JellyPages.com

Wednesday, February 13, 2013

Sedih Betol rase Hati

  
Assalammualaikum..
Pepagi lagi nak cerita sedih sedih huhuhu..mana lagi nak meluahkan perasaan..kemana lagi aku nak mengadu nasib huwaaaaaaaa..
 
Tapi aku terpaksa juga lalui dugaan ini..moga allah berikan yang terbaik untuk aku dan ufairah..
 
iyer... stok susu ufairah semakin sedikit..semua vitamin semua suplimen telah aku makan..
tapi hasil tetap mendukacitakan...
 
 
 
 
 
 
Stok terkini susu ufairah..
Ufairah sibuk jugak nak chek stok susu dia..ufairah dah semakin slim kan..tak mau makan..nak main jer..jalan satu rumah tak henti..taulah baru dapat kaki..ibu tak marah ufairah nak jalan ukur umah ibu tapi tolong lah makan ufairah..
sampaikan aku cakap dengan En Nua kalau sesiapa yang nak menguji kesabaran bagi lah ufairah makan..memang teruji kesabaran..
 
 
rasa nak pegang ufairah bukak mulut dia besar besar suapkan bubur satu mangkuk dalam mulut tu!!! 
susah betol nak bagi makan sekarang ni.
 
 
 
 
 
Entah lah sampai bila dapat bertahan stok susu tu..padahal ibu semakin kerap mengepam dekat opis
 
9 pagi
11 pagi
1 tengahri
3petang
5petang
 
lima kali ibu mengepam dekat opis..untuk menampung stok susu ufairah..ibu tak tau iktiar apa lagi yang ibu perlu buat untuk membanyakkan stok susu ufairah..
Bermula seminggu selepas ibu bersalin ibu sikit sikit kumpul stok untuk ufairah dan akhirnya ibu mula bekerja peti ais rumah ibu tak muat nak tampung stok susu ufairah banyak sangat.
tapi sekarang..
 
ufairah...
andai berterusan macam ni..ibu tak ada jalan lain..ibu terpaksa bagi ufairah FM.
Ibu tak sanggup pulak tinggalkan ufairah dekat rumah mak imah dengan bekalan susu yang tak cukup nanti ufairah lapa..dahlah sekarang ni ufairah tak mau makan..
kalau hari hari cuti ufairah memang melekap dengan ibu..
bila ufairah isap ada susu tapi bila ibu mengepam susu tu macam malu malu jer nak keluar..
 
ufairah..
Ibu dah pikir masak masak..
ibu tak ada pilihan lain sayang..ibu terpaksa campur susu ufairah dengan FM..tapi  ibu janji susu Fm tu hanya akan diberikan pada ufairah dekat rumah mak imah sahaja itu pun kalau ufairah tak cukup dengan bekalan susu yang ibu bekalkan.
ibu akan terus mengepam..biar sampai ke titisan terakhir..
bila ufairah dekat rumah dengan ibu..ibu tak akan beri ufairah Fm..
ufairah tetap akan menyusu dengan ibu sambil ibu usap usap kepala ufairah..dan sekarang setiap kali ufairah menyusu dengan ibu, ibu suke cubit cubit pipi anak dara ibu ni..kadang kadang ufairah marah..lagi ufairah marah lagi ibu buat..
 
ufairah..
ibu mintak maaf ye..memang sejak mengandungkan ufairah ibu dah tanam niat untuk susukan ufairah selama 2tahun tu tanpa bantuan susu Fm..ufairah tau kan syurga bagi ibu yang menyusukan anak..syurga allah itu indah ufairah..jadi memerlukan keazaman yang tinggi..
ibu terkandas di usia ufairah satu tahun..maafkan ibu sayang..
 
ufairah..
ibu dah cube sehabis baik..ibu harap dengan susu ibu ni ada keberkatan untuk ufairah..moga ufairah menjadi anak yang solehah itu doa ibu siang malam..moga dengan susu ibu ini menjadikan hubungan kita berdua baik sampai bila bila..ufairah menjadi anak yang dengar cakap.
ibu harap ufairah faham keadaan ibu sekarang ni..ibu tak berdaya lagi..ibu perlu campurkan ufairah dengan Fm..
 
 
ufairah..
Mungkin ini takdir kita berdua..sudah tertulis ibu terpaksa campur susu fm untuk ufairah dikala ini..ibu akan cari susu yang terbaik untuk ufairah..ibu tau tiada susu yang terbaik selain dari susu ibu..ibu harap susu ibu yang selama ini ufairah minum boleh menjadi tunggak antibodi dalam badan ufairah. ibu sayang ufairah dunia akhirat..maafkan ibu sayanggg..
 
 
 
 
 
 

4 comments:

  1. fiza.. knape tak cari ibu susuan? kan lebih elok.. kalau keberatan..try bagi fresh milk (if ufairah da setahun).. last baru FM.. fiza.. fresh milk tak semahal FM macam susu2 yang mahal.. anmum isomil.. ape ntah lagi.. try fiza darab.. sekotak besar dalam RM5.50.. 2 kotak boleh pakai 3 hari.. sebulan 20 hari duduk rumah mak imah.. dalam RM110 je kan.. kalau beli susu mahal dekat 200lebih kot..

    ReplyDelete
  2. boleh ke bagi minum fresh milk fifi?? tak tau pulak yang itu..sedih lagi ni..tapi fiza tetap mengepam kat opis..tak mau ufairah putus susu ibu..nak cari ibu susuan macam susah sikit..mana fiza kenal orang orang kat sini huhuhuhuhu..

    ReplyDelete
  3. fiza duduk mane? cari la dekat HM4HB (human milk for human baby.. ade kat fb.. malaysia punye HM4HB.. fifi jmpe anak susuan pon kat fb je.. tp rumah kami tak de la j uh sgt.. kajang dan balakong..

    boleh.. setahun ke atas better bagi susu fresh then fm.. try cari kat google..

    ReplyDelete
  4. susu fresh yang macam mana?? ke susu fresh milk dalam kotak tu..
    bestnya fifi ada anak susuan..

    ReplyDelete