Assalammualaikum..
okeh okehh ini last kopek..Cerita last kat tioman..
Maka kami anak beranak merelakan diri kami terkandas di pulau tioman tersebut..pada hari isnin tu memang dah siap packing baju nak balik tinggalkan pulau tioman yang indah ini tiba tiba di lobi hotel kami tidak di benarkan balik..tiada ferry yang keluar dari pulau tioman mahupun tiada ferry yang masuk ke pulau tioman..
Terkandas lah kami anak beranak..
Pada hari selasa tu..bangun jer pepagi buta tu wan terus tinjau kat luar..sekali tengok..ujan lebat..terus wan cakap kat aku..tak jadi lagi lah kita balik hari ni..semalam tak ujan pun diaorang tak bagi balik inikan pulak ujan lebat siap petir lagi lah laut bergelora tu. Macam mana ferry nak beroperasi
Bila wan cakap macam tu terus aku cool kan wann..Aku tau wan risau.. iyelah kami anak beranak semua dekat pulau tu..
Tetiba pekerja hotel call bilik kitaorang..dia memaklumkan pukul 11pagi ni baru tahu keputusan sama ada boleh keluar dari pulau ni atau tidak..
Berdebar debar tunggu pukul 11 pagi..sementara dalam hati berat kata tak boleh balik ujan kemainkan lebat siap petir sambung menyambung..
Tak lama lepas tu pekerja hotel call semula kita orang.. dia kata jabatan laut dah beri kebenaran untuk kitaorang keluar dari hotel tu pada pukul 4petang.. ya allahh.. syukur alhamdulillah.
sementara nak tunggu pukul 4petang tu masing masing kemas barang..Nak mandikan ufairah tetiba air dalam bikik hotel tu tak ada..call pekerja hotel rupanya..saluran paip tersumbat sebab banjir..
kawasan persekitaran hotel dah mula naik air.
Persisiran pantai yang terhakis..
Bebudak ni macam rombongan pergi tengok hotel banjir..aku dengan ufairah tak kuasa nak pergi tengok baiklah duk golek dalam bilik jer heheh..
En Nua sempat lah snap beberapa gamba.
Teringat kejadian tsunami..
Nasib lah kitaorang tak sewa bilik ni..pekerja hotel tu cakap bilik ni dah tutup dah serta merta tak boleh beri pelancong sewa..
gambar ni aku tangkap dari dalam bilik..hujan lebat.. air dah mula nak naik ke atas jalan.. Nasib dapat balik petang tu huhuh..
Paklong ufairah. Dah macam melawat tapak projek..
Depan hotel.. air dah mula nak surut dah..tapi hujan masih renyai renyai.. pekerja hotel tu cakap elok lah ujan dari tak ujan angin jer bertiup sebab kalau macam tu lagi susah nak balik..laut lagilah bergelora bila angin kuat.
Pengalaman percutian kami yang tak dapat aku lupakan. Bila aku pikir balik..bila orang hotel tu cakap kitaorang terkandas tak boleh nak keluar dari pulau tu aku sikit pun tak rase gusar sebab semua orang yang aku sayang keliling aku..wan atok abang2 aku kakak kakak ipar aku anak anak buah aku bersama aku..tapi cuba aku berdua jer dengan En Nua terkandas dekat pulau ni..mau aku meraung nak balik jugak heheh..
Begitu kuatnya semangat kita bila orang orang yang kita sayang keliling kita..
pelok ketat ketat orang yang kita sayang
Apa pun Pulau tioman memang cantikk.. Rugi rasenya tak honeymoon ngan En Nua kat sini dulu heheheh..
tak bace lagi.. nak bace dari part 1..
ReplyDeletesiap bace da.. takut jugakkan kalau terkandas..
ReplyDeletehahahah..kitaorang pun cari penyakit..dah tau skang monsun nak jugak bercuti ke pulau heheh..jangan tiru perangai redah jer kitaorang ni kahkahkah
ReplyDeletesalam... saya telah membaca pengalaman ni dari awal tapi nama hotel tak di bagi tau pun.... :(
ReplyDelete