JellyPages.com

Monday, February 18, 2013

8 RABIUL AKHIR 1434

Assalammualaikum..
 
Ufairah hari ini genaplah usiamu 1tahun.
sudah 1 tahun jugak kamu membahagiakan ibu dan ayah.
Tiada anugerah yang terindah selain kehadiranmu dalam hidup ibu dan ayah..Hilang segala susah perit mengandungkan kamu selama 9 bulan sebelum ini. Ibu sangat
Terima kasih kerana memilih ibu dan ayah untuk menjadi ibu bapamu..Terima kasih Ya allah.
 
Pertama kali ibu tahu ada nyawa dalam rahim ibu .. Ayah lah yang paling bahagia. ibu seperti terpinga pinga tidak percaya bahawa ibu berbadan dua. Kerana ibu dan ayah baru sahaja melangkah ke alam rumah tangga. kehadiranmu menyemarakan lagi kasih sayang ibu dan ayah.. Kamulah sinar bahagia itu.
 
 
Selama ibu mengandungkan mu ibu sangat manja dan manja. tapi sebenarnya boleh dikatakan tidak kuat. hehehe.. Asiklah menangis sahaja. Rupanya pelangi akan hadir apabila selepas hujan.. ibu di anugerahkan anak yang solehah seperti kamu..
 
 
Selama setahun ni setiap hari yang ibu lalui hari hari yang mendatang dengan penuh kegembiraan..
Saat saat kamu di lahirkan disini dan di sini adalah pengalaman yang berharga untuk ibu.
Hari demi hari kamu semakin membesar dan sekarang usiamu telah pun 1tahun. Ibu rasakan ibu sudah punya kawan baik. Ibu sudah ada kawan bicara  ibu sudah ada kawan bergosip ibu sudah ada segalanya. kamu adalah anugaerah yang terindah dari yang maha Esa.
syukur ya allah.
 
Sejak lahir kamu adalah seorang anak yang tidak banyak kerenah..hari pertama kamu di lahirkan kamu sudah pandai untuk menyusu dengan ibu walaupun pada hari pertama tersebut tiada titisan susu yang dapat ibu berikan. Kamu tidak menangis.. kamu hanya mahu melekap dengan ibu. Dari usaha kamu yang berterusan terus menyusu dengan ibu,terus merangsang ibu lalu dengan izin allah ,susu keluar sehingga boleh mengenyangkanmu.
Apabila malam pula. Kamu akan bangun untuk menyusu sahaja. Ibu tidak pernah bangun malam semata mata untuk menjaga kamu tidak mahu tido. Kamu sangat menyenangkan ibu.
 
kamu pernah juga demam. tumbuh gigi pertama kamu demam..nak merangkak pun kamu demam. Perkara biasa untuk bayi bayi lain jugak. Tapi dengan keberkatan susu ibu demam kamu tidak berlarutan, kamu tidak pernah demam lama..Hati ibu pun tak susah.
 
Setiap hari ibu teruja untuk mengetahui perkembangan kamu..meniarap, merangkak , makan dan sekarang berjalan..ibu lalui saat saat manis ni dengan senang hati. sekarang ibu sudah ada teman di dapur.. Ibu sudah ada teman mengemas.. ibu bahagia..tak terucap oleh kata kata..
 
terima kasih ufairah..
 
 
Ibu doakan ufairah akan menajdi anak yang solehah harta ibu dan ayah di akhirat sana. ibu sayang ufairah.. Doa ibu akan sentiasa bersama ufairah sampai bila bila. jadi lah anak yang baik seperti mana doa ibu siang malam untuk ufairah. semoga redha allah mengiringi kamu wahai anaku.
 
 
Sanah Helwah Nur Iffah Ufairah Bt Mohd Anwar
 
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. ha...ufairah dah boleh dapat adik lah kirenye ni kan...
    hihihihihi...:)

    ReplyDelete
  2. siti hafsah~ aminnn..moga murah rezeki (takut membayangkan saat saat mabuk tu huhuhuhu)
    fifi~tengkiu auntie fifi..

    ReplyDelete