JellyPages.com

Wednesday, February 6, 2013

Tioman part 1

Assalammualaikum..
 
Minggu lepas aku sekeluarga pergi bercuti ke pulau tioman. Semua pergi..wan atok dan abang abang aku pergi..aku kan tak ada kakak..yang ada abang jerrrr...kakak ipar ada lah..
 
kami naik ferry dekat mersing..jeti tanjung gemok tidak beroperasi masa ni jadi dari palong 2 kami akan berkonvoi pergi ke mersing untuk naik ferry.
jadual ferry akan bertolak ke pulau pada pukul 11pagi..dari palong 2 hendak ke mersing lebih kurang 3jam maka haruslah awal awal pagi bertolak ke mersing.
 
 
 
 
Ini awal pagi..wan pukul 4pagi dah kejutkan aku suh goreng ayam untuk makan kat tioman nanti..terbaik wann bawak nasik bekal bercuti ke tioman..senget sengt bahu bawak bekal wan.
keluar rumah dari palong sebelum subuh..lebih kuang pukul 5pagi masa ni.
 
 
 
 
 
pukul 10pagi sampai kat jeti mersing..singgah solat subuh dan minum pagi..tu yang lambat sampai mersing..ini tempat menunggu sementara nak tunggu ferry jalan.dalam jadual ferry gerak pukul 11pagi tapi biasalah kan pukul 12.30 baru lah bertolak ke tioman.
 
 
 
Anak dara En Nua kan dah pandai jalan..bukannya nak orang dukung..asik nak berjalan jer dia..pastu semua orang ditegurnya..naik malu mak ehh..
 
 
 
 
 
 
Dalam ferry..Ufairah suke betul tengok laut yang terbentang luas.. indahnya ciptaan allah.damai mata memandang.. Bagi sesiapa yang mahu ke pulau tioman menaiki ferry macam aku.. ada 3perhentian semuanya dekat pulau tioman ni..
 
Perhentian kampung genting
perhentian kampung paya
perhentian kampung tekek
 
Ikutlah hotel yang kita nak duduk tu dekat dengan perhentian mana. Hotel aku dekat dengan perhentian kampung tekek jadi kami semua turun kat situ. perhentian kampung tekek ni yang paling akhir..Macam bas pulak rasenya cuma bezanya ni perhentian dalam air heheh.
 
Pulau tioman ni ada 8 kampung semuanya. tapi kampung tekek ni kira kampung tumpuan ramai lah..kira bandar bagi orang pulau tioman lah..lebih maju sikit..serba serbi ada..
 
Dalam ferry ni aku sibuk tanya En Nua apa yang aku nampak..ada bot yang bawak segala jenis makanan..Aku tanya En Nua tu bot kargo makanan untuk orang tioman ke..En Nua mengiyakan jer dia pun bukan tau heheh..tetiba ada makcik baris depan jawab soklan soklan aku tanya kat En Nua,rupanya dia orang jati pulau tioaman..pastu dia cerita lah serba sedikit tentang apa yang ada pulau tioman..dia pesan jugak kat aku jangan terperanjat kalau makanan kat sini mahal sikit sebab segala makanan yang di bawa masuk ke pulau tioman guna bot kargo tu setiap kotak akan di cas RM5 tak kira kotak besar ke kecik.
 
sekali bila pergi makan tomyam campur untuk sorang makan - RM14
nasi goreng petaya satu-RM14
 
-tersenyum sampai telinga-
 
 
 
 
Sampai jeti kampung tekek bas dari hotel dah menunggu kami.Tapi jika ambil hotel yang tidak sediakan bas kereta sewa banyak menunggu kat tepi tepi jeti tu..boleh sewa pergi ke hotel..harga aku tak tau pulak macam mana diaorang kira.
 
 
 
 
Bas tu tak ada lah besar sangat. dalam 20orang jer kot penumpang yang boleh naik..kami di bawa ke hotel.masing masing time ni kepala macam ting tong sikit baru lepas naik ferry lah katakan.nasib lah tak ada antara kami yang mabuk laut..cuma pening sikit sikit jer(aku lah tuuuuuu)
 
 
 
Sampai hotel muka dah ceria kembali. pintu masuk hotel..suh diaorang kumpul nak tangkap gamba..dari yang kecik sampai yang besar semuanya harus bawak beg baju masing masing.. Beg Balqis kemainkan comel kecikk jer..heheh
 
 
 
check in..
 
 
Semua duduk lepak dulu sementara tunggu check in. Hotel ni depannya laut..sangat cantik pantai di pulau tioamn..airnya biru pantainya putih damai sungguh.
 
 
 
En Nua.
 
 
 
wan dengan atok..sebelum masuk bilik di beri minum basah tekak dekat cafe ni dulu.
 
 
 
wan dan atok lagi..mula mula tangkap gamba kat atas tu..bila wan tengok gamba tu macam jauh jer dengan atok terus wan cakap nak tangkap gamba dekat dekat dengan atok..sekali hambik ko!!! terus nak peluk leher atok..romantik tau wan ni kahkahkahkah *tutupmata*
 
 
balqis dan Adam.
 
 
wani.
Hotel masa ni tengah sibuk dihias nak tahun baru cina. Tahun ni kan tahun ular. sebesar besar ular ada kat muka depan pintu masuk..
 
 
 
keluarga kecil kami.
 
 
atok dengan paklong. Kemain lagi dua dua silang kaki.. ada gaya bos lah..atok paling tak tahan siap bukak selipar heheheh
bos memang macam tu atok sempoi..
 
 
Anak dara ni penat berjalan memanjat pulak dia..dah buat macam kat umah sendiri jer dia hehehe
syukur alhamdulillah selama dekat sana ufairah tidak banyak ragam walaupun malam akhir tu tak boleh nak pasang buai tapi ufairah tetap cool heheh
 
Ini cerita part 1 lain lain part akan menyusul bila aku senang senang nanti. Dalam perancangan kami, kami akan bercuti ke pulau tioman 3hari 2malam sabtu sampai isnin balik.
Tapi kita hanya boleh merancang Allah yang tentukan segalanya. Masa hari isnin nak balik tu.ferry yang sepatutnya bawa kami pulang ke mersing tak boleh nak beroperasi kerana laut bergelora..terkandas kami sampai hari selasa di pulau tioman.
Nanti kita story mory lah (*_____*) 
 
 
 
 
 
 

2 comments: