JellyPages.com

Friday, February 15, 2013

sedih lagi..

Assalammualaikum..
 
Hari ni hari jumaat..nak bagi tazkirah jumaat macam tak berapa nak sesuai.. jadi borak borak hari jumaat bolehlah..
Tak ada tajuk yang khusus untuk borak borak jumaat kita petang ni..Seperti karangan aku sebelum ni..ufairah terpaksa di beri susu campur dengan Fm..
hajat untuk susukan ufairah selama 2tahun tanpa campur dengan susu fm berkubur setakat ini. Membuatkan aku rasa lemah tak berdaya. sangat terkilan..
Mood merundum serta merta..
Cube berpikiran positif. Pujuk hati sendiri.
 
Aku rase puas dengan penat lelah aku selama ni. Aku pun macam tak percaya aku boleh bertahan sejauh ni menyusukan ufairah..mengendong beg mengepam pergi balik kerja..handbag langsung tak pakai.
Mengepam 5kali sehari dekat opis dah macam tak ada kerja aku rase.datang opis hanya mengepam susu.. bila kerja banyak terkeja keja mengepam susu.. lunch tak boleh nak ikut kengkawan lain lunch jauh jauh..takut tak sempat mengepam.
Aku yang dulu sangat manja tak reti nak berdikari boleh memikul tanggungjawab sebesar itu..
Anak bongsu dari wan dan atok dan satu satunya anak perempuan mereka membuktikan betapa manjanya aku dulu..tak sangka aku boleh menyusukan ufairah sejauh ini..itulah yang aku pikir untuk sedapkan hati aku..
 
Sememangnya ibu ibu di luar sana yang menyusukan anak tanpa bantuan susu fm sangatlah beruntung..jeles aku!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment