap tangkap gamba ufairah.. baru perasan dahi kami berdua memanh jendol hahahah..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pipi Lebam

 Assalammualaikum..
 
Cerita dah lama.. lupa nak update..
2minggu lepas kot cerita ni.. ufairah jatuh dari bakul baju pastu lebam dah kat pipi
 
 
 
Nampak tak kat pipi belah kanan ufairah tu..
 
bila aku tekan tekan kat bahagian merah tu ufairah tak nangis pulak.. tak sakit sangat lah kot kat kawasan tu..
 
 
 
En nua dah bising bising dah kata anak dara dia macam askar celoreng sana sini.. drama sungguh en nua ni heheh..
 
 
 
 
Bising dengan aku anak dia macam askar.. tapi kerja kerja membuli ufairah di jalankan seperti biasa.. nasiblah ufairah..
 
 
 
 
 
 

Thursday, March 28, 2013

Seksiiii tuuuuuu..

 
 
 
 Assalammualaikum..
 
Kali ni kita cuci mata tengok gamba ufairah yang sekkksiiiiiiii heheheh..
Balik rumah wan minggu lepas kan panas pastu wan tanggalkan baju ufairah tinggalkan
seluar tecik tu jer..
kemainkan seksi anak dara ni duk kampung
 
 
 
 
Palinglahh suka duk boleng tak pakai baju ni.. cube lah pakaikan baju dia selepas tanggalkan baju mau menjerit jerit..
 
 
 
Beria tau makan anggur ni.. Wan selamber jer bagi ufairah makan anggur tu.. takut aku ufairah tercekik jer..
 
 
 
Ufairah dah makin besar kan dah tau dah makan anggur ni.. gigit sikit sikit supaya tak tercekik..tapi mulut tetap bising bunyi heheh..
 
 
 
 
 
 
Makan sambil duduk pulakkkk..
 
 
 
okeh nak suapkan ibu pulakkk..
ibu sibuk nak tangkap gamba..
 
 
 
 
 
Nasib wan bukak kan baju senang nak basuh mulut dan badan ufairah.. satu badan melekit makan dua ketul anggur hehehe..
 
 
 
 

Tazkirah Jumaat 2- Adab- Adab Hari Jumaat.

 
 
 
Assalammualikum..
Selamat hari jumaat.. Syukur kita bertemu lagi dengan hari jumaat yang penuh barakhah ni.
Insyaallah setiap hari jumaat aku akan masukan entri tazkirah semperna hari jumaat ni..
Untuk santapan rohani kita..amin.. moga allah memberi kita keampunan.
 
Artikel ni aku copy paste kan..
selamat membaca..
 
 
 

Adab-adab Hari Jumaat

1) Hendaklah engkau bersedia baginya mulai hari Khamis dengan menyuci kain dan menyuci baju dan membanyakkan mengucap tasbih dan istighfar pada petang-petang hari Khamis itu kerana waktu yang demikian itu menyamai fadhilatnya akan waktu pada hari Jumaat.

2) Sunat engkau puasa pada hari Jumaat itu, tetapi hendaklah engkau sertakan dengan puasa hari Sabtu atau hari Khamis, kerana makruh puasa pada hari Jumaat itu dengan tiada disertakan dengan hari Sabtu atau hari Khamis

3) Apabila terbit fajar maka sunat engkau mandi kerana waktu mandi Jumaat itu daripada terbit fajar hingga mengerjakan sembahyang Jumaat, tetapi pada waktu hampir hendak pergi solat Jumaat itu terlebih afdhal.

4) Sunat menghias dirinya dengan memakai pakaian yang putih, kerana pakaian yang putih itu terlebih kasih kepada Allah taala.

5) Sunat memakai bau-bauan yang terlebih harum seperti kasturi dan barang sebagainya, dan makruh memakai zabad (sulbi kepada musang) kerana ia pakaian perempuan.

6) Melebih-lebih pada menyuci badan dengan menghilangkan bau busuk badan dan menghilangkan yang cemar-cemar pada badan, dan mencukur bulu ari-ari dan mengandam misai, dan mengerat kuku, dan bersugi, dan mencabut bulu ketiak.

7) Sunat berpagi-pagi pergi ke masjid yang tempat sembahyang Jumaat itu pada hal ia berjalan dengan kelakuan yang tetap dan hadir hati kepada Allah taala serta masyghul dengan zikir dan membaca al-Quran dan salawat atas Nabi s.a.w.

8) Apabila masuk ke masjid maka hendaklah menuntut saf yang pertama.

9) Jangan ia melangkah akan bahu orang pada ketika ia masuk ke masjid itu.

10) Jangan ia lalu pada hadapan orang yang sedang solat.

11) Sunat ia duduk dkat dewal (dinding) atau dekat tiang. Maka jikalau tiada mudah yang demikian itu maka sunat ditaruhkan pada hadapannya itu sesuatu yang menegahkan akan orang yang lalu pada hadapannya.

12) Jangan duduk di dalam masjid hingga engkau solat tahiyyat masjid. Dan jangan engkau tinggalkan akan solat tahiyyah masjid itu dan jikalau pada ketika khatib membaca khutbah sekalipun, tetapi pada ketika itu jangan dilebih daripada 2 rakaat.

13) Bahawa sunat engkau sembahyangkan pada hari Jumaat itu 4 rakaat yang lain daripada solat tahiyyat masjid yang tersebut itu.

14) Bahawa jangan engkau tinggalkan akan membaca segala surah yang tersebut itu pada malam Jumaat atau pada harinya kerana pahala membaca segala surah yang tersebut itu amat besar.

- Surah al-Kahfi

- Surah Al-Ikhlas

- Surah Yaasin

- Surah ad-Dukhan

- Surah Sajdah

- Surah al-Mulk


15) Seyogianya (sebaiknya) engkau banyakkan membaca salawat dan salam atas Nabi s.a.w pada hari Jumaat dan malamnya, iaitu terlebih daripada hari yang lain kerana kelebihan membaca salawat atas Nabi s.a.w pada hari Jumaat itu amat banyak.

16) Apabila keluar imam dan naik ia atas mimbar maka tiada harus solat, lagi tiada sah solatnya melainkan solat tahiyatul masjid 2 rakaat atau 2 rakaat sunat Jumaat pada ketika ia masuk ke dalam masjid. Dan makruh pada ketika itu berkata-kata melainkan melainkan menjawab bang maka iaitu sunat.

17) Apabila selesai daripada solat Jumaat maka sunat ia membaca Fatihah 7x, dan al-ikhlas 7x, dan al-falaq 7x, dan an-nas 7x dahulu daripada berkata-kata. Maka yang demikian itu memeliharakan ia daripada segala kejahatan daripada satu Jumaat kepada Jumaat yang lainnya, dan lagi memeliharakan ia bagimu daripada syaitan.

18) Sunat kemudian daripada solat Jumaat itu duduk di masjid hingga Maghrib atau hingga Asar serta berniat iktikaf. Dan hendaklah engkau pada ketika yang demikian itu sungguh-sungguh berdoa kepada Allah taala serta khusyuk dan tawadhuk, kerana di dalam hari Jumaat dan pada malamnya itu ada satu saat yang mustajab doa yang tiada tertentu, maka mudah-mudahan kebetulan doamu itu pada saat yang mustajab itu.

(Perhatian) Sebaiknya membanyakkan berdoa pada hari Jumaat itu pada beberapa waktu iaitu pada:

- waktu terbit matahari

- waktu gelincir matahari

- waktu masuk matahari

- waktu iqamat

- waktu khatib naik ke mimbar

- ketika berdiri manusia kepada solat

kerana segala waktu yang demikian itu sangat diharap akan mustajab. (Waktu-waktu yang diharap mustajab doanya dengan pengalaman-pengalaman rohaniah ulama')


20) Hendaklah engkau bersungguh-sungguh memberi sedekah pada hari Jumaat itu dengan barang sekuasamu, dan jikalau sedikit sekalipun. Maka hendaklah engkau himpunkan pada hari itu antara solat dan puasa dan sedekah dan membaca al-Quran dan zikir dan membaca salawat atas Nabi s.a.w dan iktikaf. Dan hendaklah engkau jadikan hari Jumaat itu tertentu bagi akhiratmu. Maka mudah-mudahan jadi kaffarat bagi segala hari yang lain daripada hari Jumaat itu. Wallahu a'lam.


Sumber:

Kitab Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah) susunan Sheikh Abdus Samad Al-Falimbani, disunting dan disempurnakan oleh Sheikh Ahmad Fahmi bin Zamzam. (ms 118-132, edisi rumi). Kitab Hidayatus Salikin ini merupakan terjemahan kitab Bidayah Hidayah tulisan Imam Ghazali rahimallahu taala. 

Tuesday, March 26, 2013

Dapat hadiah lagi..

 
 
Assalammualaikum..
 
ufairah dapat adiah lagi.. kali ni dari wani dan aina pulak.. Wani cerita dengan aku 'Mocu wani beli adiah ufairah ni guna duit wani'
"mana wani dapat duit"
"wani mintak dekat ibu"
kahkahkahkahkah..
 
 
 
Ini wani kongsi beli dengan aina.. Rm10hengget..
 
 
 
Ini hadiah wani sorang sorang Rm 5 hengget..
 
 
Wani..
 
Lepas tu sibuk suh aku tangkap gamba..siap tolong susunkan lagi..
 
 
balqis
Nama manja Aqistinot..
 
makan aiskrem dengan aqiss.. tetiba aqis cakap 'paklang kenapa aiskrem ni sedap sangat'
Cite dengan wan aqis cakap macam tu.. terus wan sound macam tak pernah makan aiskrem padahal dia tiap hari pau atok beli aiskrem heheh
 
 
 
 
aik nampak macam orang lain pulak yang beria main ni heheh.. ufairah wat tak tau jer..
 
 
 
Tukang bagi adiah yang beria main heheh..
 
 
 
 
 
 

Monday, March 25, 2013

kebun kelapa atok

Assalammualaikum..
 
Minggu lepas kan balik kampung lama sikit jadi berkesempatan pergi kebun kelapa atok..
Orang kampung macam ni lah..
Bercucuk tanam..
 
Atok sama jugak dengan orang kampung yang lain berbudi pada tanah.. wah ayat tak agak agak heheheh
 
 
 
Pokok kelapa ni belum besar sangat.. Ada lah sebatang dua pokok yang ada buah.. yang lain tak ada buah lagi..
kebun atok ni tepi sungai.. Ramai orang memancing tepi sungai tu. penat berkebun mohlah kita memancing pulak huhuhu..
 
 
 
 
 
Dalam kebun kelapa atok ternak kerbau jugak..
atok ternak kerbau ni supaya kerbau kerbau ni boleh makan rumput yang tumbuh dalam kebun kelapa ni..kebetulan dekat dengan sungai jadi memang tempat yang terbaik untuk bela kerbau sebab kerbau kan suke berkubang..
sebab tu kalau kita perasan orang yang ada sawah padi misti bela kerbau jugak sebab ada tempat kerbau tu nak berkubang..dekat tali air antara sawah tu..
 
 
 
Ini bangsal atok dalam kebun kelapa tu..
Semua benda atok letak kat sini.. Termasuk lah barang barang kerja paklong ufairah pun bertapa kat sini..
teror atok dalam bangsar ada komputer..
relek jer atas CPU tu letak botol air hehehe...
 
 
 
 
kerbau ni asik pandang ufairah jer.. aku masa ni dah nyorok belakang tembok dah..takutt kerbau ni pandang pandang..
yang si ufairah siap gamit gamit kerbau tu..mulut kemainkan bising menegur kerbau..
 
 
 
sekian sahaja lawatan ke kebun kelapa atok..
 
 
 
 

lagak macam orang besar..

 
 
 
Assalammualaikum
 
Minggu lepas balik kampung.. Ufairah kalau kat kampung memang susah nak datang tido polok polok dengan aku..
banyak sangat kojenya.. sampai datang kat aku bila nak nyusu jer..
Lepas tu hilang balik main dengan sepupu sepupu..
Bila ufairah balik rumah wan memang semua sepupu akan cube balik rumah wan jugak..
iyelah ufairah sorang jer yang tecik lagi..sepupu yang lain dah besar..
 
 
 
 
 
 
Ni keje paklang ufairah.. aku sibuk tolong wan masak kat dapur.. tengok tengok anak dara ni dah bawah kehulu ke hilir jagung...
Gigi pun baru jer ada 8batang lagak macam orang besar..
Cubalah ambik jagung ni dari tangan dia.. oihh dia punya menjerit satu kampung boleh dengar..
Jadi biakan sahaja..jagung ni bawak sampai dalam buai..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, March 22, 2013

Ada apa dalam beg?

Assalammualaikum..
handbeg mak orang dengan handbeg anak dara memang banyak sangat perbezaannya ye..
 
Kalau nak tengok handbeg mak orang tengoklah kat bawah tu heheh..
mampu dalam handbeg ada 2pasang kasut anak??hhahahah
 
setepek getah ikat rambut ufairah.. selain dari beg duit handbeg aku dipenuhi dengan keperluan ufairah sahaja huhu..
 
Rase nak gelak nengok gamba ni heheh
 
 
 
Dua dua kasut tu pemberian orang.. terima kasih bebanyak.. Sangat menghargainya sehingga usung ke hulu ke hilir kedua dua kasut tu.. aku tak pilih kasih hehehe
 
Kengkadang pampers ufairah pun ada dalam handbeg aku ni.. Tu sebab tiap kali mintak tolong En Nua bawak hand beg ni pasti dia akan kata "ayang bawak apa dalam beg ni berat berat?" hahah
standard tak beg mak mak ada benda ni semua keperluan anak.. ke beg aku sorang jer yang ada benda ni sebab aku ni kan kategori malas..kang bawak beg banyak banyak aku tak tau beg mana satu aku letak barang..itu memang penyakit aku..
Jadi sumbat semua dalam handbeg sendiri..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, March 21, 2013

Tazkirah Jumaat 1 - Dosa gugur apabila suami isteri bersalam

 
 
 
Assalammualaikum..
Kita bersua sekali lagi dengan hari jumaat..
Ada sedkit cebisan coretan yang aku copy untuk santapan rohani kita..
Moga kita sama sama mendapat keredhaan allah..
 
 

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

 

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

 

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

 

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu." 

Jom tengok Tv

Assalammualaikum..
 
Dah pandai dah anak dara ni nengok tv.
Bila time iklan ada lagu lagu sikit siap goyang goyang kaki tu gaya nak joget.
 
kengkadang sambil menyangkong nengok tv hehehe.. Macam lah dah besar sangat..
 
 
 
 
Nasib lah tv tinggi sikit.. kalau tak siaplah ufairah tekan tekan.. Semalam sambil tengok tv main pintu almari bawah tu.. sekali terhantuk kat dahi.. terus nangis..
Tapi 5minit lepas tu main lagi kat situ (*____*)
 
 
 
 
Tu bantal busyukk ufairah.. nak tido misti nak bantal ni. Pastu bawak ke hulu ke hilir bantal ni.. naik kepam dah..kengkadang releks jer dia landing baring atas bantal tu kat dapur.. sekali terkene lada kang bantal tu baru ibu kene marah dengan ayah tau!!!
 
 
 
 

Wednesday, March 20, 2013

Genetik ayah ni!!

 
Assalammualikum..
 
Baru baru ni ufairah macam dah boleh sebut perkataan 'ayah' dan 'mak'. Perkataan ibu tak ada bayang pun lagi boleh sebut huwaaaaaaa *naknanges*
 
Mungkin suku kata ibu tu susah sikit nak sebut berbanding ayah dan mak...
Dah mula belajar nak cakap pulak.. nanti tiba tiba ufairah mintak nak kawin dengan aku.. Cepatnya masa berlalu kan.. tanpa kita sedar..
 
 
 
ouiihh banyak sangat mengarut aku ni heheh.. tengok sikit gamba kat atas tu..
macam baru lepas lari 3pusingan padang kan.
 
 
 
 
Berpeloh peloh.. sama macam ayah dia.. ni genetik En Nua ni hehehe.. Bila tido malam tu basah tilam ufairah sebab peloh dia kat kepala..
 
 
Semalam bawak ufairah pergi pasar malam dekat dengan rumah tu..
En nua dukung ufairah.. Takut pulak nak lepaskan dia jalan orang ramai.
 
 
 
 
Aku sibuk pilih pilih barang masuk jer kete ha ambik!!!!!!
Anak dara ni dah lencun berpeloh.
 
 
Siap mengalir ngalir peloh kat pipi padahal kene dukung tu bukan dia yang berjalan sendiri heheheh
 
 
 
 
Masuk dalam kete kene econ..nyamannyaaaaaaaa.. Cian anak dara ibu ni berpoloh poloh pergi pasar malam hheheheh.. Manja sangat!!!
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, March 19, 2013

Mari Membaca

 Assalammualaikum..
 
Sebelum ni ada cerita ufairah demam kan..Alhamdulillah ufairah demam sehari semalam jer.. Demam hari jumaat hari sabtu dah sihat..
Lepas tu tengok selera makan dia makan ok sikit.. Nak lah nganga bila kita suap tu.. syukur..
ufairah dah ada 7 batang gigi 3 atas 4kat bawah..
 
 
 
 
Lepas baik dari demam ni kemainkan rajin lagi kemas rumah ibu.. tak payah ibu nak susun rak pinggan kat dapur ufairah sedia membantu.. sama jugak lah dengan rak buku.. memang kedua dua tempat ni jadi peberet ufairah.
 
 
 
Antara buku peberet ufairah adalah gamba binanatang ni.. Kang En Nua bacakan dia buku binatang ni sambil buat bunyi sekali..
 
 
 
ufairah paling suke bila En Nua buat bunyi burung.. Rumah yang aku duduk sekarang ni kan tinggi tingkat 13 bila bukak tingkap tu kengkadang ada pulak burung meena duk hinggap kat tepi tingkap..buat bising.. ufairah bila dengar ada bunyi burung tu kemainkan cepat panjat katil nak tengok.
 
 
Belum berkesempatan lagi bawak ufairah pergi zoo. Ada jugak niat nak bawak dia pergi zoo.
Dulu pergi Zoo Negara ufairah tak tau apa apa lagi.. jalan pun tak tau..tapi skang dah tau jalan ni nak jugak rasenya bawak dia ke zoo tu.. Tengoklah bila senang nanti.. bukan apa ibu ufairah sekarang ni tak cukup stamina berjalan dalam zoo tu heheh..
 
 
 
 
Marilah membaca.. membaca jambatan ilmu..
Kejap kang buku ni dah ada kat dapur kejap kang buku ni dah ditinggalkan dalam bilik.. ikut suke ufairah lah nak tinggalkan kat mana buku ni.. Nasib kulit buku ni jenis keras.. kalau jenis kulit buku biasa tu mau macam bungkus belacan buku ni jadinya heheh.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, March 17, 2013

Sessi Jumpa doktor..

 Assalammualaikum..
 
Hari Jumaat lepas ufairah demam.. Nasib lah demam hari jumaat hari sabtu aku dah cuti..
Mak imah call aku hari jumaat tu kata ufairah demam panas sangat..
Pergi jumpa dokto ha ambik sampai 38C
panasnya..
 
Semalaman aku dengan En nua tak tido ufairah merengek.. hari sabtu dah ok sikit.. dan semalam hari ahad syukur alhamdulillah ufairah sihat.. syukur demam hanya sehari semalam jer..
kuatlah wahai anakku..
 
 
 
ini semua gamba hari khamis.. sehari sebelum ufairah demam.
 
 
Masa ni aktif lagi...
 
Tak tau nak duduk diam kannn..
 
Nurse kat klinik tu jaga ufairah.. aku sibuk borak borak dengan doktor kahkahkahkah
 
 
 
Dari mengandung aku chek up dengan doktor ni sampai lah ufairah dah besar ni masih setia chek up dengan dia.. kiranya dari ufairah dalam pewot aku  scan dengan dokto ni tengok perkembangan ufairah sampai ufairah dah betol betol ada depan aku ni.. syukur..
 
 
 
 
 
 

Wednesday, March 13, 2013

Azab Wanita Di dalam Neraka

Assalammualaikum..

 
Selamat pagi.. Hari ni khamis esok dah jumaat cepatnya masa berlalukan.. rase tak terkejar.. Moga kita tidak tergolong dari mereka yang lalai amin..
Sedikit santapan rohani kita di pagi hari..
Untuk peringatan pada diri sendiri dan yang sudi membacanya.
 
 

Wahai Wanita, Nabi Menangis Melihat Azabmu Di Neraka



Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis.

Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?”

Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.”
Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?”

Beliau bersabda:

» Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
» Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

» Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

» Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

» Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

» Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.

» Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

» Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

» Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.”

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Wahai Fatimah, adapun tentang :
» Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

» Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”

» Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

» Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.

» Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

» Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

» Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

» Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.

» Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.

Diantara sifat buruk mereka:
» Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

» Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah… maka kita kena khuatir.

Takut kita tergolong dlm mereka yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Cara solat sambil mendukung bayi.

 
Assalammualaikum..
 
Ternampak En Nua tag gamba ni kat fb dia.. terus komen "balik kang bolehlah praktis" tau apa En Nua balas kat komen tu..Dia cume tekan butang 'like' tu jer.. langsung dia tak balas pun komen tu..
aku ni je lah syok sendiri komen kat fb dia..
Kalau aku tag gamba ufairah kat fb dia pun..  Orang lain sibuk duk komen termasuk lah kengkawan dia komen..dia satu pun tak komen.. Laki ai tak pandai nak romantika dalam fb ni..
 
 
ehsan dari google
 
 
Tengok budak dalam gamba tu.. macam baya baya ufairah kot.. agaknya budak besar ni memang suke duk ngacau kalau kita nak solat.. Aku nengok ufairah tu kalau En Nua siap siap nak solat dia pun siap siap duk depan sejadah belek tangan dia. tak paham aku.. pastu pegang kaki En nua gaya tak nak lepas.
pelik betol aku.. tang aku solat dia tak teruja macam tu pulak..agaknya dia tau mak dia ni tak berapa nak kuat iman bila dia buat macam tu.. mau tak kusyuk mak dia ni heheh.
 
Bolehlah sesiapa yang nak praktis solat sambil dukunganak..
 
sekian sahaja
 
perkongsian kita untuk kali ini.
 
 
 
 

Ufairah vs Uwais

 
 
 
Assalammualaikum..
 
 
(*_______*) senyum kemainkan lebar buat entri ni. hahah mood menggedik sudah tiba.. Dulu kan masa mengandungkan ufairah aku mabuk sampai masuk sepital.. makan jer muntah.. Masa tu menangis jer keje aku..lembikkan aku hahah..
So tanggungjawab memilih nama sebulatnya di serahkan kepada En Nua.. Aku ikut jer.. sebab nak bawak diri pun aku tak larat inikan pulak nak mencari nama.. Apa nama yang En Nua pekenan itulah nama pilihan aku jugak..
 
Hari tu kan En Nua dah hint aku tentang pati ikan haruan dia cakap kat anak dara dia insyaallah ibu makan pati ikan haruan tu tahun depan..
Aku paham sangat dah kiasan tu heheheh..
 
Tetiba aku menggedik jika di izinkan allah ufairah jadi kakak tahun depan aku lah pulak nak carikan nama adik ufairah.. menggedik kan..menggedik kannn.. hahah
Di sebabkan aku ni jenis mengandung jer mabuk jadi marilah kita menggedik mencari nama adik ufairah masa tak mengandung ni wakakakakaka..
Uwais.. pekenan lah nama ni heheh.. Sama huruf depan dengan ufairah.. tu kalau adik ufairah lelakilah..kalau pompuan nanti aku pikirkan heheh..
Ouihh mengada sangat ni hehehe..
 
Uwais Al-Qarni
Mari kita baca kisahnya.. Membuatkan aku bertambah pekenan dengan nama ini.
 
*****************************************
 
Uwais al-Qarni adalah di kalangan tabi’in (hidup selepas kewafatan
Rasulullah SAW, dan bertemu dengan para sahabat). Sejak dilahirkan
beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunyalah
yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa.

Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalam
wasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada Saidina Umar al-Khattab dan
Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda SAW berpesan:

“Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat
makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman
dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah
dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu
berdua.”

Lalu Saidina Umar dan Saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya
minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab: “Kamu
minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT)
ampunkan dosa-dosa kalian”.

Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu
kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu
dengan Uwais al-Qarni.

Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiada
ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang
yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak
ketahui..

Kisah Uwais al-Qarni

Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya
mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat
yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang
diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya
mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari
perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk
pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang
diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan,
selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan
yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata: “Anakku mungkin ibu dah tak
lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat
mengerjakan haji”.

Uwais mendapat satu ilham... Dia membeli seekor anak lembu yang baru
lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok)
di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk
lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu itu untuk
naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu lagi turun
dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari.
Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia
beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang ramai mengatakan dia
gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian
setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi
sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20 kilogram, selepas
enam bulan lembu itu sudah menjadi 100 kilogram. Otot-otot tangan dan
badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu
seberat 100 kilogram turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji,
rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa
ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai
ke Mekkah dengan kedua tangannya.

Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti
dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan
dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50 kilogram.

Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya
dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah
dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua
tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu berdoa
sepanjang kamu berada di Mekah?”.

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah (SWT) mengampunkan
semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga,
cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi: “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah (SWT)
hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.

Uwais kata" “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yang
jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah (SWT), seperti saya
tidak bersyukur dengan Allah (SWT) Ta’ala”.

Ibunya menambah: “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah
ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan
berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah (SWT)
sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi
kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:

“Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan
yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.

Maka, Allah (SWT) memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak
di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian
lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada
Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais
al-Qarni.

Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan
darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling
makbul.

Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwais
mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais pun
mendoakan mereka berdua.

Doa paling utama

Ibrah dari kisah Uwais al-Qarni dan pertemuannya bersama Saidina Umar
al-Khattab dan Saidina Ali menggambarkan kepada kita tentang
kepentingan doa untuk kita meminta dosa kita diampunkan.

Jika dilihat secara logik, Aisyah dan Umar serta Ali merupakan orang
yang sudah dijamin akan masuk syurga, tapi mengapa Baginda SAW
menyuruh mereka berdoa untuk diampunkan dosa.

Justeru nak menunjukkan kepada kita tentang pentingnya doa ini. Selalu
kita meminta hal-hal dunia, tetapi jarang kita menitikberatkan doa
supaya dosa kita diampunkan. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan
yang doa amat mudah dimakbulkan, Rasulullah SAW selalu berkata kepada
isteri-isteri Baginda SAW dan para sahabat:

فيعجبا لمن أدرك رمضان فلا يغفر الله
“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya
kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan dosa-dosanya tidak
diampunkan”

Aisyah RA teringin sangat bertemu malam al-Qadr,lalu dia bertanya
kepada Nabi SAW: "Bilakah berlaku malam Qadar?”

Nabi SAW bertanya kepada Aisyah RA semula: “Apa yang kamu nak buat
bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”.

Aisyah RA menjawab: “Saya tak tahu”

Kemudian Aisyah bertanya lagi: “Apakah yang patut saya buat bila
bertemu dengan malam Qadar itu?”.

Nabi SAW berkata kepada Aisyah: “Malam itu malam yang amat baik untuk
beramal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah (SWT) doanya”.

Aisyah bertanya lagi: “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa
pada malam itu?”

Nabi SAW menjawab: “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam
itu ialah malam Qadar berdoalah

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
(Allahumma innaka ‘afuwwun karimun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni)
“Ya Allah (SWT), Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Engkau sangat
suka mengampun maka ampunkanlah dosa-dosa ku”


Oleh itu, doa yang paling utama dan dikesempatan Ramadhan ini,
mohonlah keampunan sebanyaknya kepada Allah SWT dengan doa yang telah
Nabi SAW ajarkan kepada Saidatina Aisyah RA.

Semoga amalan kita diterima dan tidak tergolong dalam golongan yang
Nabi SAW katakan tentang kehairanannya apabila sudah masuk Ramadhan
dosa-dosa golongan ini tidak diampunkan.

تقبل الله منا ومنكم.. آمين يا رب العالمين
Wallahu a’lam.

Kisah selanjutnya

Uwais hanyalah seorang pengembala kambing biasa. Sekali pandang, tiada
apa yang istimewa tentang pemuda ini. Namun, dia mencatat sejarah
hebat di kalangan manusia. Malah, baktinya yang tersembunyi mengangkat
dirinya ke martabat yang amat tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri
mengiktiraf bahawa memang benar Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit,
bukan manusia di bumi!

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Uwais Al-Qarni tinggal di negeri
Yaman. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Dia cuma tinggal
bersama seorang ibu yang sudah tua dan lumpuh.

Malahan, ibu tua itu telah buta dan hanya bergantung harap pada Uwais
untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak
meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Walaupun miskin, Uwais
kaya dengan budi bahasa dan amanah.

Justeru, dia menjadi kepercayaan orang untuk menjaga ternakan mereka
pada waktu siang. Upah yang diterima hanya cukup untuk menampung makan
pakai mereka sehari-hari. Jika ada terlebih, Uwais akan membantu
tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dirinya.

Selain itu, Uwais terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada
ibunya dan juga taat beribadah. Dia seringkali berpuasa dan malam hari
masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada
Allah. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh
dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara
lain.

Sebenarnya, Uwais ada menyimpan satu keinginan. Dia ingin sekali
berjumpa sendiri dengan Rasulullah SAW. Malah, hatinya merasa sedih
setiap kali mendengar cerita jirannya yang dapat bertemu dengan
Rasulullah SAW. Apakan daya, dia tidak boleh meninggalkan ibunya yang
uzur dan Uwais redha dengan keadaan itu. Kecintaannya kepada
Rasulullah juga bukan calang-calang.

Ketika mendengar Rasulullah SAW tercedera dan gigi Baginda patah di
dalam perang Uhud, Uwais lantas mengetuk giginya dengan batu sehingga
patah. Ini sebagai ungkapan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW
sekalipun dia tidak pernah bertemu dengan Baginda. Kerinduan dan
kecintaan kepada Nabi SAW menyebabkan dia bertanya sendiri, bilakah
dia akan bersua muka dengan kekasih Allah yang agung itu.

Tetapi seketika kemudian, Uwais kembali sedar bukankah tanggungjawab
utamanya adalah berbakti kepada ibunya yang sudah uzur. Mana mungkin
dia tegar meninggalkan wanita itu keseorangan. Lagipun, ibu itu amat
dikasihi dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh saban hari.

Sekian waktu berlalu, kerinduan kepada Nabi SAW yang selama ini
dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang
mendekati ibunya, memberitahu keinginannya dan memohon izin serta
restu agar dapat pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah.

Ibunya merasa terharu mendengar permintaan Uwais dan berkata,
“Pergilah wahai Uwais, Temuilah Nabi di rumahnya. Kelak, selesai
berjumpa dengan Baginda, segeralah engkau pulang ke pangkuanku.”

Izin itu diterima Uwais dengan gembira. Segera dia berkemas untuk
berangkat. Dia menyiapkan segala keperluan ibunya dan berpesan kepada
jiran agar menemani ibunya selama dia pergi. Sesudah bersalaman dan
mencium ibunya, Uwais pun berangkat ke Madinah.

Setelah melalui perjalanan yang jauh, akhirnya Uwais sampai di kota
Madinah. Dia terus menuju ke rumah Rasulullah SAW dan mengetuknya.
Salamnya dijawab seorang wanita. Itulah Siti Aisyah r.a. Dikhabarkan
Rasulullah tidak ada di rumah kerana sedang berada di medan
pertempuran. Kecewalah Uwais. Dari jauh dia datang namun Nabi tidak
dapat ditemuinya.

Kerana teringatkan ibunya yang sudah tua, hati Uwais serba salah.
Perlukah dia menunggu Rasulullah? Di telinganya terngiang-ngiang
kata-kata ibunya yang menyuruh dia lekas pulang. Apa khabar ibunya
kini? Akhirnya kerana ketaatan kepada ibunya, Uwais berangkat pulang
dengan segera.

Kepada Aisyah, dititipkan pesanan dan salam untuk Rasulullah. Tidak
lama kemudian, Rasululullah SAW pulang dari medan peperangan.
Kedatangan Uwais disampaikan oleh Aisyah.

“Itulah Uwais Al-Qarni, anak yang taat pada ibunya. Dialah penghuni
langit,” ujar Baginda SAW. Siti Aisyah dan sahabat tertegun. Nabi
berkata lagi: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah
dia mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi SAW memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya
berkata: “Suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa
dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Waktu terus berganti, dan Nabi SAW kemudian wafat. Kekhalifahan Abu
Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika,
khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW mengenai Uwais Al-Qarni,
penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itu
kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra.

Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah
Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan mengenai Uwais Al Qarni, si fakir
yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambing
dan unta setiap hari. Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali
r.a, selalu menanyakan dia?

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa
barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama
mereka. Rombongan kafilah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada
rombongan kafilah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar ra
dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni
turut bersama mereka.

Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni ada bersama
mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota.
Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi
menjumpai Uwais Al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada,
Khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tetapi ketika itu Uwais
sedang solat.

Usai solat, Uwais menjawab salam Khalifah Umar ra dan Ali ra sambil
mendekati kedua sahabat Nabi SAW ini dan menghulurkan tangannya untuk
bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar ra dengan segera
membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang
berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh
Nabi SAW.

Memang benar! Kelihatan tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.
Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAW
bahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra
menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais,
mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah.
Tapi siapakah namamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata: “Nama
saya Wajah Uwais Al-Qarni”.

Dalam perbualan mereka, dinyatakan ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal
dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah
dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais
membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia
berkata kepada Khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa pada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang ke sini
untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Kerana desakan kedua sahabat
ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan
istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan
wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya.

Segera sahaja Uwais marah dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini
saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba
yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya,
pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang
berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat
pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang
menunggu untuk mengkafannya.

Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana
ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai.
Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, orang berebut-rebut
mengangkat jenazah dan mengiringinya.

Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman.
Banyak terjadi peristiwa yang menghairankan. Ramai orang yang tidak
dikenali datang untuk menguruskan jenazahnya sehingga ke liang lahad
sedangkan selama ini Uwais hanyalah seorang fakir yang tidak
dihiraukan orang.

Bermula saat dia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan
ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap
melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais
Al-Qarni?

Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak
memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai
penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau
menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing
yang tidak pernah kami kenal.

Mereka datang dalam jumlah yang begitu ramai. Mungkin mereka adalah
para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah
dan pemakamanmu.”

Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan peristiwa-peristiwa ajaib yang
berlaku ketika hari beliau wafat telah tersebar ke serata tanah Yaman.
Baru hari itu mereka sedar siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni.

Di hari wafatnya, mereka mengakui bahawa memang benar sebagaimana yang
telah disabdakan oleh Nabi SAW, sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalah
penghuni langit.
____________________________________________