Assalammualaikum..
sambung cerita tioman part 3 pulak..aduhai bila nak abis ni cerita tioman ..Habiskan lah cepat cerita tioman ni sebelum lupa kenangan di sana kan heheh
Ini permandangan dari depan hotel.. Hotel terus ngadap pantai.. Patutlah Pulau tioman antara 10pulau tercantik di dunia..
Pokok kelapa tu melintuk liuk bila angin bertiup..angin pulak tak ada lah kuat mana bertiup sesedap raselah heheh..
Kan bercuti kali ni ada kejadian yang kami alami.. sepatutnya balik hari isnin tapi tak boleh nak keluar dari pulau tu hari isnin kerana laut bergelora.. terkandas lah kita orang..
bila tanya orang hotel tu bila kitaorang boleh keluar orang hotel tu pun tak pasti sama ada esoknya (selasa) boleh keluar atau tidak..bergantung pada keadaan cuaca.. Dibuatnya seminggu laut bergelora..macam mana??
masing masing muke dah cuak tapi bila depan wan kemain hebat lagi berlakon cool hehehe..
Masa sibuk nak tau kedudukan kitaorang sama ada bila boleh keluar dari pulau tu..Ufairah asiklah berjalan jer kan ruang legar hotel tu..sekali aku tengok ufairah dah di pegang pelancong ni..En Nua tanya pelancong ni dari negara China..tapi macam muslim pulak siap pakai tudung lagi..
chek out bilik yang mula mula tu..chek in pulak bilik ni.. Dulu ambik 4bilik skang ambik 3bilik pulak.. jimat sikit..
Aku kongsi bilik ngan wan dan atok..Ambik bilik yang boleh tembus bilik lagi satu tu..sebelah bilik tu bilik paklong ufairah.. Ufairah asiklah ulang alik masuk bilik tu sampai balqis cakap kat aku
"mocu tengok upaiyah ni mengada ngada msuk bilik adik"
kahkahkahkah
Rupanya ufairah dah pandai ngacau balqis main ipad.. patutlah balqis kata mengada ngada heheh
Ruang tamu.
Ada Tab mandi..tapi bila pool depan bilik tab mandi ni tak di pandang kat bebudak ni huhuhuhu..
Walaupun susah hati terkandas kat pulau tioaman tu tapi mandi tetap mandi..asiklah keje diorang ni masuk kolam berendam..tak kurang kalahnya anak dara ni jugak..
Dah besar anak ibu..cepatnya masa berlalu..
Ufairah main kejar kejar dengan En Nua dalam air..boleh???
Pelampong tu balqis yang punya..ufairah pinjam..sayang kan ufairah punya pasal direlakan sahaja ufairah pinjam pelampong tu..tapi kadang kadang kene jugak ufairah mengada ngada dengan balqis (*___*)
ni bekpes hari kedua.
Pastu hari ketiga tak bekpes hotel dah..bekpes kat lua.. jimat sikit di dalam masa darurat ni hehehe...satu kepala tak silap aku untuk bekpes RM45 kanak kanak free..makanan banyak jugak lah pilihan
menggunung..aku tengok omputih kat sini makan sikit sikit jer..datang aku..hambek menggunung..ayat malas nak bagun bagun ambik makanan..duk abiskan makanan ni diam diam..
tapi mulut sibuk mengarahkan amalia ambik itu ini kahkahkahkah nasiblah kakak mocu ko kuat makan heheheh..
licin..
Adam main bola dengan En Nua
Dah tak leh nak balik jadi moh kita lepak lepak kat pantai..wan duk sibuk cakap kat aku.. laut ni macam tennag jer..kenapa diaorang tak bagi balik pulak.. Mungkin kat persisiran pantai ni tenang wan kat tengah laut bergelora heheheh
posing sebelah wan..Wan tak tau pun ambik gamba dia ..ufairah dah melekap kat wan..bagus ufairah.. senang ibu ngan ayah nak memori daun pisang tepi pantai ni
Ufairah penggeli dengan pasir..jangan lah jejak kan kaki dia kat pasir ni..terus nangis..puas aku suh dia jalan kat pasir ni..nak suh dia main pasir lagi lah jangan harap..
pegang leher baju En Nua tak nak lepas heheheh..Punya lah dia geli dengan pasir..Tak apa nanti ufairah besar sikit ibu bawak main pasir macam ni yer..
Percubaan En Nua pulak...juga tida berjaya..ufairah masih lagi tidak mahu memijak pasir di pantai tu huhuhu..
Akhirnya...duduk lah ufairah memerap dengan wan. Ibu ngan ayah nak bekejaran di persisiran pantai hehehehe..
takut jugakkan.. fiza duduk hotel mane? review la sikit.. kot la nanti fifi nak bawak ufairah..
ReplyDeletehahah..hotel ni best..tapi pastikan pergi lepas monsun. berjaya tioman resort..
ReplyDelete