Assalammualaikum..
okehh kita sambung cite tioman part 2 plak.. chek in jer hotel terus bukak bekalan nasik wan..masing masing sangatlah lapa.Nasib wan ada bawak bekal nasik rendang daging dengan ayam goreng.. sedappppp!!!! hehe
Itu resort yang kami sewa. Dalam satu rumah tu ada 4 pintu..2dekat bawah 2 dekat atas..kami sewa ke empat empat pintu tu jadi macam sewa satu rumah lah..bilik aku kat bawah.. Bilik wan ngan atok kat atas..
Bilik wan ngan atok kene kat atas sebab koridor kat atas tu luas sikit jadi boleh lah duduk bersila sambil makan bekalan wan (*_________*)
Depan bilik wan jugak lah aku gantung buai ufairah..kalau kat bawah tak ada bendul yang boleh gantung buai ufairah..maka dengan rasminya wan yang akan jaga ufairah selama bercuti tu..ufairah akan datang kat aku masa menyusu sahaja..hheheh..ibu dengan ayah boleh feeling2 bulan madu kahkahkahkah...
En nua suh tangkap gamba dia sambil berjalan macam kat atas tu..aku pun tak nak kalah..tangkap gamba pandang depan..sekali silap posing lah..kenapala posing ketepi macam tu..nampak pewot yang muncit tu huwaaaaaaaaaaaaaaa..
sesi pembahagian bilik..
akhirnya aku ngan En Nua pilih bilik yang bawah belah kanan tu..tapi melepak bilik wan..dah semua melepak bilik wann..bilik masing masing tempat tuka baju ngan tido jer..bilik wan tempat makan makan dan buat sepah untuk cucu cucunya heheh..
Itu kakak amalia..dia yang dapat 4A upsr hari tu..sekolah rendah cina.. Sekali masuk sekolah menengah ibu dia masukan dia sekolah berasrama agama..skang dah pakai tudung litup..santekkk wa cakap sama lu..puiiiii..
tembamnya muka ibu ufairah..dah macam pau terlebih kukus dah.. ibu ngan ayah sibuk tersenyum tangkap gamba anak dara ni asik lah terlopong lopong tengok sana sini..
Pintu masuk bilik.ada dua kusi kat depan tu untuk melepak sambil pandang laut..tapi macam tak guna jer baik lah melepak kat pantai betol baru puas hati heheh
ayah dan ibu ufairah yang kembang semangkuk (*_____*)
Katil.. bila nampak ada dua katil macam ni..amalia apa lagi terus nak tido dengan kitaorang...tak leh langsung nak berdua dua ada jer spy yang nak nyebok tau!!!!hhuhuhuhu.
Ufairah kan tido lasak..jadi aku ngan En Nua angkat tilam tu ke bawah..bialah tido kat bawah kalau ufairah jatuh pun tak ada lah sakit sangat..bangun jer tido terus nak tekan punat punat kat meja tu..punat meja tu adalah suis suis lampu tv dan kipas dalam bilik ni.macam kalau kita dah terbongkang tido malas nak bagun on suis tv boleh lah on kan dari sini jer..Boleh di aplikasi kan kat umah masing masing yang jenis malas macam aku ni..
Hari pertama bekpes kat dalam hotel jer..
makan lah sampai kenyang sebab lepas ni ada aktiviti yang sedang menunggu..
aku punya..wan cakap kat aku..kenyang ke makan ni jer..terus aku jawab ni round pertama wan..round kedua baru ambik makanan melayu..macam mana lah muka tak kembang semangkuk makan pun beround round huwaaaaa.
peraaa makan telor setengah masak satu bijik abis licin..pastu semua orang tak mau dukung dia sebab bau telor hahahah.ada jugak bubur ayam kat sini..tapi bila suapkan dekat ufairah dia macam tak mau..nak makan makanan orang besar jer.
pencuci mulut..buah buahnya manis manis..sejuk pulak tu..bila masuk dalam mulut nyaman jer rase..tak agak agak ayat hehehe..
Lepas makan teruskan aktiviti yang dirancang..Kan dalam pulau ni ada 8kampung..ada kampung jalan perhubungan mereka dengan menaiki bot laju dan ada jugak kampung yang boleh kite pergi dengan menaiki kereta. sewa kereta ni untuk pergi ke kampung Juara.
sewa kereta ni satu hari..ehh bukan lah satu hari dari pukul 11pagi sampai pukul 5petang RM200
sekali pakej snockling..sediakan 5pasang serba lengkap alatan snockling.Orang kat pulau ni memang pakai kereta berkuasa tinggi macam ni..sebab jalan jalan kat sini nakn berbukit bukau..yang pompuan duduk dalam kete yang lelaki naik belakang kete..
sewa moto ni jugak.. Sehari sewa moto ni Rm50. minyak diaorang isikan. Bawak lah moto dalam pulau ni..orang putih yang melancong kat sini aku tengok selamber jer jalan kaki yang kita ni sibuk nak sewa moto kete..pemalas betol nampaknya kita heheh.
Ini salah satu jalan nak ke Kampung Juara tu.. bukit curam nak mampos!!!aku dalam kete dah pelok pelok ufairah..mulut asik mengucap jer..serius takut woooo...dengar pulak sound effect dari wan..Wan kan drama king..asik lah pikir yang bukan bukan..huwaaaaa
syukur alhamdulillah selamat sampai setelah bermacam macam surah aku baca untuk menambahkan keberanian hehehe..inilah kampung juara tu..
En Nua dengan anak dara dia..
ufairah dari mula sampai memang suke tengok laut..dengan angin yang tiup sepoi sepoi bahasa..laut kat sini sangat lah santekkkkkk..kat kampung juara ni ombaknya kuat sikit..tak sesuai untuk mandi manda tapi sesuai lah untuk yang luncur atas air tu..apa entah namanya ari tu En Nua cakap kat aku..lupa lah..
Ni mata dah ngantok ufairah..maklumlah kalau bercuti ni lari semua jadual tido ufairah..selagi ada orang dukung dan melayan dia ..dia okehh je tak menangis walaupun tak cukup tido..kengkadang tertido sambil di dukung..bercuti memang lah macam tu ye sayang..
kawasan perumahan kampung juara.. tak banyak sangat rumah..kebanyakan rumah kat sini pun jadi tempat para pelancong menginap..tak ramai sangat pelancong yang menginapkat sini almaklumlah nak datang ke sini perlu lalu jalan yang sangat mencabar..aku taubat dah nak ke kampung juara ni..tak sanggup untuk lalu jalan yang berliku liku dan berbukit tu..bukan bukit sikit sikit. Ni yang betol betol bukit..
Perjalanan balik aku duduk belakang pulak..nak merasa duduk belakang kete tu..tapi ufairah duduk dalam kete dengan wan..tapi aku rase lagi takut duduk dalam kete dari duduk luar ni..sebab duduk luar ni mata luas memandang..keluar dari kampung juara wan dah pas kan ufairah kat aku..ufairah nak nyusu..atas kete ni pun jadi lah kan..terus ufairah terlena..
pastu berhenti kat kedai ni beli roti untuk diberi makan kat ikan nanti..sebab aktiviti lepas ni kitaorang pergi snockling..
roti satu bungkus kecik Rm3.50. boleh lah..jenam gardenia tak ada kat sini..jenama biasa biasa adalah.tapi gamba ikan ikan yang sangat cantik tu tak dapat lah nak tepekan kat sini..acik camera tak canggih..tak leh nak tangkap gamba dalam air..cerita acik boleh lah heheh.
Cerita tioman part 3 nanti aku cerita resort yang aku duduk tu banjir..sebab ujan lebat sangat tu yang banjir pastu kitaorang pun tak leh keluar dari pulau..seram okehh..terkandas di pulau heheh asik pikir tsunami je aku bila tengok resort kita orang banjir dah lah dekat dengan laut huwaaaaaa..
Salam Tioman..
habis part two.. tak sabar nak part 3.. eringinnak g pulau.. tapi kene tunggu ufairah besar sikit..
ReplyDeletehahaha..fiza berani pergi pulau bawak ufairah kecik kecik sebab wan ngan atok ufairah pergi sekali..kalau harap fiza pergi suami isteri dengan ufairah memang tak berani..takutt..tak tau lah apa yang di takutkan heheh
ReplyDelete